klik sekali~

Friday, February 11, 2011

Jom belajar Bahasa Sarawak

assalammualaikum dan salam jumaat.. hari ni aku macam nak share sikit tentang bahasa Sarawak.. mane lah tau kut2 ada yang nak melancong kat Sarawak sekurang - kurangnya korang dah ada basic sikit kan? sebab bahasa Sarawak ni kalau sekali dengar aku sure, pasti ada yg blur..hehehe..

so kita belajar yang simple dulu ye..aku ni pun kadang - kadang pun ada jugak tak faham kalau bahasa Sarawak tu dalam sangat..huhuhu..so kita mula yang senang - senang dulu lah ye.. okay, let start dengan kata ganti nama diri..macam ye2 jelah kan? hihihi~


kamek - saya
kitak - awak
nya - dia
sidaknya - mereka

contoh ayat (kamek) - kamek sayang kitak.
maksud ayat - saya sayang awak.

contoh ayat (kitak) - kacak blog kitak.
maksud ayat - cantik blog awak.

contoh ayat (nya) - nya pegi sine?
maksud ayat - dia pergi mana?

contoh ayat (sidaknya) - sidaknya ya orang jauh.
maksud ayat - mereka tu orang jauh.

jadi? macam mana? senang ke susah? mula - mula tu memang susah lah kan tapi lama - lama insyaAllah, dapat tangkap sikit - sikit kan? sebenarnya untuk pengetahuan korang semua, kata ganti nama diri untuk kamek dan kitak tu amat sesuai sekali untuk digunakan kerana ia dianggap tidak kasar berbanding penggunaan kau dan aku..erm, alang2 dah bukak entri ni lebih baik aku sambung sikit lagi lah kan?

okay, kita belajar tentang perbuatan pulak..

paluk - pukul
tikam - baling / lontar
nerais - menjerit / teriak
tunggah - panggil

contoh ayat (paluk) - jangan di paluk nembiak ya.
maksud ayat - jangan dipukul budak tu.

contoh ayat (tikam) - tikam di kaik batu ya.
maksud ayat - baling kat sungai batu tu.

contoh ayat (nerais) - aku rasa macam nak nerais jak.
maksud ayat - aku rasa macam nak menjerit je.

contoh ayat (tunggah) - cikgu tunggah kitak.
maksud ayat - cikgu panggil awak.

ha..nilah sebahagian warna perbualan orang Sarawak terutamanya orang Melayu kawasan Kuching..aku cakap macam ni sebab aku orang Kuching..bukan apa Sarawak ni besar dan berbilang kaum pulak tu..kadang - kadang walaupun sama bangsa Melayu tapi pertuturan tak sama ikut tempat - tempat tertentu..unik kan orang Sarawak..hehehe~

okaylah, nanti aku sambung lagi ye..kita belajar sama2..bukan apa sayang kalau bahasa macam ni tak dikekalkan atau diketengahkan..betul tak? so, jumpa di next entri..love ya (^.^)V

Tuesday, February 8, 2011

Ulam dan Sambal Belacan ala Sarawak

assalamualaikum dan selamat petang sume.. lama tak meng'update' blog ni..bukan apa, broadband kena block so faham2 je lah ye (^^,) ..

sebenarnya hari ni aku nak share pasal ulam - ulaman..bukan apa, masa aku lunch kat kedai tengah hari tadi aku ternampaklah beberapa jenis ulam - ulaman..tapi yang buat aku x jadi nak ambil sebab sambal belacannya kurang menepati citarasa aku..yela, orang semenanjung sambal belacan dia lain, kat Sarawak pun lain.. sebelum ni aku makan jugak sambal belacan kat sini tapi tadi masa kat kedai tu..ermm, x menarik langsung..

so bila aku singgah melepak di kedai mamak ni, aku pun terus on9 (sebab on9 kat kedai mamak??broadband x bayar lagi..hahaha) dan bukak picture sambal belacan dengan ulam - ulaman yang penah aku capture masa aku balik Sarawak hari tu.. so, bagi orang semenanjung macam bawah ni lah sambal belacan kita orang ;) hehehe.. lain kan? sebab kita orang banyak guna ikan bilis, belacan dan sedikit cili padi..



Sambal Belacan ala Sarawak

Bahan - bahan :

ikan bilis

belacan Sarawak

cili padi

Cara membuatnya :

Masukkan sume bahan - bahan tu dalam lesung batu dan tumbuk..hasilnya korang boleh tengok kat picture tu yang sambal dalam piring yang nampak macam kering tu je..

TAPI, bila nak makan kacang bendi dengan pucuk paku tu, kenalah perahkan sedikit limau kasturi lepas tu campur dengan sedikit air dan gula..hasilnya tengok kat picture sambal yang dalam magkuk tu..

macam mana? senang dan lain kan?? hahaha.. macam2 je kan tapi itulah sambal belacan tradisi keluarga aku ^_^