Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Assalammualaikum & hi.

Err.. topic ni agak ‘suam2 kuku sikit’ ye. Tak kisahlah kan?? Tapi persoalannya sekarang betul ke seks dengan lelaki tak boleh dipisahkan? Ada orang cakap lelaki selalu fikir tentang seks -.-‘ dan lelaki juga lebih terbuka apabila bercerita tentang perkara ini. Ermmm.. *kena hati2 dengan golongan lelaki ni..hehehe*

Apa2 pun terdapat 4 faktor yang boleh menjawab segala persoalan berkaitan lelaki dan seks!

Keperluan semula jadi.

Lelaki secara naturalnya punya hormone testosterone yang tinggi berbanding perempuan. Dan hormone inilah yang mengawal keinginan seks. Jadi makin tinggi testosterone dalam tubuh, makin tinggilah keinginan seksnya.

Medium kemunikasi.

Ada lelaki menggunakan seks sebagai medium untuk dia menunjukkan kasih sayang terhadap isteri mereka. Yela, lelaki ni ego mereka ni kan tinggi sikit macam yang aku cakap kat SINI dulu. Jadi bila dah ego tu menebal maka malulah nak tunjuk kasih sayang pada isteri depan org lain jadi mereka jadikan kamar tidur sebagai ruang untuk mereka ‘berkomunikasi’ dengan pasangan. *ermm, bijak jugak mereka ni kan? Yela kat bilik tdo dapat ‘komunikasi 2 hala’ dgn isteri mereka*

Keperluan emosi.

Lelaki juga ingin dibelai dan diberi perhatian. Auuwww! Mereka ni jugak ingin berasa bahawa perempuan memerlukan mereka (rasa seolah2 mereka ni berkuasa) Errrr?? Maka seks adalah antara 1 cabang untuk memenuhi variasi keperluan emosi mereka, sementelah seks itu boleh menjadi sesuatu yang hangat, romantic mahupun momen yang ‘kelakar’. Ermmm.

Rasa seksi!

Ramai lelaki sebenarnya ‘vain’ atau bahasa mudahnya ‘perasan!’ Mereka inginkan gelaran seksi.*lelaki tang mana seksinya??heeee~* dan hubungan intim salah satu cara untuk mereka ni menonjolkan keseksian mereka pada pasangan. Jika tak, masakan kita melihat lelaki yang suka tayang dada. *tayang dada tak apa! Jangan tayang INI.*

Erm, melalui 4 faktor kat atas tu, tak hairanlah kenapa lelaki dan seks tak boleh dipisahkan. Jadi jangan terus melatah bila dengar lelaki cakap benda2 berunsur seks ke apa, sebab dah memang mereka ni macam ni. Asalkan jangan terlampau sangat dah le -.-‘

Okaylah, aku ni sekadar nak kongsi kat korang. Sapa2 dah tau tu aku ingatkan balik dan pada sapa2 tak tau tu aku bagi tau. hehehe~ apa2 pun ni aku dapat dari Majalah EH edisi Julai 2010.

p/s – kalau lelaki dan seks tak leh dipisahkan, perempuan lak tak leh dipisahkan dengan apa erk???

Comments

kathy said…
betul jugak kan?? heeeee~
Admin said…
Salam.
Seks bukan keperluan lelaki ... tetapi keperluan makhluk yang mempunyai jantina. :) tak percaya? fikir dan tengok balik .. hehehe...

Eh baca EH yer EH? EH Eh la ... laa EH ke?

hehehehehe <-- EH versi terbalik.
Ansof86 said…
seks bukan hanya nafsu... tu pemikiran kat kepala... <--- xingat sapa cakap nie

mereka tunjukkkan kemesraan dengan seks.. dengan cara ini mereka dapat eratkan hubungan dengan pasangan.... tapi elok dilakukan pada mereka yang telah sah menjadi pasangan suami isteri...hu..hu...
kathy said…
hasrul hassan - hehehe..klu d fikir betul2 mmg keperluan utk makhluk yg punya jantina pun ^^,

ann - setuju ^^,
Anonymous said…
Menarik juga topik ni.Eh,bukan lelaki je perlukan seks! Wanita juga perlukannya.btul tak? Interesting article n blogs here.. =D Alang2 tu,j0m layan VIDEO2 aku kt YouTube bermain gitar/berkaraoke.. Kalau ada yg tak pakai baju atau cuma pakai boxer je tu sorry la..hehe.. Tp suara aku ni tak la sedap mana.Gitar pun baru2 nk belajar.Ada salah silap tolong tunjukkan =D Klik link YouTube aku ni, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Midin VS Pucuk Paku.