Posts

Showing posts from April, 2012

Sayur Kampung.

Image
Assalammualaikum..  Aku tak tahulah korang suka makan sayur ke tak, tapi aku memang suka makan sayur. Tapi aku lebih suka makan sayur kampung. Macam pucuk paku, pucuk ubi, rebung dan apa - apa jenis sayur kampunglah.  Kalau sayur sawi, kangkung atau kubis macam tu, memang aku kurang sikit. Mungkin tekak 'orang kampung' memang dah sebati dengan aku kut. Huhu.   Jadi, hari ni aku nak tunjuk sikit sayur kampung kegemaran aku. Aku tak tahulah kalau korang penah makan ke tak sayur - sayur ni. Gambar kat atas ni, pucuk ubi dan pucuk betik masak masak tumis air. Sape yang nak kuruskan badan silalah amal sayur ni ye. Walaupun pahit (pucuk betik tu pahit tak hengat dunia) tapi kalau dah biasa makan, dah tak rasa apa dah.. Pastu, yang kat atas ni pulak rebung masak lemak tetel (kalau orang sarawak, tetel ni kita orang sebut 'kerapen'). Dahlah santan tu berlemak, campur lak dengan tetel memang berlemak kuasa dua. Tapi sedap! Cu

Cahaya Qaseh Di Pesta Buku.

Image
Assalammualaikum...  Jumaat ni bermula Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Pesta ni berlangsung selama seminggu. Jadi, pada sape - sape yang suka dengan buku tu, silalah ambik peluang yang ada ni.  Dan, bagi peminat novel pulak, apa kata korang ke booth Karyaseni (KS). Dan yang paling penting dapatkan sekali novel pertama aku yang berjudul Cahaya Qaseh. Hehe. Pada yang tak minat novel tu, takpe, korang boleh war-warkan berita ini kepada kawan - kawan korang. Aku percaya, mesti ada sorang dua kawan korang suka baca novel kan? So, selitkan sekalilah novel aku kat situ, okay? (sambil buat muka tak malu) Meh, aku bagi sinopsis novel ni ;  “Aku tengok kau bukan main lagi nak raih balik cinta Qaseh tu.”Tiba-tiba Amri bersuara. Pandangannya dihalakan kepada Tengku Aiman. “Ada masalah ke kalau aku nak raih semula cinta dia?” tanya Tengku Aiman pula. Iman Hafifi hanya menjadi pendengar. Tidak mahu masuk campur. “Tapi aku tengok Qaseh tu bukan main b

Resepi Puding Karamel Kurang Manis.

Image
Assalammualaikum... Hari ni nak share pasal puding karamel. Aku rasa ni kali ketiga yang aku buat. Yang pertama aku buat dulu kat SINI dan yang kedua kat SINI.  Tapi kan,  bila dah buat kali ketiga ni, aku rasa yang ni agak perfect compare dengan yang sebelum - sebelum ni. Bak kata omputih, practice make perfect. Ewah ;D Ni lah rupa puding karamel aku. Kali ini aku kurangkan sikit gula, sebab sebelum ni manis sikit. Tapi kalau korang memang suka manis - manis, korang bolehlah bajet sendiri berapa banyak gula nak guna, okay? Bahan-bahan ( saiz:16 cm ) sumber resepi daripada SINI 400cc(400ml) susu segar/susu cair ( aku guna susu cair) 5 sudu besar gula halus (aku guna sukatan 5 sudu makan gula) 3 biji telur- pada suhu bilik 2 biji telur kuning-pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila [ KARaMEL ] 5 sudu besar gula (aku guna sukatan 5 sudu makan gula je) 2 sudu besar air

Majlis Perkahwinan Orang Sarawak.

Image
Assalammualaikum..  perhatian! ini entri bergambar yang panjang berjela. harap maklum.. Hari ni nak kongsi sikit tentang majlis perkahwinan orang Sarawak . Tapi yang aku kongsi ni untuk area Kuching. Tu pun aku tak sure masih ramai lagi tak buat majlis macam ni. Tapi so far, 5 orang adik beradik aku memang macam nilah majlis dia. Dan aku jugak nak majlis kahwin macam ni kalau kahwin nanti. Hehe.  Okaylah, aku explain ikut gambar ye. Ni masa majlis perkahwinan abang aku.  Majlis kita orang start pukul 10 pagi. Kalau orang Semenanjung mesti korang cakap awal kemain kan? Tapi ada lagi yang buat seawal 8 pagi. Serius. Okay, gambar kat atas ni masa pacak khemah. Khemah tu orang kampung je tolong pacak. Kalau tak silap, masa pacak ni hari Sabtu. Kenduri kat sini jarang hari Sabtu, majority hari Ahad.   Pagi Ahadnya pulak, hari yang dinanti – nanti. Dan majlis dimula dengan majlis berzikir. Kumpulan zikir ni pun orang kampung kita orang jugak :')   Memandangka

Ikan Terubuk Masin Masak Lemak Nenas.

Image
Assalammualaikum... Masa nak datang Perak hari tu, aku adalah bawak sekor dua ikan terubuk masin. Alang - alang ada orang pesan, jadi aku bawak lebih sikit. Memandangkan ikan terubuk masin yang dibeli tu masih basah, jadi aku jemurlah dia dua tiga hari. Kasi kering sikit.  Kalau kat Kuching, kita orang selalu kukus je. Tak pun goreng. Tapi bila datang sini, nak try pulak buat masak lemak nenas. Serius, kalau kat Kuching, kita orang jarang makan masakan bersantan macam ni. Kecuali aku dengan abang aku yang INI je balik, baru ada makanan variasi lain. Hehe.   Jadi, inilah ikan terubuk masin masak lemak nenas. Okaylah kan, untuk makan sendiri. Huhu. Sebab aku memang tak berapa pandai masak. Kalau setakat masak untuk family or untuk future husband, mungkin lepas dah kut. Ehem - ehem, future husband tu (^_~)  Aku masak ni senang je. Mula - mula masukkan santan dalam periuk, lepas tu masukkan terus bahan yang ditumbuk (bawang putih & merah, cili kisar, sedikit belacan, serai,)

Cameron Highland.

Image
Assalammualaikum… Hari tu, boss aku ajak naik Cameron. Nak testing cabinet TM kat Tanah Rata katanya. Aku apa lagi, teruslah buat lompat bintang kat situ tanda keterujaan yang melampau. Okay, tipu. Yang tak tipunya, ayat pertama dan kedua je ;D Jadi, pegilah kita orang ke Cameron Highland seawal pukul tujuh lebih pagi. Takdelah awal sangat tu kan? Dan rasanya ini kali ke – 5 aku naik Cameron. Last naik masa anak buah aku bercuti kat sini dulu.  Tapi siyes, sampai sekarang aku tak pernah bosan pegi sana. Dan kalau boleh every month nak naik Cameron, nak beli sayur, buah, dan bunga… lagipun view kat sana cantik sangat :') Okaylah, kita tengok gambar jelah ye ^^ dah sampai Tanah Rata. cabinet TM berada depan sikit dari pokok yang besar tu.kejap je pun nak testing. Tak sampai setengah jam pun. Lepas buat testing, kita orang singgah kejap ke Taman Agro Al - Mashoor ni. Boss aku cakap mak dia suruh dia beli jem strawberry kat sini. Katanya, jem kat sini sedap..    

Filem Battleship & 3 Temujanji.

Image
Assalammualaikum… Aku ni jarang sangat nak tengok wayang. Jadi, dalam setahun tu ada 2 ke 3 kali je aku pegi. Tapi tahun lepas, aku masuk sekali je kut. Kalau tak silap masa tu filem Ombak Rindu. Hihi. Itupun sebab aku suka baca novel dia. Jadi semangat nak tengok tu memang membuak – buak (huh, over!) Tapi tahun ni pulak, aku dah tengok dua filem. Iaitu filem 3 Temujanji & filem Battleship. Kira okaylah kan, sebab ada kemajuan berbanding tahun lepas yang hanya tengok satu filem ;D Cuma aku ni, kalau nak tengok sesuatu filem tu, aku akan pastikan yang aku tengok citer tu masa dia baru keluar. Selalunya, hari pertama atau hari kedua filem tu kluar, aku memang dah tengok. Kalau dah lebih seminggu, takdenya aku nak tengok lagi. Sebab feel dia dah lain tau (-.-) Okaylah, walaupun filem 3 Temujanji dah lama kluar, tapi aku nak citer sikit tentang filem ni. Bagi aku, filem ni best. Tak berat sangat. Ada part yang sedih (tapi takdelah sampai nak nangis segala ye), ada part lucu d