klik sekali~

Thursday, March 15, 2012

Akhirnya Impian Jadi Kenyataan Alhamdulillah.

Assalammualaikum..

Semua orang ada impian. Aku pun ada. Tapi aku punya impian yang jelas dan tak jelas. Tak faham? Okay, macam ni. Impian yang jelas tu macam orang lain tahu apa yang kau nak. Apa yang kau impikan selama ni. Contoh impian aku yang jelas sekali adalah NAK JADI CIKGU. Sejak sekolah, itulah impian aku. Keluarga dan member aku sume tahu tentang impian aku ni.

Jadi, untuk capai impian aku tu aku pun pernah apply maktab tapi tak dapat. Bila habis form 6 aku apply course pendidikan. Kan dalam form upu tu ada 8 choice *kalau tak silap* jadi kelapan – lapan course tu aku pilih pendidikan. Tapi satu pun tak dapat. Dan akhirnya aku ‘dilelong’ masuk ke UiTM, Melaka dan dapat course Marketing. Sejak itulah aku tawar hati nak jadi cikgu. Untuk sedapkan hati, aku selalu ingatkan diri aku dengan ayat kat bawah ni :


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 

(Surah Al-Baqarah : 216) 


Mungkin  aku memang tak sesuai jadi cikgu kut -.-'

Memandangkan impian yang jelas tu makin samar – samar dari jangkauan, maka dalam diam aku keluarkan impian yang tak jelas iaitu impian untuk menjadi seorang PENULIS NOVEL. Sejak sekolah menengah lagi aku memang dah mula menulis. Tapi bila masuk form 6 dan UiTM, aku jadi slow dan  aku kembali menulis secara serius sejak dua tahun lepas.

Dan, hasil usaha tak berbelah bagi sejak dua tahun ni membuatkan aku merasai kepuasan yang tak terhingga sebab novel pertama aku yang berjudul CAHAYA QASEH akan keluar bulan depan sempena Pesta Buku Antarabangsa. Syukur alhamdulillah.. 

 nampak tak tajuk Cahaya Qaseh kat atas ni? nilah yang terpampang dekat website Karyaseni =)

Sebenarnya aku sendiri tak sangka, impian yang aku pendam selama ini menjadi titik permulaan yang cukup indah dalam hidup aku. Dah puas tau aku menghadapi kekecewaan dengan impian nak jadi cikgu tu. Tapi macam orang selalu cakap;

“Ada hikmah yang tersembunyi atas setiap apa yang berlaku..”

Kini aku yakin, inilah hikmahnya. Mungkin rezeki aku di bidang ini, bukan dalam bidang perguruan. Jadi, pada sesiapa yang masih punya impian yang tak tercapai tu pastikan korang punya impian lebih dari satu. Mana tau situasi korang akan jadi macam situasi aku ni? Betul tak? Pada yang dah berjaya mencapai impian dia tu, tahniah aku ucapkan ^^

Buat teman – teman kat sini pulak, aku nak mintak tolong satu je iaitu tolong doakan yang terbaik untuk aku. Walaupun korang tak suka baca novel ke apa, tapi sokongan korang amatlah diperlukan. Terima kasih =')

p/s – entri ini bukan untuk menunjuk tapi lebih kepada perkongsian pengalaman selain berkongsi kegembiraan dengan korang sume. Takpe kan? 



6 comments:

echa takashimaya said...

tahniah :)
semoga lebih berjaya.insyallah.
masih blum trlmbt utk kejar impian utk jadi cikgu :)

fyda said...

congratz...
xsabar nak tggu pbakl..

Meet Uncle Haire said...

your entry realyy motivate me^,^

Yumida said...

kmk sm kes ngn ktk..semua 7 pilihan ya mek mtk pendidikan..tp xpat..yg plg last kmk mtk marketing..so dpt di ums...smpe kinek tok cita2 mek masih samar.. pernah ada peluang mtk bidang guru..x bkn rezeki kmk..nang frust gila....tp..ya lah....teruskan juak takdir ya...

labulabi said...

kmk pernah bercita2 nak jadi dreba treler.tapi macam sik kesampaian ajak.huhu.oh yeah semoga kitak terus sukses dalam penulisan.mungkin kitak pernah dengar org madah, apa yang kitak maok blom tentu kita akan dapat.sementara masih mengejar yang sik dapat ya, yang sedia ada jgan la di lalaikan.

Eza Boom Boom said...

Alhamdulillah. kmek tumpang hepi untuk kitak.. dapat la kmk berguru ngan kita lepas tok :)