Perempuan Tak Suka Bila Lelaki....

assalammualaikum & hi.

Kali ni saja nak buat entri pasal lelaki. Kenapa? Saja suka2. *abaikan alasan ini*

Aku saja nak jadi salah seorang yang mewakili kaum hawa yang cantik dan comey di luar sana untuk meluahkan apa yang perempuan tak berapa suka tentang lelaki.

Kepada kaum lelaki, perempuan tak suka bila korang :

Meninggikan suara

Inilah antara masalah lelaki, bila ego tinggi sangat terus suara pun tinggi walaupun pasangannya tak bersalah. Macam nak test kelantangan vocal je. Taulah korang tu dikurniakan suara yang ‘macho’. Lepas ni control sikit okay.

Main kayu tiga.

Main kayu tiga ni memang majority perempuan tak suka. Termasuk aku. Huhuhu~ Dah tau ada makwe atau isteri tapi ada jugak yang masih sukar untuk setia. Aku tau lah tak semua lelaki macam tu. Yang setia tu teruskan kesetiaan anda di TV2! Tapi kan lepas ni main besi tiga pulak, sekurang – kurangnya ada jugak peluang kena panahan petir. Ops!

Suka ‘cuci mata’.

Ni memang susah nak control. Kalau ada perempuan cantik lalu, sampai nak terkeluar bijik mata berserta contact lenses. Kalau yang pakai glasses tu pulak boleh terpelanting glassesnya *hyperbola*. Pasangannya ada sebelah tu. Kalau kita ni tak ada kat sebelah memang dah tak bermata lagi diaorang ni kut. Jagalah sikit hati halus kaum hawa ni ye.

Mengongkong.

Itu tak boleh, ini tak boleh. Tapi yang peliknya dia boleh pulak! Ermmm.

Ego.

Memang tak dapat dinafikan lagi lelaki memang egonya tinggi sikit. Aku tak cakap banyak okay! Tinggi sikit je dari perempuan. Kadang - kadang keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan termasuk memimpin kaum perempuan. Sebenarnya tak salah nak tunjuk ego tu tapi biarlah kena tempatnya.

Okaylah. Tu je tapi sumber ni aku dapat daripada majalah REMAJA edisi 1 Nov 2008 (m/s 98). Jadi kaum lelaki di luar sana jangan amalkan budaya tidak sihat ini okay. Ye, aku tau perempuan pun memang ada macam ni tapi aku mewakili perempuan yang setia *macam aku*.

p/s – harap2 ‘abang sayang’ baca! Hehehe~

Comments

nikaviolet said…
btol2 bab yg m'ngongkong tu.....semua tak bole....kuar mlm tak bole...tu tak bole ni tak bole....tensen larh....
kathy said…
betul kan??sabar jelah ye..hehehe~
nikaviolet said…
haha...sbb dulu dh biase independnt...nk wt pape pown tak de spe yg marh....skng ade
kathy said…
sume dah kene report kan??huhuhu~
feyus said…
Kesimpulannya lelaki yg jujur dan beriman menjadi pilihan utama perempuan. tak gitu? :)
Jadual Filem Di Pawagam Bulan April 2011
bunga2hati said…
ya betul...tapi kan ni nak cakap beberapa tabiat lelaki yang izan kurang suka pula...salah satunya ialah...kencing tapi tak flush pulak!!! geram dan kotor!!! hahaha...
kathy said…
feyus - tepat sekali!! hehehe~

izan - ops! tu mmg out terus..kihkihkih~
... said…
as salam..
adoi..
semua perempuan yang komen..
huhu..

@_@

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.