Posts

Showing posts from January, 2014

Anak - Anak Saya.

Image
Assalammualaikum..

Akhirnya, muncul jugak entri di blog ni. Setelah sekian lama menyepikan diri. Muncul pulak dengan tajuk yang kemain panas lagikan? Tak kahwin tak apa tahu - tahu buat entri pasal anak. Kau mampu? *gittew~ Oh ye. Sebelum tu nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 pada semua. Hari ke - 18 baru nak wish. Nasib baik tak 18 hari lagi nak 2015 baru nak wish kan? Apa - apa pun semoga tahun ni lebih baik daripada tahun lepas. Aminnnnn~ 

Hari ni nak share pasal anak - anak aku, ataupun lebih jelasnya, anak - anak kucing aku ;D Penghujung tahun 2013, 25 September yang lepas, Encik Tunang (ehem!) tanya dekat aku nak bela kucing tak. Aku ni kalau bela sorang - sorang memang aku tak naklah. Tapi dia cakap kita bela sama - sama. Cuma buat permulaan, dia hantar dulu kucing tu ke rumah aku. Kucing biasa je. Kucing terbiar. Tapi tetap comel :) 





Inilah dia anak pertama aku, DIAN nama dia. Nama ni Encik Tunang yang pilih. Masa ni Dian dah siap bawak pergi klinik semua dah. Tu yang nampak…