Posts

Showing posts from March, 2012

Petua Kesihatan Kulit Wajah.

Image
Assalammualaikum.. Hari ni nak kongsi sikit petua ‘kesihatan’ wajah. Kenapa bukan petua ‘kecantikan’ wajah? Sebab aku tak nak taksub sangat dengan perkataan cantik tu, tapi biarlah aku taksub dengan perkataan kesihatan. . *boleh pulak macam tu kan? Hehe~ Okay, petua ni diambik dari pengalaman aku sendiri. Kita bermula dengan petua ; Petua Kurangkan Jerawat. Nak kurangkan jerawat senang je iaitu jangan picit jerawat tersebut. Kalau kita picit jerawat, air jerawat tu nanti akan terkena bahagian kulit lain dan secara tak langsung akan membuatkan ia menjadi benih untuk pertumbuhan jerawat yang baru. Jadi, control kan sikit tangan tu daripada nak memicit ye..  JANGAN picit jerawat macam ni.. Petua Hilangkan Jerawat. Nak hilangkan jerawat yang baru nak tumbuh pun senang. Dan aku memang amalkan petua ni iaitu dengan meletakkan hirisan kentang pada jerawat yang baru nak tumbuh  tu . Caranya, hiris kentang senipis mungkin dan potong kecik – kecik sebelum letak pada jerawat. Biarkan sampai

Ulang Tahun Yang Ke 33.

Image
Assalammualaikum.. *entri sempena besday my sis =) Aku ada sorang kakak dan 4 orang abang. Memandangkan aku pempuan, maka aku lebih rapat dengan kakak aku. Sebab dialah tempat aku bergosip, dialah tempat aku bergaduh dan dia jugak tempat aku meluahkan perasaan :') Kakak aku ni kalau nak mintak duit kat dia memang cukup susah. Tapi kalau part bagi hadiah dialah nombor 1. Dia tak bagi hadiah time birthday aku je, tapi time aku lepas SPM, STPM dan lepas aku konvo pun dia bagi. Kadang – kadang takde kene dengan hari – hari tertentu pun dia akan bagi ‘something’. Hadiah terakhir yang aku dapat dari dia buat masa ni, adalah kasut ^^ So, sempena birthday dia yang ke 33 ni aku rasa aku pun nak bagi something kat dia. Cuma kene bagi time aku balik Kuching nanti. Kalau nak pos macam tak best pulak. *sebut pasal pos aku tak pos lagi barang mak & abang aku..adeh -.-' Buat kakak, happy birthday.. Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping family tersayang. Nanti

Keputusan SPM dan STPM (Imbasan Kenangan #1)

Image
Assalammualaikum.. Sempena SPM keluar hari ni, aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri bila menghadapi dua ujian besar iaitu SPM (2003) dan STPM (2005). Dan pengalaman ni jugak beri kesan yang mendalam buat aku.  Okay, masa aku form 4 dan form 5, aku memang minat sangat dengan subjek Kesusasteraan Melayu . Boleh dikatakan dari form 4 sampai nak trial SPM tu memang aku selalu skor A. Dan bila exam SPM yang sebenar, aku masih dapat jawab macam ujian – ujian sebelum ni. Tapi mungkin terlalu over confident, akhirnya aku tersendiri yang terkesima bila dalam slip keputusan SPM menyatakan aku hanya dapat 4B. Kecewa? Mestilah kecewa, sebab aku memang target nak dapat 1A dalam Kesusasteraan Melayu dan BM.  Bila aku masuk form 6 pulak. Aku ambik 4 subjek iaitu BM, Sejarah, Pengajian Perniagaan (PP) dan Pengajian Am (PA). Nampak sikit je kan subjek yang nak di ambik, tapi pressure dia, Subhannalah..Tuhan je yang tahu. Dan sejak dari lower 6, hinggalah nak trial STPM tu aku tak pena

Bila Keputusan Ujian Peperiksaan Tak Memuaskan.

Image
Assalammualaikum.. Petang semalam anak buah aku call. Cerita pasal beberapa paper ujian dorang yang dah kluar. Si adik kemain semangat lagi cakap yang dia dapat banyak A. Tapi bila turn si abang pulak, dia cakap dia dapat satu A je. Walaupun takde satu paper pun dia gagal dan majority dapat B tapi dari alunan suaranya aku tahu dia kurang berpuas hati dengan keputusan yang dia dapat. Dan aku juga tahu dia jeles dengan pencapaian si adik. Aku pun cakaplah dekat si abang, dulu masa dia darjah satu dia pun macam adik, selalu dapat A. Aku pun cakap jugak, nak dapat A mungkin semua orang boleh dapat tapi nak kekalkan A tu tak semua orang boleh buat. *lupa nak cakap yang adik darjah 1 abang lak darjah 4* Sebenarnya, aku kene cakap semua tu untuk senangkan hati dia. Bukan apa, kang tak pasal – pasal ada yang bergaduh. Bukan aku tak tahu akal dorang adik – beradik ni, suka sangat nak tunjuk sape hebat. Lepas tu bolehlah dorang eksyen dengan abah dengan ibu dorang. Kiranya sape yang heba