klik sekali~

Sunday, October 30, 2011

Logos Hope.

assalammualaikum & hi~

Logos Hope dah ada kat Kuching sejak kelmarin kalau tak silap. petang tadi lepas kenduri cukur jambul anak buah, aku dengan keluarga kakak dan abang - abang aku pergi kat area Pending, sebab kat situ kapal ni berlabuh. Logos Hope ni lebih kurang floating book fair.






buku - buku dalam ni boleh tahan jugak murahnya. tapi tadi aku tak sempat nak tengok novel English kat situ sebab anak buah aku sibuk ajak pilih buku dorang. kalau aku kuar dengan anak - anak buah aku, confirm aku ni yang jadi mummy dorang. takdenya nak kat kakak aku. orang yang nak mengorat pun tak jadi sebab ingatkan aku ni mak orang. tapi macam lah ada orang nak mengoratkan? heh!




ni gambar kat mane tah, aku tak tau tapi kat sini tadi lebih kurang cenggitulah orang beratur. haih!


tapi masa aku sampai situ, mak aii..gila panjang punya barisan! anak buah aku dah dok excited bila tengok kapal tu kemain besar lagi. kalau 'belon' penah jugak dorang naek, tapi kapal cenggini besar tak penah lagi naek. jadi excited dorang tu tak yah cakaplah. 



eh, lupa nak cakap masuk bayar RM1 je untuk orang dewasa, budak - budak free. Dorang stay kat Kuching ni sampai 13/11 sebelum ke Kota Kinabalu. Sebelum ni dorang dah ke Penang dengan Lembah Klang kut, kalau tak silap.






lepas berbaris panjang dan bersesak - sesak dengan orang, maka perut yang kenyang lepas makan kenduri terus jadi lapar balik. kakak aku pun ajak pegi pizza. nasib baek dia yang belanja. selamat duit aku. haha. 



p/s - gambar pertama dan kedua tu dari Google. pizza tu gambar lama aku. sebab card reader aku problem lah pulak! tak leh nak masukkan gambar berjuta - juta strawberry tu dalam blog T_T


Thursday, October 27, 2011

Berkahwin Sebab Ingin...

assalammualaikum & hi~ 



 
jom kawen LARI SETEMPAT ^^



di suatu petang yang agak hening, aku dok sibuk bersilat kat dapur. Tung-tang-tung-tang. sambil tumbuk sambal belacan secara berhemah supaya takde jiran tetangga tension bunyi lesung batu, aku tiba – tiba diaju oleh satu soalan. Bunyi macam mudah tapi nak jawab pelu memerah segala urat sendi sebab aku rasa lebih senang aku jawab paper global marketing suatu ketika dulu. Soalannya berbunyi begini – 


“kak, kenapa akak tak kawen lagi?”


Erk..soalan jenis apakah ini? KBKK? Tanpa salam tanpa intro aku ditanya soalan seumpama itu. Namun sebagai bekas pelajar yang selalu ‘menggoreng’ jawapan masa final exam so aku dengan muka confident menjawab,


“belum sampai seru lagi.” Standard tak standard jawapan aku? aku kira nak jawab ‘no komen’ tapi dah bajet macam artis la pulak. haha.


Tapi aku pun usha dia. Saja nak tau hantu bunting mana yang bisik kat telinga dia sampai suh tanye soalan macam tu kat aku.


“kenapa tetiba je tanye?” 


“tak la, akak kan dah lama bercinta. Study pun dah habis. Umo pun dah 25. Akak pun dah puas bejalan sana – sini. So, apa yang akak tunggu lagi?”


“kenapa, kamu dah tak sabar ke nak kawen ke?” aku pulak bertanya. Sekadar mengusik. Dia dah mula senyum semacam. Senyuman yang aku sendiri tak faham maksudnya.


“saya ingat pas study ni nak kawen je kak, bila dah kawen barulah ‘bebas’ sikit.”
“Err..”  


Aku geleng – geleng kepala. Tak habis SPM dah nak kawen? tapi tak salah jugakkan kalau dia nak kawin sekali pun. Cuma aku nak tau apa maksud ‘bebas’ yang dikatakannya itu. 


Risik punya risik, usha punya usha. Akhirnya aku tahu kenapa dia cakap dah kawen barulah bebas. Rupa – rupanya dia ada tekanan perasaan. Terkongkong atau lebih tepat dikongkong. so, bagi dia bila dah kawen dia bebas dari kongkongan keluarga. Senang nak kemana – mana. Tambahan dia dah bersuami pasti dia sudah menjadi tanggungan laki dia kan? tapi tak semestinya dengan berkahwin! Oh! No~


Kesian pulak aku dengar luahan rasa dia. Sebab terlalu rasa dikongkong dia nak ambik jalan mudah dengan berkawen. Eh, dik! Berkawen pun bukan noktah berakhirnya masalah kamu, tahu!


Memang aku akui ramai yang kawen muda steady je sampai sekarang, tapi tak ingin ke nak study sampai masuk U. tak dapat pi oversea, over the sea pun jadila *macam aku.sobs* tak pun masuk u yang ada kat Sarawak ni. Tapi tu yang masih minat nak study lah kan? kalau dia dah memang tak minat nak buat macam mana. Hurmm. 


Korang rasa apa patut aku cakap kat budak ni? Ke aku suruh dia kawen je? Huhu. 


 p/s – sumber gambar dari SINI.

Monday, October 24, 2011

Babysitter.

assalammualaikum & hi~



dania nur alesha.

Korang penah jaga anak orang tak? Tak pun jaga anak buah korang sendiri. Penah tak? Aku sejak lepas SPM dah ada pengelaman jaga anak buah. Sebab tu aku takde pengalaman kerja kat tempat lain. Sibuk jaga anak buah je. Haha. Tapi aku dibantu oleh mak aku lah ye :)


Masa aku SPM aku jaga anak kakak aku, Muhd. Hazrie Firdaus. Lepas habis STPM aku jaga lak anak kedua kakak aku, Muhd. Fiqrie Firdaus. Habis je kat UiTM, masa nak tunggu konvo aku jaga lak anak abang keempat aku Dania Nur Alesha. Dan sekarang aku tolong tengok – tengok pulak anak abang ketiga aku, Mohd. Iqmal dengan Mohd. Iqram.




mohd.iqram


Ni bukan takat tengok – tengok kan cenggitu je tau. Tapi siap mandikan, bagi makan, bagi susu, basuh kencing berak. Kiranya agak complete jugaklah. Saing – saing seorang ibu menjaga anaknya. Ayat ni nak bagi tau, dia dah layak jadi ibu. Kehkehkeh.



Tapi sebenarnya bukan mudah nak jaga anak orang ni waima itu anak buah sendiri. Sebab tahap kesabaran kau akan teruji. Lagi – lagi kalau part dorang tak dengar cakap tu. Rasa ringan je tangan nak pukul. Tapi bila dikenang balik, mak dengan bapak tak pernah pukul aku jadi terpaksa aku lepaskan dengan lecture yang panjang berjela. Tensionlah bakal suami aku dan anak aku nanti T_T




mohd. iqmal , muhd. fiqrie firdaus & muhd. hazrie firdaus.


Ada orang fikir setakat jaga budak kat rumah apa ada hal. Bagi makan, bagi susu. Dah! Kalaulah semudah itu alangkah indahnya dunia kan? Cuba tanya yang jadi housewife sepenuh masa tu apa perasaan dorang kalau duk rumah layan anak – anak. Kalau setakat sorang tu maybe boleh cool lagi kan? Tapi kalau dah rumah macam nursery? Mesti ada juga hari – hari tertentu suara dorang sampai ke langit.



Tapi kan, bila aku dah biasa jaga anak buah. Biasa main dengan dorang, aku tetiba timbul rasa seronok pulak. Seronok duk rumah jaga budak – budak. Haha. Lagipun aku kan bongsu. Takde istilah jaga adik. Hehe. Cuma aku terfikir, anak aku nanti dapat tak aku jaga macam mana aku jaga anak – anak buah aku tu. Hurm.


 
Korang pulak penah jadi babysitter tak?