klik sekali~

Monday, October 10, 2011

Resepi Pizza Daging Simple.

assalammualaikum & hi~




Malam semalam aku buat pizza. Sekali lagi aku ulang, aku buat pizza lah wei! Terer kan aku sekarang? Kathy dah pandai buat pizza. Gila pandai! Hahaha. Tapi.. aku tahu aku belum sepandai korang. Sobsobsob. 


Okay, kita abaikan sape pandai dan sape tak pandai dan sape pandai makan. Heee~ hari ni aku nak share cara buat pizza yang senang lagi mudah. TAPI kalau ko MALAS, senang macam mana pun, tak kan jalan jugak. Eh, ada yang terasa ke? Lariiiii~~~~~!!


Takpe, pada yang malas nak buat ada solutionnya. Pegi je makan kat pizza hut ke domino pizza ke. Kan settle masalah? Kan aku dah cakap awal tadi aku ni terer. Kehkehkeh. TAPI bagi yang rajin bermusim *kejap rajin kejap tak* macam aku ni apa kata korang cuba try test resepi ni. Kalau jadi aku memang terer. Kalau tak jadi, memang ko yang bermasalah. Muahaha. Takdelah, kalau buat dengan yakin isnyaAllah menjadi ^^


Bahan – bahan untuk doh :)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecik yis
Air secukupnya.

Cara buat doh.
Untuk doh ni korang buat macam buat donat. Pastu biar sampai doh tu naik okay.

Bahan – bahan untuk topping :)
Tomato sos
Mozarella cheese.
Daging cincang (disagai/dimasak terlebih dulu supaya masak)
Capsicum hijau (potong kecik – kecik)
Nenas dalam tin (potong kecik – kecik)
Tomato (dipotong dadu)
Bawang besar (dipotong bulat)
*korang agak-agaklah kuantiti bahan – bahan ni ye. Aku pun main campak – campak je* 


Cara buat pizza :)

Ambik doh yang dah naik tadi. Dan leperkan dalam dulang pizza korang. Aku belasah je dulang pe tah kat rumah ni yang bentuk segiempat. Lepas leperkan, korang cucuk doh tu tadi dengan garpu di seluruh bahagian doh. Kalau ko malas nak cucuk pun takpelah.


Lepas tu, sapukan sos tomato pada doh tadi. Aku guna sos tomato brand Kimball. Kalau nak sedap lagi gunalah tomato puree. lepas sos dah melimpah ruah atas doh tu, ko taburlah daging cincang yang dah disagai/dimasak tadi. Dah puas tabur daging, tabur lak capsicum, bawang, tomato dan nenas sampai puas hati. Aku ni memang suka makan sayur jadi aku rasa pizza aku ni more to sayur punya pizza. Huhu. 


Lepas tu tabur lak cheese parut tu. lagi banyak lagi sedap. Tapi aku guna dalam 100gm je. Lepas tu masukkan dalam oven yang dah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar dalam suhu 200 degree. Dalam 15 – 20 minit atau sampai masak.



la, gambar sama je macam ya atas (-.-')


Hasilnya macam gambar kat atas ni. Nampak tak bawang sume tu macam tak berapa masak? Aku memang tak nak bagi masak sangat pun. Aku target doh je masak pastu cheese cair. Bukan apa, aku suka lagi kalau rasa dia masih fresh. Tapi anak buah aku sume suka makan. Siap request suh buat lagi. Anak buah aku ni dahlah memang payah nak suh makan sayur sume. Tapi bila makan pizza ni bawang – bawang tu pun licin. Terharu mak su nya ni :’)


Okaylah, selamat mencuba. Bye~! 


p/s – toping pizza tu boleh ubah ikut selera sendiri. kalau nak ganti daging dengan tuna pun boleh. Tak nak letak tomato pun boleh. Yang pelu ada cheese dengan tomato sos  plus doh pizza. Tu je. Yang lain belasah jelah ikut anak cucu cicit tekak korang ^^

sumber resepi dari dua orang blogger cantik yang pandai masak. tak caye? klik SINI dan SINI. 

12 comments:

c i k r i f a h said...

hari tu buat doh pizza tu keras.
woo woo :(
nk try ah resepi ni.

P/s :bila nak hapdate cahaya qaseh.tertuggu2 ni :DD

Maii Yusre said...

Wahh..dia reti buat pizza laa..macam rumit je nak buat pizza kan :D

Namee Roslan said...

wah nampak sgt sedap lah. nk try lah buat. dr bazir makan pizza baik buat sendiri. hehe :D txs for sharing kathy !

Pendamba Mawar said...

ayoyoyoyo..bikin lapar

iLa suHaiLa said...

boleh bukak kedai pizza sndirik da nie..hehe

NasZ said...

suka makan pizza. tapi tak reti buat pizza. kalau orang buatkan, nak gak saya makankan kan? hehe.

MOHD NASER.com

Yana Kama said...

rajinnye Kathy main masak2..:D

Cik Yatt said...

wah....... dah lme tak makan pizza..

SoLy SoLicious said...

tak pernah buat pizza..tp always eat pizza..heeee

Sabihah said...

Sedapnye...tak penah try pun buat pizza...huhu

ainnoraini said...

harus kak ain buat ni..tengah bersemangat sebab dah beli oven baru...yg lame dah rosak...

anak2 mmg suke mkn pizza mcm tu..

[sutera kasih] said...

mok coba ehhh..tang nyaman jak rupanya hehe