klik sekali~

Thursday, November 28, 2013

Donate with you Nuffnang earnings

Assalammualaikum.


Baru - baru ni kita tahu Taufan Haiyan telah meragut lebih 10,000 nyawa, di bandar-bandar wilayah Tacloban, ibu negara Pulau Leyte, di tengah Filipina dan Pulau Samar. Taufan ini juga dikatakan taufan paling kuat di dunia pada tahun ini. (Sumber daripada SINI)

Aku ~ kalau berkaitan dengan bencana alam macam ni, memang aku takut sangat. Bila tengok mangsa - mangsa, aku kesian. Tak kisahlah negara mana sekalipun yang kena, rasa tu tetap ada. Selalunya donation akan dibuat. Tapi aku ni kalau tengok nombor akaun untuk mangsa - mangsa bencana atau apa aje, yang boleh kita salurkan bantuan, serius aku tak pernah lagi buat. *mengaku, okay!*


Tapi kali ini hati aku tergerak nak buat donation *hoii! baru derma soploh hengget kau dah kecoh! puiii~* tak kisah nak cakap apa. Cuma aku nak kongsi aje pun. Mana tahu ada yang terlepas pandang ke. Tak tahu ke. Kan? Ingat. Ikhlas seseorang tu subjektif. Allah je boleh nilai.


Aku rasa ramai yang perasan dengan benda ni kalau korang selalu buka akaun Nuffnang korang. Aku seminggu dua tiga kali jugak bukak. Saja nak tengok BE masih running ke tidak Hehehe. Tak pun tengok mana tahu ada BE baru sangkut kat situ ;D 


 



Nampak tak yang bulat belah tepi tu. Typhoon Haiyan Relief. Klik aje situ. Nanti akan keluarlah berapa jumlah kita nak derma. Paling minimum RM 5. Maksimum RM 50. Aku bagi RM 10 je. Yelah akaun Nuffnang aku tu takdelah banyak sangat duitnya. Melalui Paypal pun boleh. Aku guna duit BE je. Nanti dia akan keluarlah Sponsored Posts tu. Dia akan tolaklah daripada Total Earnings kita selama ni.


Senang je. Kalau Total Earnings korang ok, bolehlah derma barang RM5 :)


p/s - ada 5 BE yang masing running. TQ Nuffnang ^^





Sunday, November 24, 2013

Menginap Di Venus Boutique Hotel, Melaka.

Assalammualaikum..


psstt! entri ini banyak dengan gambar dan panjang berjela ;p


Internet agak lembabbbbbb seminggu dua ni. Nak kata aku tak bayar bil, aku dah bayar. Mungkin dorang tengah upgrade sistem kut. Aku ulang. Kut~ *nak sedapkan hati*


Berdasarkan tajuk entri, (kemain lagi, ayat~ berdasarkan tu. kehkekeh) pada 8/11/2013 bersamaan hari jumaat, aku telah ke Melaka. Kalau sebelum ni aku pernah pergi dengan family, kawan aku yang lain dan seorang diri -.-' tapi kali ini aku pergi dengan sorang lagi kawan aku, Effa Arabi *pergilah follow dia, ok? promote kejap ;D


Sampai Melaka tunggu Effa kejap dekat Melaka Central (MC) sebelum kami berdua walk - in cari hotel. Aku memang dah cakap awal dekat Effa yang aku nak hotel area Banda Hilir. Sebelum ni pernah Menginap di Dreamz Hotel, tapi kali ni menginap di hotel sebelah Dreamz Hotel tu je. Hotel apa? Hotel kat bawa nilah ;p 






Oh ye. Aku gerak dari Ipoh dengan Encik Dia dan adik Encik Dia. Dia balik kampung. Aku tumpang sekali. Hehe. Effa pulak ambik bas dari Putrajaya terus ke Melaka. Sampai je dekat Venus Boutique Hotel ni, aku terus dapat bilik 103. Standard Room - RM140 *weekend memang begini harga dia. apatah lagi kalau di Melaka T_T








Deposit pulak RM 50. Aku dengan Effa kongsi. So takdelah terasa sangat mahalnya :) Pas ambik untuk 1 malam tu, tanyalah kat dorang untuk malam esoknya ada bilik lagi tak? Dia cakap ada. Bilik lain. Tapi RM 180. Terus aku dengan Effa cakap, takpe. Ambik untuk malam tu aje. Pastu kami berdua ke Dreamz Hotel. Saja tanya ada tak untuk malam esoknya. Dorang cakap takde. Alah, taktiklah tu. Kalau tanya esok, mesti adanya. Tapi takpe. Balik semula ke hotel tadi dan rehattttt dulu~








Standard Room dia macam Dreamz Hotel. Macam Ming Hotel jugak (eh, Ming Hotel aku tak pernah review lagi). Takdelah besar mana. Dan takdelah kecik mana. Untuk 2 orang memang oklah bagi aku. Err..korang tengok jelah gambar bawah ni. Pastu nilai sendiri (^^,)V









































 








Lepas rest, kami berdua pun keluar cari makan. Sedangkan Encik Dia dah janji nak ajak aku dan Effa makan asam pedas. Tapi aku ni kan kaki makan. Effa pun sama. So, faham - faham ajelah *lupa terus badan makin Ge-Ge(muk)!* Cuma sebelum tu kita redeem welcome drink dulu. Benda free kauuu~ rugi kalau tak ambik. (aku ni selagi benda boleh (di)redeem, selagi tu aku akan ambik). Dah bayarkan? Huhu~


 








Lepas minum terus pergi cari makanan. Buat alas perut sebelum makan asam pedas. Dekat Lounge  ni ada je menu - menu best. Tapi mahal sikitlah. Huhu. Masa nak keluar tu saja tanya receptionist pasal bilik untuk malam esok sebab macam malas pulak nak pergi cari hotel lain dan alhamdulillah dapat bilik yang sama dan harga RM 160 sedangkan receptionist petang tu cakap bilik kita orang tu takde. Yang ada bilik lain. Harga pulak RM 180. Ermm.






Memandangkan ada pakej breakfast sekali, jadi aku dengan Effa memang semangat nak matilah pagi sabtu tu. Tapi dalam semangat - semangat, pukul 10 lebih jugak naik ke Lounge -.-' sedangkan breakfast start pukul 7 sampai pukul 11. Mana sempat nak balun banyak - banyak kalau masa makan tak sampai sejam. Ada sedikit kerugian di situ. Heh!







Tak mahu pisang berbuah dua kali, pagi ahad tu kemain awal kami berdua naik atas. Hahaha. Gila semangat! Sudahlah pagi tu hujan. Memang sesuai sangat breakfast secara pukal. Lunch nanti tak yah makan lagi kalau pagi tu dah makan banyak. Kononnn. *sampai r&r seremban aku dah kelaparan. cis!*







Memandangkan makanan dia takdelah banyak mana,  hampir semua menu kami try. Hehehe. Jadi, secara kesimpulannya, semua menu ok kecuali nasi goreng dengan kueh tiaw dia.  Rasa dia so - so je.






Kesimpulannya, hotel ini ok jugak buat orang yang nak dekat dengan semua tempat macam Bangunan Merah, A' Famosa, Taming Sari, Jonker Walk dan yang sama waktu dengannya.  Oh ya. Parking untuk guest ada. So, tak yah risau okey? 



p/s - senyuman aku memang senget. sila jangan pelik (-.-)"





Wednesday, November 13, 2013

Resepi Spaghetti Bolognese

Assalammualaikum.


Hari ni nak share resepi spaghetti bolognese. Bagi aku nak buat spaghetti ni takdelah susah mana. Bahan - bahan dia pun senang aje. Aku ni kadang - kadang kalau dah malas, aku guna sos spaghetti yang ready made tu. Senang. Tak payah nak renyah sangat ;D


Tapi hari ni kita buat versi renyah sikit. Sikit je. Tak banyak pun~








Bahan - bahan :

Spaghetti 
Daging kisar 
Bawang putih di cincang halus
Tomato dipotong dadu
Cendawan shitake segar dihiris kasar (guna cendawan dalam tin pun boleh) 
Sedikit sos tomato
Sedikit cili kisar (kalau nak pedas letaklah lebih)
1/2 peket instant soup (tak kisah brand campbell's or vono)
Minyak 
Parutan keju 


Cara Membuatnya :

Celur spaghetti. Letak minyak sikit untuk elak spagehetti melekat. Celur tu jangan terlalu lama. Dah siap celur, toskan.


Untuk sosnya pula :

Panaskan minyak. Tumis bawang putih sampai kekuningan. Masukkan cili kisar. Gaul seketika. 

Masukkan daging kisar. Biarkan daging masak.Masukkan tomato dan cendawan. Tambah air sedikit.

Tambah sedikit sos tomato. Untuk pekatkan sos, masukkan instant soup. Kacau sehingga sebati.  Kepekatan sos ikut citrasa masing - masing. Kalau nak pekat, tak payah tambah air lagi. Tapi aku suka sos dia cair sikit. So, tambahlah air. 


Lepas tu boleh dihidangkan dengan spaghetti dan dihias dengan parutan keju. 

Siap! 


p/s - Selamat mencuba :)





Wednesday, November 6, 2013

Resepi Cheesekut

Assalammualaikum..


Hari ke-6 bulan November baru terhegeh - hegeh nak updated blog. Entri Terakhir hari kemain lagi kena rajin berblog bulan ni sebab BE tengah running tapi hampeh! Dekat seminggu jugak baru nak menaip kat sini. Haih~



Tapi tak apalah. Benda lepas jangan lagi dikenang. Amboi ;p Hahaha. Okey. Okey. Entri pertama di bulan sebelas adalah resepi Cheesekut! Baru - baru ni aku terbuat cheesekut gara - gara tengok Novelist Ara Sharrina post pasal makanan ni dekat Fb. Tapi dia buat ada letak buah then guna whipping cream. Memandangkan kat dalam rumah ni bahan - bahan terhad, aku godeklah Google cari resepi Cheesekut ni dan terjumpalah resepinya di SINI :) Cuma aku ada adjust sikitlah ikut selera aku. Hihi. 




Tak cantik tak apa. Janji hati baik. Eh. Janji sedappp!



Resepi Cheesekut

Biskut Deluxe Crackers (Original)
Fresh Milk (5 sudu makan)
Susu pekat manis (Aku guna suku je susu daripada 1 tin susu tu. Kalau nak manis letak lebih lagi. Ikut suka kauuu)
270gm cream cheese (Aku guna brand Fatura yang ada extra 20g kalau tak silap. Resepi asal guna 250g je)




 



Cara Membuatnya :

1. Pukul cream cheese hingga kembang. Masukkan susu pekat tadi. Pukul lagi. Dah tu masukkan fresh   milk. Pukul lagi dan siap untuk itu ;D


2. Letak sikit baki fresh milk dalam mangkuk then celup roti ke dalam fresh milk tu. Celup tau bukan rendam! Pastu susun dalam bekas ke dalam loyang ke. Dah tu masukkan cream cheese tadi. Jangan humban semua! Sikit je untuk lapiskan roti tadi. Atau dalam ayat novelnya, "roti itu telah pun diselimuti oleh cream cheese yang enak berkrim disukai ramai" ;p


3. Ulang langkah 2 tu sampailah cream cheese habis..Dah siap tu simpan dulu dalam peti sejuk. Esoknya baru kau makan sampai terlentang. Okey? 



Untuk mendapat gambaran yang terbaik tentang resepi ni berserta dengan langkah - langkah dan gambar bahan - bahan, bolehlah laju - laju ke SINI. Terima kasih Mama Saif untuk resepi yang super sedap ini :) Pada yang nak mencuba, cepat - cepatlah mencuba. Takut kempunan nanti.. 



p/s - Entri lepas ni pun berkaitan dengan resepi jugak. Kbai~

Thursday, October 31, 2013

Entri Terakhir

Assalammualaikum.


Hampir sebulan tak updated. Nak kata busy, tak adalah busy sangat. Cuma macam malas je nak updated. Cerita banyak aje nak dikongsi. Hurm. Tapi yang aku perasan kan, kalau dah tak updated dua tiga hari, besar kemungkinan akan melarat ke dua tiga minggu. Serius. Itu selalu sangat terjadi. Lepas ni kena buat entri hari - harilah jawabnya *konon~



Berbalik pada tajuk. Entri ini adalah entri terakhir untuk bulan oktober ni. Harap - harap bulan november nanti berderetlah entri dibuat. Bukan apa, BE tengah rancak running (alhamdulillah) jadi kita mestilah kena rajin sikit berblog kan? *alasan kemain lagi! haha.* Cuma itulah. Kadang - kadang mood pun mempengaruhi nafsu untuk berblog. Hurm. 



Aku ni kalau mood tak baik memang takkan naikkan entri pun. Takut nanti yang ditaip emo tak tentu hala. Naya! Kalau boleh nak elak benda - benda beremosi masuk dalam blog. Sebelum ni ada je aku naikkan entri macam tu tapi tak banyak. Tak taulah masa akan datangkan? Lagipun lain orang lain caranya. Tak gitu? :) 



p/s - Entri tak bergambar memang tak berseri -.-'







Tuesday, October 1, 2013

September Pergi, Oktober Mari, BE Ada Lagi.

Assalammualaikum..


Bulan september dah pun berlalu. Hari ni bulan oktober. Sekejap je masa berjalan kan? Tak lama lagi dah masuk 2014. Umur pun makin meningkat. Tapi amalan masih tak meningkat - ningkat :'( Sama - samalah kita muhasabah diri ya?


Baiklah~


Memandangkan hari ni dah masuk bulan 10, aku pun teringin nak update perkembangan terkini Nuffnang. Dan alhamdulillah masih lagi ada iklan yang sudi running di situ. Walaupun amount dia tak banyak, tapi tetap alhamdulillah :') Thank you Nuffnang!









Aku ada dua blog, walaupun blog Karya Kathy Tuah yang mengumpulkan semua karya - karya aku macam cerpen, e-novel dan puisi tu dah lama tak ada entry baru, tapi BE masih nak singgah kat situ. Insya - Allah bulan 10 ni aku nak aktifkan balik blog tu ^^



Entry untuk tips dapatkan BE atau CPUV ni banyak sangat. Asalkan rajin search then baca. Aku ambik masa nak dapatkan BE ni tau. Bayangkan, aku start berblog tahun 2010 (letak Nuffnang pun tahun 2010) tapi baru bulan 3 tahun ni (2013) aku dapat BE T_T 



Aku banyak try and error. Banyak baca entry tips dapatkan BE yang ada. Try. Try. Try. Sampai pernah putus apa. Sampai pernah lama gilaaa aku tak buka Nuffnang. Merajuk konon - kononnya. Hahaha. Tapi bila dah tak merajuk aku try lagi. Apa yang aku try? 



Try ikut betul - betul tips yang blogger lain bagi. Antara yang aku selalu buat. Hantar tiket kat Nuffnang. Pastikan kedudukan iklan tepat. Updated survey. Dan yang paling penting Nuffnang kita tu mesti berstatus Glitterati.



Apa dia? Tak faham? Kalau tak faham Google sampai faham macam mana nak dapatkan BE. Serius berlambak tips nak dapat BE ni. Yang penting cuba dan kalau ikut otak aku ni, kena ambik masa tau nak faham benda ni. Huhu. Kalau tak, takkan ambik masa bertahun - tahun nak dapatkan BE. So, rajin - rajinkan diri tu buat kajian tentang BE ni ye ;D



Yang penting USAHA!


p/s - Sekali lagi, Terima Kasih Nuffnang! 






Wednesday, September 25, 2013

Ipoh - WANG KELIAN - Padang Besar - Ipoh (Part 1)


Assalammualaikum..



Ada part pulak~ hahaha. Bukan panjang mana pun sebenarnya, sebab entry ni khas untuk Wang Kelian je. Sebab tu tajuk dia Wang Kelian hurufnya dibesarkan :) 


Sabtu lepas, 21hb. Aku ke Perlis. Motif nak ke Wang Kelian dan Padang Besar. Padang Besar aku dah pernah pergi dua ke tiga kali macam tu tapi Wang Kelian tak pernah lagi. Gerak daripada Ipoh pukul 3.45 pagi.


Nak ke Wang Kelian ikut je jalan nak ke Gua Kelam. Aku tak pandai sangat bagi direction ni tapi aku ingatlah jalan dia memang ke Gua Kelam. Dan jalan nak ke Wang Kelian berbukit - bukit. Ada yang kata macam Bukit Putus, N9. Ada yang cakap macam jalan Tapah nak ke Cameron Highland. 


Bila aku pergi sendiri, aku rasa Bukit Putus laluan nya sedikit panjang berbanding jalan ke Wang Kelian ni. Kalau jalan Tapah pulak, tar dia sendiri teruk dan jalan sempit. Kalau Wang Kelian ni, jalan dia cantik dan besar sikit. Cuma selekoh jalan ke Wang Kelian ni agak tajam. So hati - hati.

 





Sampai Wang Kelian dalam pukul 9.15 pagi. Tapi sempat jugaklah breakfast dekat Jitra, Kedah. Lama jugak duduk minum situ sebelum meneruskan perjalanan :)





Sebelum pergi aku dah usha dulu blog - blog tentang Wang Kelian ni. Sabtu dan Ahad je katanya boleh masuk sini tanpa perlu passport.






Walaupun dah pernah tengok dalam gambar di blog - blog blogger, tapi bila sendiri sampai kat sini terus rasa macam dekat SERIKIN. Hihihi. Dengan panasnya, dengan jauhnya ke dalamnya kedai - kedai. Hampir samalah ^^






Tengok tulisan dekat hilux ni terus aku jadi buta huruf T_T Bila dorang bercakap dalam bahasa dorang, terus aku rasa macam tengok drama Thailand dalam tv. Kalau di Serikin, rasa tengok senetron. Imaginasi aku memang over sikit. Kehkehkeh~







Unik bekas jual air dia. Aku terasa nak beli tapi entahlah. Nasib baik memang bawak siap - siap air mineral dalam bag. Tapi jangan risau, ada jugak air tin dan air mineral jual kat sini.





Cuma jalan dekat Serikin tak adalah sebesar ni. Dan Serikin tak berbukit. Sini berbukit. Eh, dah buat perbezaan antara Wang Kelian dengan Serikin pulak ;p Tapi yang best Wang Kelian ni, barang dia murah sikit berbanding Padang Besar.





Surau ~ Dulu aku tengok gambar dekat blog mana ntah, buruk jek. Sekarang dah cantik :') Kedai makan pun ada dekat sini. Aku tak makan sini pun sebab dekat Jitra aku dah makan nasik lemak >_< Banyak pulak tu aku makan. Konon - konon untuk energy shopping. Hehehe.






Dah nak balik gambar kat sini. Mengesahkan yang diri ini sudah sampai ke Wang Kelian. Puiiih! Hahaha. Lepas ke Wang Kelian terus ke Padang Besar. Nanti aku ceritakan kat entri lain. 


Oh ye, sampai rumah (Ipoh) pada pukul 8.25 malam *pengsan*


p/s -  aku memang suka jalan - jalan. nak jalan luar negara tak mampu lagi. tu yang asyik jalan dalam Malaysia je dulu ;p






Monday, September 23, 2013

Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai

Assalammualaikum..






Aku paling suka Maggi Perencah Kari. Kiranya dalam banyak - banyak mi segera yang ada, Maggi Perencah Kari lah yang terbaik.



Setelah berkenalan dengan Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai, aku telah memutuskan yang Maggi Perencah Kari tetap terbaik! Apa? Ingat tajuk Mamee Chef terus ingat mi ni telah menawan hatilah? Oh tidak sama sekali. Hehehe. Cuma kalau Maggi nombor satu di hati, Mamee ni pulak nombor dua di hati ^^

 




Tapi ~ Mamee Chef yang perisa Kari Laksa dan Ayam Pedas Shiitake SERIUS TAK SEDAP! Huhu. Maaf ye. Ikut tekak aku ni, memang tak sedap. Bukanlah tak sedap langsung tapi macam tak ngam lah dengan selera aku. Makan sebungkus pun bersungguh - sungguh aku nak habiskan -.-' Akhirnya time balik kampung raya hari tu aku bawak balik. Kat sana ramai sikit yang boleh makan daripada kat sini yang tak tahu bila nak makannya lagi.








Sejak dah tahu rasa dia macam mana, aku hanya beli Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai ni. Gambar atas ni Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai yang siap dimasak dengan bunga kobis, tomato, kek ikan, sosej dan daun limau purut. 


Tapi menu macam ni hanya dimakan time malas nak masak makanan lain dan dah takde lauk lain dalam rumah. Bukan apa, makanan macam kan tak elok? :) 



p/s - Maggi Asam Laksa nombor tiga di hati~



Gambar 1 dan 2 dari Google ^^


Friday, September 20, 2013

Tips Kulit Wajah Kekal Bersih.

Assalammualaikum..


*Tajuk SEO sungguh! Hahaha. Sekali - sekala tak apalah kan? (^_~)V



Sekarang ni yang upload gambar di IG atau Fb semua cun - hensem belaka. Kulit muka semua flawless nak matiiii. Aku tahu memang ada tips nak kulit licin macam kulit telur rebus yang dikupas. Contoh kat bawah ni ;p



Ehem. Lama dah tak letak picture sendiri dalam blog ni =) Sejak berat badan naik mendadak, nafsu bergambar dah kurang. Lagi satu, dekat sini takde geng yang gila bergambar. Sungguh tak best tau~


Licin dan bersih je kulit mukakan? Padahal~ Hurm. Tips nya pakailah application Camera360. Pasti ia tidak mengecewakan ;D Tak original langsung! Hahaha.



Okey-okey. Kali ni tips yang betul - betul. Muka aku takdelah okey sangat. Ada jugak jerawat. Kedutan. Bintik hitam dan kawan - kawannya yang lain tu. Cuma tak ketara sangatlah. 



Tips nya mudah je. Pastikan kulit muka bersih bila berada di rumah! Lagi satu, kalau dah balik dari shopping ke, dari pasar malam ke atau mana - mana je. Balik tu kalau tak nak mandi terus, pergilah cuci muka je dulu. Lagi - lagi yang suka bermekap tu. Kesannya memang ambik masa. Dan ikut jenis kulit jugak. Tapi insya - Allah hasilnya tak mengecewakan. 


Selamat mencuba ^^



 



Inilah hasilnya setelah mengamalkan tips di atas. Memanglah tak selicin gambar edit atas sekali tu tapi..ermm..kira okeylah jugak kan? Nampak jugak ke'original'an mata pandanya. Bekas jerawatnya. Dan pipi tembamnya T_T 


Yang penting jangan compare wajah sendiri dengan wajah orang lain dan syukur dengan segala pemberian dari-NYA :')



p/s - esok ada misi penting. moga dipermudahkan segala - galanya. amin~



Tuesday, September 17, 2013

Resepi Lontong Simple.

Assalammualaikum..



 Aku memang tak reti buat telur mata. Kalau buat mesti kuning dia pecah. Tengok orang lain buat cantik aje -.-'


Dulu ~ masa study dekat Melaka, baru aku berpeluang rasa makanan nama Lontong ni. Di Kuching makanan macam ni memang susah nak jumpa.  Dan sejak dulu lagi aku teringin sangat nak try masak sendiri. Tengok dari rupa dan rasa, macam lauk lemak biasa yang kita makan dengan nasik tu je. Kiranya senanglah kalau nak buat. Tapi, dah sekian lama kenal makanan ni, baru malam tadi aku gigih memasaknya di dapur. *kenapa aku rasa ayat aku agak skema akhir-akhir ni*



Dan yang tak boleh blah nya bila baru pertama kali buat dah terhegeh-hegeh nak up resepi. Okey lagilah kan up entri resepi berbanding angan - angan aku yang dah tergedik - gedik nak buka kedai makan jual lontong. Konon dah sedap sangatlah ni. Hahaha. Entah apa - apa! 



Marilah aku tunjukkan resepi yang simple ini. Ehem~








Bahan - bahan :

 Fucuk/tauhu kering (dipatah -patah dan rendam sampai lembut. aku rendah dalam air suam)
Soo hoon/ Su'un 
5 tangkai kacang panjang dipotong ikut suka hati kita (aku potong serong)
1 keping tauhu
Lobak merah potong kecik dan memanjang (aku guna baby carrot. alah, lobak merah yang kecik - kecik, comel - comel tu)
Setengah biji sengkuang juga dipotong macam lobak tadi (sengkuang aku beli tu besar jadi guna sebelah jelah)
Kobis dihiris macam biasa ( aku guna dalam sebesar penumbuk je kobis)
Setengah kotak santan kotak (err..aku guna santan dalam kotak tu)
Air ikut banyak mana yang kita suka.
Sedikit serbuk kunyit.
1 batang serai (dititik)
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Minyak masak untuk menumis.



 
 Bahan - bahan yang ditumbuk :

1 biji bawang merah besar.
3 ulas bawang putih
Sedikit udang kering (direndam kejap)
Sedikit ikan bilis (juga direndam kejap)


 Bahan - bahan sampingan : 

Nasi Impit
Sambal ikan bilis
Telur mata






Cara membuatnya : 


Panaskan minyak. Masukkan serai dititik tadi. Tumis seketika. Dah tu masukkan bahan kisar beserta dengan serbuk kunyit sekali. Tumis sampai garing. 


Masukkan lobak merah dan sengkuang. Tambah sedikit air. Bila dah mendidih, masukkan fucuk, kacang panjang, tauhu dan kobis. Kacau rata.


Masukkan setengah kotak santan (kalau nak pekat letak lebih dari tu) dan disertai dengan garam dan perasa secukup rasa. Masukkan soo hoon yang telah dibasuh sekejap dengan air. Biar sampai soo hoon lembut dan SIAP! 


Boleh dihidang bersama nasi impit, sambal ikan bilis dan telur mata. Resepi ikan bilis tu cari sendiri ye. Aku malas nak taip ;D 



p/s - Kuantiti bahan - bahan tu macam biasalah ye, agak - agak korang nak letak banyak mana. Macam kuah dia ni ikut selera masing - masing nak santan lebih ke apa. 

Dan ni aku main taip je. Tak ingat sangat. Haha. Resepi ni aku ikut sikit dari internet, sikit dari buku resepi dan sikit dari kepala otak aku sendiri. Jadi, pada pencipta resepi lontong - lontong di Malaysia , TERIMA KASIH! Anda memang TERBAIK *perkataan terbaik itu hendaklah di sebut macam dalam cerita kartun Boboiboy ;p



Friday, September 13, 2013

Menginap di Dreamz Hotel Melaka.

 Assalammualaikum..


Cuti tiga hari ni mesti ramai yang plan nak pergi bercutikan? Dan aku pasti Melaka antara negeri yang selalu dalam senarai percutian korang. Yang memang orang Melaka tu lain ceritalah kan? Sebelum puasa hari tu *kemain lama punya citer Kehkehkeh* aku ke Melaka. 3 hari 2 malam. Sebelum pergi tu call lah hotel yang ada di sekitar bandar Melaka tu, semua full. Aku dah agak dah. Sebab selalu macam ni. Try jelah walk in. Target memang Dreamz Hotel ni sebab dia betul - betul dekat Mahkota Parade (MP). Jalan kaki 5 minit pun dah sampai MP. Bila tanya petang jumaat tu, ada 1 bilik tapi twin room punya. Takpelahkan. Aku sorang je pun :)



 


Inilah rupa luaran Dreamz Hotel ni. Warna - warni bangunan dia. Staff dia pun okey. Yang bawa kereta tu, jangan risau. Parking disediakan untuk pelanggan hotel ni. Kau jangan main suka hati je parking dekat Melaka ni tau. ISNIN - AHAD, parking dia berbayar! Nanti tak pasal - pasal kena saman -.-'


 


Baiklah. Inilah bilik untuk malam aku sampai tu. Ni je ada tinggal. Harga dalam 150++ kut. Tak ingat dah. Tapi ada deposit RM50. Nanti kalau kau dah check out nanti jangan lupa mintak balik deposit tu.


Bilik dia kecik je. Cukuplah untuk tidur, rehat dan mandi. Kalau dah katanya bercuti takkan nak terperap dalam bilik je kan? Lainlah kalau kau honeymoon barulah suasana dan keselesaan bilik diutamanya. Kalau setakat nak jalan - jalan sambil save budget, hotel ini sudah cukup memuaskan bagi aku.




 



Cuma bilik dia takde almari. Aku ni suka gantung baju kalau dah sampai hotel macam ni. Lagi - lagi tudung. Dia just ada yang macam dalam gambar tu. Okeylah daripada takde langsungkan~ Bagi yang solo travelers tu okey sangat stay sini. Memandangkan aku tidur sorang, katil yang satu tu aku letak beg dan biar nampak penuh sikit. Bukan apa, aku ni suka aje imagine ada 'orang lain' tidur dengan aku kat katil sebelah tu. Huh!







Inilah antara sebab aku nak sangat try stay hotel ni. Weekend Night Market betul - betul depan hotel ni tahu! Jalan sorang - sorang pun tak takut sangat. Sape yang bawa kete tu, baik jalan kaki je. Nak pergi A Famosa dari hotel ni amatlah dekat. Jalan sikit jumpa Dataran Pahlawan (DP). Belakang DP tulah A Famosa :)






Oh ye. Ini lobby hotel. Kecik je pun tapi selesa. Memandangkan aku ambil 1 malam je, pagi sabtu tu aku terus cakap dekat staff dorang yang aku nak ambil 1 malam lagi. Bilik yang sama. Tapi bilik tu dah ada orang booking. Tapi dorang cadangkan aku pindah bilik. Kalau malam pertama tu dapat twin room, kali ni dapat standard room pulak. Aku okey je. Lagi senang. Tak perlu nak cari hotel lain. 


Cuma aku kena check out jugaklah pukul 12 tu dan kena masuk balik dalam pukul 2. Tapi beg aku, staff dorang suruh letak dekat lobby je.





Inilah rupa standard room dia. Aku rasa bilik ni lagi selesa dan besar sikit. Pada yang pentingkan kebesihan tu, jangan risau. Dua - dua bilik yang aku stay, dua - dua bersih. Harga bilik ni dalam 160++ kut. Eh, serius. Aku tak ingat. Resit dia ntah mana aku letak. Tapi tak sampai RM200. Weekend memang harga dia takde nak murah.  Mahal eh? Aku pun rasa mahal jugak. Hahaha. Tapi sebab aku nak dekat MP dan DP jadi aku ambik jelah ni. Nak jalan sorang - sorang pun tak takut sangat sebab tempat dia terbuka ^^






So, sape yang rasa nak cuti dekat Melaka. Nak cari hotel yang dekat dengan tempat - tempat menarik, korang try lah stay hotel ni. Dekat Melaka memang banyakkkkkk sangat hotel, dari yang berbintang - bintang sampai tak berbintang, semua ada.


TIPS~ pada yang tak suka nak bersesak - sesak atas jalan raya, aku cadangkan korang carilah hotel dekat area Bandar Hilir, Melaka ni yang ada sediakan parking lepas tu korang jalan kaki je pergi mana - mana. Alah, yang nak sangat korang pergi dah tentu A Famosa bangunan bersejarah tu kan? Tak pun dekat Bangunan Merah. Tak pun Muzium Samudera. Semua tu dekat je dengan Dreamz Hotel ni. Jalan kaki je. Tak pun naik beca. Senang!


Bukan, apa ~ Melaka ni sentiasa jem. Siang atau malam. Lagi - lagi area Bandar Hilir ni. Lagi - lagi hujung minggu dan cuti sekolah. Tak caye? Tengok gambar bawah ni~






Gambar ni di ambil dekat - dekat nak pukul 1 malam. Malam minggu. Nasib baik belok kiri, kalau straight? Entah pukul berapa aku nak sampai hotel yang jaraknya dekat aje sebenarnya pun. Masa ni aku baru balik dari Jonker Walk. 


Pada yang punya suami atau member yang tak suka jem bagai, silalah cari alternatif lain bila berada di Melaka. Nanti tak pasal - pasal hilang mood bercuti sebab jem punya pasal!







Bila nampak date tu baru aku ingat yang aku pergi 5/7 :) Ni resit deposit dia. Boleh dia BIN kan nama aku. Huh! BINTI okey! Bukan BIN. Emo tiba - tiba. Padahal baru perasan! Hahaha. Sapa yang nak tahu lebih lanjut tentang hotel ni, silalah hubungi mereka sendiri melalui alamat yang tertera di atas ;p



p/s - Best jugak jalan sorang - sorang kat tempat orang cuma perlu lebih berhati - hati dan jangan diamalkan selalu. Peace (^_~)V




Wednesday, September 11, 2013

Terbanglah Lagi~






Mungkin akan terbang lagi~
Membelah awan melintas pelangi. 

Mungkin akan terbang lagi~
Membawa pakaian bersama sekeping hati.

Mungkin akan terbang lagi~
Mencari destinasi yang selama ini dicari.

Dan moga kali ini pendaratannya bukan lagi di bumi ilusi..
  
-2013

 p/s - ringkas tapi mendalam maksudnya. harap faham :')


Monday, September 9, 2013

Resepi Mee Jawa.

Assalammualaikum..


Mee jawa banyak versi sebenarnya. Ada yang guna santan dan tepung jagung untuk kuahnya dan ada yang takde guna. Versi resepi keluarga aku memang pakai santan dan tepung jagung. Cuma kali ni aku guna versi tak guna santan dan tepung jangung. Versi yang ni aku ikut dekat Buku Resepi "1 Hari 1 Resepi" Chef Hanieliza (m/s 261). Cuma aku modify sikit. Ikut selera sendiri katakan ;D 




 


Yang kat atas ni mee jawa yang aku baru buat baru - baru ni.  Kuah dia sama je. Cuma bahan tambahan kat atas tu je aku main letak apa yang ada dekat rumah. Paling penting kuahnya tu. Baiklah, kita tengok bahan - bahannya. 


Bahan - bahan untuk kuah

Ubi keledek (direbus dan dikisar)
Air rebusan tulang daging dan daging (err..maksudnya kat sini, aku rebus tulang daging jugak dan daging jugak. ala, daging yang betul - betul daging tu. yang takde tulang dah tu)
Bawang putih, bawang merah dan halia (tumbuk halus)
Udang kering (rendam sebentar dan tumbuk halus)
Serbuk kari daging (aku guna brand Adabi)
Sedikit cili kisar.
Minyak masak.
Garam dan serbuk perasa secukup rasa.


 Cara Membuatnya. 

Panaskan minyak. Tumis bahan - bahan kisar seketika. Masuk sekali kari, udang kering dan cili kisar. Tumis bahan - bahan tersebut sampai garing.

Masukkan keledek yang dah dikisar. Tambahkan dengan air rebusan daging (masuk sekali tulang daging tu tau! isi daging tu je tak yah masukkan) mengikut kepekatan yang kau nak.

Masukkan garam dan serbuk perasa. Biarkan sampai kuah mendidih dan pekat. Dan SIAP!



Bahan - bahan peneman kuan (eceh!)

Mee kuning (basuh dan celur)
Hirisan daging (isi daging yang direbus dengan tulang tadi tu, kau hiris nipis - nipis) 
Sawi (celur)
Tauhu goreng (hiris)
Telur rebus
Limau kasturi (dibelah 2)
Cili merah (hiris)
Dan apa saja yang kau rasa nak letak kau letaklah ye ;p






 Bagi aku, sawi mesti ada. Tauge takde takpe. Janji sawi ada. Telur pun sama. Kena ada kalau buat mee jawa ni. Oh ye, jangan lupa sawi kena celur dulu. Telur kena rebus dulu~






 Kek ikan ni ada stok kat rumah so aku letaklah sekali. Hehe. Tauhu atas ni pulak tauhu kegemaran aku. Sedap sangat tauhu ni!






 Inilah daging yang dah dihiris nipis. Kalau nak sedap, silalah letak hirisan daging ni banyak - banyak. Dan sebelah dia tu tauhu yang atas tadi tapi versi dah dihiris ^^






Telur rebus dan kek ikan menanti untuk dihidang. Wink-wink. Dah kenapa nak wink - wink pulak -.-'






Dan inilah hasilnya. Yang ni aku buat masa bulan puasa hari tu. Untuk sahur. Kelas tak kelas sahur makan mee jawa. #angkat kolar baju. Buat sendiri pulak tu! Silalah bangga puan emak! Haha. Sebenarnya kuah aku dah buat sebelah malamnya. Macam telur dah siap rebus. Cuma yang perlu dicelur tu je aku celur time nak sahur tu. Tapi yang ni takde letak limau dan cili. Tak macam gambar kat atas sana tu. 


Baiklah. Itu ajelah perkongsian kita hari ni. Untuk kuantiti bahan - bahan tu pandai - pandailah nak agak ye. Untuk satu hidangan kecil takkan nak guna sekilo bawang kan? Cukuplah sebiji dua. Kalau kuah tu terlebih banyak pulak kau buat, takpe. Bakinya tu simpan dalam peti sejuk. Esok dan lusa boleh makan lagi. Insya - Allah :') 



p/s - Selamat Mencuba pada yang nak mencuba (^_^)