Tentang AirAsia.

assalammualaikum & hi~





1st time aku naik ‘belon’ atau kapal terbang masa aku form 5 (2003). Tu pun sebab abang aku konvo kat upm. Pegi naek MAS, tapi balik sini naek Airasia. Dan tu jelah sekali aku naek MAS, lepas tu aku setia je dengan Airasia. Lagi – lagi bila aku study kat Melaka since 2006, jadi Airasia jelah yang aku rasa aku mampu naek. Banyak sebenarnya kenangan aku dengan Airasia ni. Memandangkan zaman dah berubah, jadi aku pun tengok banyak sangat perubahan Airasia sekarang ni. Antaranya :

Tempat duduk.
Dulu ko boleh duduk mane – mane je. Tapi sekarang kena ikut seat yang dorang tetapkan. Ini memang tak best! Sebab aku suka duduk kat window dia. Paling aku tak suka bila kene duduk tengah – tengah. Betul – betul tak selesa. 

Jadi kalau aku ada duit lebih sikit, aku booked sekali dengan seat yang aku nak. Kene cas rm6. Kalau ko banyak sangat duit lebih tu ko boleh booked hot seat rm30. Aku pun tak tau apa yang hot sangat kat seat tu T_T 

Tapikan, kalau korang boking melalui web tu, be careful okay. Sebab dorang akan automatic letak korang kat hot seat! Jadi korang kene removed dulu seat tu kalau nak free. Jadi tengok betul – betul.  

Checked/unchecked baggage.
Ni memang paling aku kene alert selalu. Sebab sejak akhir – akhir ni banyak sangat perubahan kat Airasia ni. Dulu, berapa banyak beg ko nak campak untuk checked baggage pun takpe janji tak cecah 15kg. Kalau ko nak bawak beg laptop, hand bag, paper bag, beg sandang untuk unchecked baggage (beg yang boleh bawak sendiri untuk masuk cabin) pun takde hal punya. 

Tapi tak lama lepas tu Airasia buat rombakan baru. Only 1 beg yang boleh ko checked. Ni paling aku tak suka! Ko bayangkan, kita dah siap –siap ambik 15kg tapi alih – alih beg yang kita ada cuma dapat muat dalam 9 ke 10kg je. Kalau beg boleh checked sampai dua takpe jugak kan? Tapi tak boleh. 1 beg je. Jadi rugilah beberapa kg kat situ. Nasib baik boleh bawak masuk cabin dua tiga beg. Tu dulu. 

Yang terbaru. Airasia buat rombakan lagi. Haish! Tapi ni okay sikit. Ko nak campak berapa banyak beg untuk checked baggage pun takpe. Janji tak lebih daripada kg yang ko dah booked. Tak macam sebelum ni kan, cuma 1 beg je. Kiranya dia dah berbalik macam yang mula – mula dulu.

TAPI, dia untuk unchecked baggage ko hanya boleh bawak 2 beg. Ko pilihlah antara dua sama ada nak bawak beg laptop, hand bag atau cabin bag (The cabin bag shall not exceed the dimensions of 56cm X 36cm X 23cm and must not weigh more than 7kg). Bagi yang pempuan tu, aku sure hand bag mesti ada kan? Sekarang laptop pun macam benda wajib. Jadi hand bag dengan laptop je boleh bawak masuk cabin.

Huh! Berpeluh aku nak citer pasal baggage ni je. Tapi sume tu aku dah lalui. Kene cas sebab muatan beg dah lebih 15kg pun penah. Cuma aku tak ingat berapa. Lama dah. Tapi mahal wey! Tapi ada jugak krew Airasia yang baik hati tau. Sebab dulu beg aku penah cecah 16.6kg tapi dia cakap takpe. Halal je 1.5kg tu. Best kan? Tapi jarang ko nak jumpa yang baik cenggitu.

Check – in Options.
Yang ni baru start bulan lepas. Sebelum ni check – in free je! Sekarang dia bagi dua options. Sama ada ko nak check in kat kaunter yang bayar rm10 atau ko nak check in free via web or mobile. Kiosk dia pun boleh kalau tak silap. Sape – sape yang tak reti nak check in melalui web dengan phone tu dah tentu kene check –in kat kaunter kan? So, sedialah rm10 ye.

Flight delayed.
Puas jugak flight yang aku naek delayed. Kalau dia ingat dekat ko, dia akan inform melalui sms cakap flight ko delayed. Tapi kalau tak, ko terpaksalah tunggu kat airport tu berjam – jam. Selalunya kalau kita ambik insuran tu mesti dorang akan inform. Tapi tak penah lah kene macam beberapa kawan aku yang dah masuk flight pastu dah nak fly, tetiba dapat announcement daripada cabin crew cakap kene tukar flight sebelah. Kene lah turun balik .Delayed pulak tu. Cuma aku rasa kadang – kadang Airasia ni banyak hidden cost. Tapi okaylah, still murah kut. Aku pun buat masa ni still masih setia dengan Airasia (^_^)V

Aku rasa cukuplah dulu sampai kat sini. Nanti aku up pasal lain pulak. Bukan apa, kenangan sume ni. Sekurang – kurangnya sape yang ada plan nak naik Airasia tu dapat jugak sikit info kan? Huhu. Tapi sume ni melalui pengalaman aku, lain orang lain pengelaman dia. okay,bye!

p/s – everyone can fly – tetiba..

Comments

missbby said…
orait..thanks for the info yea..iallah plan akan datang nak berjalan-jalan..hehe
Eza tak penah lagi naik belon air-asia..Masih setia kat MAS..ececehh, tetiba gtau awk plak..hehe.
pena rozie said…
hanya sekali jer pernah naik air asia. Biase nak mas....
Cik Muda Sae said…
tak pernah naik flight.... arghhhh....naif nyeee aku..!!!
Kathy Tuah said…
@pena rozie ramai jugak yg naek mas ni..hehe
labulabi said…
x pernah nait airasia gik.hihi.insyaAllah mun xda hal mei tahun depan akan nait juak.hehehe.mas di hatiku.mahal p aku puas hati.hihi
Kathy Tuah said…
@Cik Muda Sae err..xpe, nnti2 leh naik jugak ^^
Kathy Tuah said…
@labulabi yalah, mas mmg better than airasia tp nama kita tok ngitung bajet..fhm2 jaklah..kehkeh
Namee Roslan said…
aaa saya tak suka airasi..sbb saya tak faham. hehe. kalau pergi lcct tu sy boleh sesat haha :D sbb tak faham. serious tak faham. smpi satu hari tu sy nk g miri but then sy tanya counter n no one told me that flight delayed..tanya counter banyak kali pastu takde sape yg ckp. so kita sendiri yg kena alert. hmmm
Kathy Tuah said…
@Namee Roslan siannya..tp mmg dorang kdg2 mcm tu..xde ckp pe pun kt kita yg flight delayed..better naik mas kan namee? walaupun sy baru sekali naik mas..hihi
[sutera kasih] said…
ya robbi nasib bait ktk madah kmk awal..lusakk kmk nait belon air asia ya..duhal ada baru gik..cisss nama jak murah tp byk songehh ohh hehe
Kathy Tuah said…
@[sutera kasih] mena kah? kmk booking marek, kmk tauk hal tok..so tangga2 jak ktk klak k ^^
kmk brk setahun setengah kat bangi. so balik baruk 4 kali.. brk sekali kmk nait air asia sbb bapak ambik tiket akhir... selalu bpk suh pakai mas bkn sbb apa, kmk senang mk direct ke cnun n kmk blh mbak byk barang balit.. nglah agak xselesa nait air asia..
Kathy Tuah said…
@Fathin Fazila Razali nang x selesa owh nait airasia..huhu
Pendamba Mawar said…
hurm..xpernah naik :(
PeRmAtA bIrU said…
last naik kapal terbang zaman dahulu kala... lama dah... hahahah.. tahun 1994 kot...:)
bobiedanbad said…
air asia, now everyone can fly...Air asia teman baik ku setiap tahun wajib 8 kali naik hehehe
Cik Eka said…
tak pernah naik belon lagi kathy..hehehe

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.