klik sekali~

Thursday, October 20, 2011

Buah Terap.

assalammualaikum & hi~

ehem - ehem. semalam hanya sempat post pasal Wordless Wednesday je. nak blogwalking pun tak sempat. jadi hari ni free sikit so nak citer pasal BUAH yang aku post semalam kat WW yang kat SINI. siapa yang malas nak klik SINI, takpe. aku letak lagi picture buah tu ye. tengok kat bawah ni.





nama buah ni BUAH TERAP. nama specifik dia jangan tanya aku -.-' ada yang cakap ni buah ni buah cempedak. bukan ye kawan - kawan. cempedak kulit dia keras. tapi buah terap ni kulit dia lembut je. kalau kita nak makan tak perlu nak kopek dengan pisau ke apa. just bukak dengan tangan. budak dua tahun pun boleh bukak buah ni. siyes.





okay, gambar kat atas ni bentuk buah terap yang tak dibukak lagi. tak sama dengan cempedak kan? tapi bau dia sampai tiga batu boleh hidu. huhu. bau dia saing - saing dengan buah durian. bijik dia kecik je. rasa dia macam rasa asam pedas ikan tenggiri T_T okay. itu tipu! rasanya manis. sedap wey!



gambar kat atas ni pulak pokok buah terap. belakang rumah aku je. tepi sungai. tinggi kan pokok dia? tapi kalau nak ambik buah dia yang masak memang ko tak boleh main petik lepas tu campak kat bawah. sebab kulit buah terap ni lembut dan mudah pecah. so, kena ada cara tertentu nak ambik dia.  


tapi kan, aku tak penah jumpa buah ni masa kat semenanjung. aku ni ligat jugak berjalan kalau dah sampai kat sana. tapi aku belum jumpa lagi buah ni. mungkin aku terlepas pandang? mungkin. tapi kat sabah memang ada. sebab kawan aku kat sabah tau buah ni. jadi aku agak buah ni ada kat sana lah. hehe. 


so, terjawablah sudah tentang gambar WW semalam. macamlah ada yang nak tau sangat kan? tapi takpe. besar pahala kalau kita share info yang baik untuk orang lain. ayat bajet ni. haha. apa - apa pun kalau datang sarawak, khasnya kuching, jangan lupa cari buah ni ye. tapi kalau takde musim dia jangan harap ko nak jumpa. huhu. okay~bye! 

p/s - best jadi budak kampung ni. tetiba T_T


15 comments:

Zawifatul Aziah said...

mcm cempedak..nk ckit

missbby said...

waa..baguslah bagitau, pasal kita memang tak tau pun..tq for the info yea..

NHY said...

tak pernah tengok. rasa dia macam buah durian belanda ke??

Eza Boom Boom :) said...

eza pun budak kampung..hehe... :)
Buah terap ni kalau mentah dapat masak jadi sayur :)

Kathy Tuah said...

@Zawifatul Aziah meh sini ^^

Kathy Tuah said...

@missbby sama2 ^^

Kathy Tuah said...

@NHY xlah, manis2 rasa dia..kalau durian belanda masam2 ckit kan..

Kathy Tuah said...

@Eza Boom Boom :) tepat sekali..hehe

adieque alizah said...

buah ni sedap.. manis.. cikgu sy dr semenanjung geli nak mkn & pegang buah ni bab terlalu lembut.. 1st tym dia nmpk buah ni d sabah.. hehee :D

bobiedanbad said...

buat terap mmg fav aku, manis dan sedap. pas tu biji dia sedap kalau di goreng

man said...

tak pernah rasa lagi...

C!K NoRa said...

Baru tau kewujudan buah ni... hehe... mula2 tengok gambar tu ingatkan buah nona. Rupenye bukan.. besar mcm cempedak.. heee.. teringin pulak nk rase... ;P

Shaherah said...

buah terap ea.. tak pernh dgr.. mcm cempedak.. tah tah shera pernah makan.. tapi sangka kan cempedak.. kan.. hehe.. terliur la tgk..

Namee Roslan said...

mcm cempedak la. ni first time sy dgr buah ni. b4 ni xtau pun. rasa dia mesti sedap kan :)

Shah said...

Sedapnya nampak buah terap. Kak belum pernah makan lagi.