klik sekali~

Sunday, October 23, 2011

MISTERI BOLA PING PONG.

Amaran : Jangan baca andai anda tak dpt mnahan prasaan.
Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam...... pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan PMR.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang siuman, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk meng'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tiada harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya.

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer.

"Apa dia" tanya bapa Amer.

Tetapi belum sempat Amer memberitahu misterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.


Apakah misterinya? Anda nak tau????


ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.
:D cheers!
 p/s - sumber dari fb ^^

17 comments:

Salwa said...

Haha.tension kalo jadi bapa dye.

Nieda said...

mmg entry nak mengena nih..

Elih Japahar said...

Aduuhh! sy terkena...ingatkan tak nak hadiah lain sbb bola ping pong je yg buat hidup dia tenang haha..anyway, ada sambungan tak? :P

Namee Roslan said...

alaaaaa,nk tau apa nya misteri bola tu !! kathy cepat bagitau!!! kalau tak...............sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....tamau kawan. haha

Kathy Tuah said...

@Salwa kannn???haha

Kathy Tuah said...

@Nieda tu lah pasal..sy sendiri pun terkena gak..adeh!

Kathy Tuah said...

@Elih Japahar hahaha..xde sambunganlah..

Kathy Tuah said...

@Namee Roslan sy x tau gak sambungan die namee..hahaha..jgn x kawan sy lak, nnti sy nangis guling2 ;p

EYFAalias said...

alaaaaa. apa mati ke amer? macam mana nak tahu misteri tu! eeee aii. ada sambungan x?

Izyan Masri said...

HAHA.OKOK.TERTIPU GWA CENGGINI XP

Kathy Tuah said...

@EYFAalias xde sambungan la..huhu

Kathy Tuah said...

@Izyan Masri hahaha..sabar jela ye..

NasZ said...

senang jadi bapa dia sebab save duit. hehehe. memang misteri.

Kathy Tuah said...

@NasZ mmg save pun..hehe

Balqis Husnina said...

Fuhhh, berangin je baca kisah misteri nih. Apa lah agaknya misteri di sebalik bola ping-pong tuh. HAHA

labulabi said...

ooo.misteri yee.ambik aku.hihi.

Kak Yatie said...

aaa...mana aci citer tak habis