Keputusan SPM dan STPM (Imbasan Kenangan #1)

Assalammualaikum..




Sempena SPM keluar hari ni, aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri bila menghadapi dua ujian besar iaitu SPM (2003) dan STPM (2005). Dan pengalaman ni jugak beri kesan yang mendalam buat aku. 


Okay, masa aku form 4 dan form 5, aku memang minat sangat dengan subjek Kesusasteraan Melayu . Boleh dikatakan dari form 4 sampai nak trial SPM tu memang aku selalu skor A. Dan bila exam SPM yang sebenar, aku masih dapat jawab macam ujian – ujian sebelum ni. Tapi mungkin terlalu over confident, akhirnya aku tersendiri yang terkesima bila dalam slip keputusan SPM menyatakan aku hanya dapat 4B. Kecewa? Mestilah kecewa, sebab aku memang target nak dapat 1A dalam Kesusasteraan Melayu dan BM. 



Bila aku masuk form 6 pulak. Aku ambik 4 subjek iaitu BM, Sejarah, Pengajian Perniagaan (PP) dan Pengajian Am (PA). Nampak sikit je kan subjek yang nak di ambik, tapi pressure dia, Subhannalah..Tuhan je yang tahu. Dan sejak dari lower 6, hinggalah nak trial STPM tu aku tak penah lulus PP. Serius, memang tak pernah. Dapat C pun tak penah. Tapi, mengenangkan kekecewaan yang penah dialami masa ambik subjek Kesusasteraan Melayu dulu, jadi aku pun pasang target untuk dapat B- bagi subjek PP masa STPM. Berkat usaha yang tak berbelah bagi, akhirnya aku capai jugak target aku tu. Kiranya inilah yang tebus semula kekecewaan yang penah aku alami masa SPM dulu.. alhamdulillah~





Jadi, buat adik – adik yang ambik SPM hari ni, terimalah keputusan yang korang perolehi tu seadaanya. Lagipun SPM bukanlah titik akhir, tapi merupakan titik permulaan untuk korang menentukan hala tuju korang lepas ni. Tak semestinya gagal hari ni, akan terus gagal selamanya. Macam tu jugak yang lulus sepenuhnya, tak semestinya in future dorang akan terus sukses. Kan?



Last sekali aku nak re-post balik status Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dekat fbnya kelmarin. Baca dan fahami.. okay, bye ^^


As salamu'alaikum para shbt. Moga d lindungi Allah. Pesanan kpd mrk yg akan tahu putusan SPM Rabu ini: 1. Syukur n redha dgn result yg d dapati,2. Yg berjaya jgn riak, yg gagal jgn kecewa, 3. Cari hikmah drp result yg d dapati, 4. Ibubapa perlu nyatakan kpd anak yg mrk redha dgn apapun result yg anak dpt. Ini dpt elakkan tekanan n tindakan -ve drp anak jika mrk gagal! 5. Jadikan result SPM sbg titik perubahan ke arah yg lebih +ve, 6. Byk peluang lanjut pljrn walaupun tak cemerlang -- kolej komuniti, Pus Giat Mara & IPTS byk yg offer prog hebat utk lepasan SPM, 7. Apa yg kita dpt terbaik utk kita jika tahu urus diri & yakin Qada' & qadar Allah. 8. Ucap tq kpd IB, guru & kwn2, 9. Kehebatan bermula d sini! Wassalam.


p/s – tahniah pada yang berjaya dan pada yang tak berjaya jangan putus asa, okay? 

psst..gambar diambik dari Google..


Comments

salam pekenalan .. umi singgah dan follow kat cni .. tak pe dear .. walaupun dear dapat 4B dlm spm tapi dear dapat keputusan yang baik dlm stpm ..


umi yakin dear pada hari ni adalah seorang yang berjaya :)berkat usaha yang tak putus :)
emarieys said…
jangan kecewa jika keputusannya tidak tercapai target. sesungguhnya ada himah di sebalik kekecewaan itu...
Annisa said…
Assalamualaikum,
hm, aok.. SPM ya hanya permulaan =)
bila di U kelak lain la cta kelak..
hope mun cdak yg dapat result sik brapa okay, cdak sik kecewa glak..
Qhaifa Nur said…
result adik ipar hari ni buatkan family hubby gembira..tahniah
Elih Japahar said…
Tahniah kpd semua pelajar, tak kira yg dpt cemerlang ataupun tidak..tkenang zaman sekolah dulu ^_^
lieynanilaz said…
yg kurang berjaya usah putus asa...banyak peluang lagi..
Yumida said…
bena ya...masih byk halatuju akan ditempuh selepas form 5 or form 6...juz redha..tingkatkn usaha lg
Namee Roslan said…
kalau berjaya...Alhamdulillah dan long way to go. kalau tak berjaya,,,ini bukan pengakirannya :) jauh lagi. :) masih sempat untuk usaha!
Mat Rol said…
risau plak saya bile dgr org ckp SPM tu ssh..saya SPM tahun ni..

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.