Posts

Showing posts from September, 2013

Ipoh - WANG KELIAN - Padang Besar - Ipoh (Part 1)

Image
Assalammualaikum.. Ada part pulak~ hahaha. Bukan panjang mana pun sebenarnya, sebab entry ni khas untuk Wang Kelian je. Sebab tu tajuk dia Wang Kelian hurufnya dibesarkan :)  Sabtu lepas, 21hb. Aku ke Perlis. Motif nak ke Wang Kelian dan Padang Besar. Padang Besar aku dah pernah pergi dua ke tiga kali macam tu tapi Wang Kelian tak pernah lagi. Gerak daripada Ipoh pukul 3.45 pagi. Nak ke Wang Kelian ikut je jalan nak ke Gua Kelam. Aku tak pandai sangat bagi direction ni tapi aku ingatlah jalan dia memang ke Gua Kelam. Dan jalan nak ke Wang Kelian berbukit - bukit. Ada yang kata macam Bukit Putus, N9. Ada yang cakap macam jalan Tapah nak ke Cameron Highland.  Bila aku pergi sendiri, aku rasa Bukit Putus laluan nya sedikit panjang berbanding jalan ke Wang Kelian ni. Kalau jalan Tapah pulak, tar dia sendiri teruk dan jalan sempit. Kalau Wang Kelian ni, jalan dia cantik dan besar sikit. Cuma selekoh jalan ke Wang Kelian ni agak tajam. So hati - hati.  

Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai

Image
Assalammualaikum.. Aku paling suka Maggi Perencah Kari. Kiranya dalam banyak - banyak mi segera yang ada, Maggi Perencah Kari lah yang terbaik. Setelah berkenalan dengan Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai, aku telah memutuskan yang Maggi Perencah Kari tetap terbaik! Apa? Ingat tajuk Mamee Chef terus ingat mi ni telah menawan hatilah? Oh tidak sama sekali. Hehehe. Cuma kalau Maggi nombor satu di hati, Mamee ni pulak nombor dua di hati ^^   Tapi ~ Mamee Chef yang perisa Kari Laksa dan Ayam Pedas Shiitake SERIUS TAK SEDAP! Huhu. Maaf ye. Ikut tekak aku ni, memang tak sedap. Bukanlah tak sedap langsung tapi macam tak ngam lah dengan selera aku. Makan sebungkus pun bersungguh - sungguh aku nak habiskan -.-' Akhirnya time balik kampung raya hari tu aku bawak balik. Kat sana ramai sikit yang boleh makan daripada kat sini yang tak tahu bila nak makannya lagi. Sejak dah tahu rasa dia macam mana, aku hanya beli Mamee Chef Perisa Tom Yam Thai

Tips Kulit Wajah Kekal Bersih.

Image
Assalammualaikum.. *Tajuk SEO sungguh! Hahaha. Sekali - sekala tak apalah kan? (^_~)V Sekarang ni yang upload gambar di IG atau Fb semua cun - hensem belaka. Kulit muka semua flawless nak matiiii. Aku tahu memang ada tips nak kulit licin macam kulit telur rebus yang dikupas. Contoh kat bawah ni ;p   Ehem. Lama dah tak letak picture sendiri dalam blog ni =) Sejak berat badan naik mendadak, nafsu bergambar dah kurang. Lagi satu, dekat sini takde geng yang gila bergambar. Sungguh tak best tau~ Licin dan bersih je kulit mukakan? Padahal~ Hurm. Tips nya pakailah application Camera360. Pasti ia tidak mengecewakan ;D Tak original langsung! Hahaha. Okey-okey. Kali ni tips yang betul - betul. Muka aku takdelah okey sangat. Ada jugak jerawat. Kedutan. Bintik hitam dan kawan - kawannya yang lain tu. Cuma tak ketara sangatlah.  Tips nya mudah je. Pastikan kulit muka bersih bila berada di rumah! Lagi satu, kalau dah balik dari shopping ke, dari pasar ma

Resepi Lontong Simple.

Image
Assalammualaikum..  Aku memang tak reti buat telur mata. Kalau buat mesti kuning dia pecah. Tengok orang lain buat cantik aje -.-' Dulu ~ masa study dekat Melaka, baru aku berpeluang rasa makanan nama Lontong ni. Di Kuching makanan macam ni memang susah nak jumpa.  Dan sejak dulu lagi aku teringin sangat nak try masak sendiri. Tengok dari rupa dan rasa, macam lauk lemak biasa yang kita makan dengan nasik tu je. Kiranya senanglah kalau nak buat. Tapi, dah sekian lama kenal makanan ni, baru malam tadi aku gigih memasaknya di dapur. *kenapa aku rasa ayat aku agak skema akhir-akhir ni* Dan yang tak boleh blah nya bila baru pertama kali buat dah terhegeh-hegeh nak up resepi. Okey lagilah kan up entri resepi berbanding angan - angan aku yang dah tergedik - gedik nak buka kedai makan jual lontong. Konon dah sedap sangatlah ni. Hahaha. Entah apa - apa!  Marilah aku tunjukkan resepi yang simple ini. Ehem~ Bahan - bahan :  Fucuk/tauhu kering (dipatah -pa

Menginap di Dreamz Hotel Melaka.

Image
 Assalammualaikum.. Cuti tiga hari ni mesti ramai yang plan nak pergi bercutikan? Dan aku pasti Melaka antara negeri yang selalu dalam senarai percutian korang. Yang memang orang Melaka tu lain ceritalah kan? Sebelum puasa hari tu *kemain lama punya citer Kehkehkeh* aku ke Melaka. 3 hari 2 malam. Sebelum pergi tu call lah hotel yang ada di sekitar bandar Melaka tu, semua full. Aku dah agak dah. Sebab selalu macam ni. Try jelah walk in. Target memang Dreamz Hotel ni sebab dia betul - betul dekat Mahkota Parade (MP). Jalan kaki 5 minit pun dah sampai MP. Bila tanya petang jumaat tu, ada 1 bilik tapi twin room punya. Takpelahkan. Aku sorang je pun :)   Inilah rupa luaran Dreamz Hotel ni. Warna - warni bangunan dia. Staff dia pun okey. Yang bawa kereta tu, jangan risau. Parking disediakan untuk pelanggan hotel ni. Kau jangan main suka hati je parking dekat Melaka ni tau. ISNIN - AHAD, parking dia berbayar! Nanti tak pasal - pasal kena saman -.-'   Baiklah. In

Terbanglah Lagi~

Image
Mungkin akan terbang lagi~ Membelah awan melintas pelangi.  Mungkin akan terbang lagi~ Membawa pakaian bersama sekeping hati. Mungkin akan terbang lagi~ Mencari destinasi yang selama ini dicari. Dan moga kali ini pendaratannya bukan lagi di bumi ilusi..    -2013  p/s - ringkas tapi mendalam maksudnya. harap faham :')

Resepi Mee Jawa.

Image
Assalammualaikum.. Mee jawa banyak versi sebenarnya. Ada yang guna santan dan tepung jagung untuk kuahnya dan ada yang takde guna. Versi resepi keluarga aku memang pakai santan dan tepung jagung. Cuma kali ni aku guna versi tak guna santan dan tepung jangung. Versi yang ni aku ikut dekat Buku Resepi "1 Hari 1 Resepi" Chef Hanieliza (m/s 261). Cuma aku modify sikit. Ikut selera sendiri katakan ;D    Yang kat atas ni mee jawa yang aku baru buat baru - baru ni.  Kuah dia sama je. Cuma bahan tambahan kat atas tu je aku main letak apa yang ada dekat rumah. Paling penting kuahnya tu. Baiklah, kita tengok bahan - bahannya.  Bahan - bahan untuk kuah Ubi keledek (direbus dan dikisar) Air rebusan tulang daging dan daging (err..maksudnya kat sini, aku rebus tulang daging jugak dan daging jugak. ala, daging yang betul - betul daging tu. yang takde tulang dah tu) Bawang putih, bawang merah dan halia (tumbuk halus) Udang kering (rendam sebentar dan t

Cerita Raya Lagi.

Image
 Assalammualaikum.. Syawal dah nak sampai ke penghujung. Tapi cerita pasal raya tak habis lagi. Aku rasa cerita raya akan terus ada pada bulan Zulkaedah nanti. Takpelah kan? Lagipun, ini blog aku sukahati aku lah! Wah, gittew ;D Kalau bolehkan, semua benda aku nak share kat sini kecuali yang terlalu peribadilah. Bukan apa, mana tau satu hari nanti aku takde (sobs), bolehlah blog ini jadi kenangan buat yang mengenali diri ini. Tak pun buat tatapan anak cucu nanti ke, kan? :')  Baiklah. Ini adalah entry bergambar. Entry ni dibuat sempena kami adik - beradik beraya rumah Abang Dilah. Tahun ni Abang Dilah beraya di rumah di sendiri dan rumah dia dalam kampung aku tu jugak. Jadi senanglah kita orang datang ramai - ramai serang rumah dia. Hehe~  Atas ni adalah Laksa Sarawak air tangan abang aku dan wife dia. Rupa saja dah mengancam apatah lagi rasanya. Mahu nangis kau akibat sayang nak habiskan laksa yang maha sedap ini. (Moga abang aku baca entry ini. Keh

BE Nuffnang :)

Image
Assalammualaikum.. Alhamdulillah walaupun masa raya hari tu kemain lama aku tak updated blog, tapi BE masih running lagi. Syukur, Ya Allah. Cuma BE untuk bulan 9 tak muncul lagi. Eh, baru 4hb kut. Haha~ Moga - moga Nuffnang bermurah hati lagi pada blog aku yang tak seberapa ni :') Walaupun tak banyak mana tapi tetap bersyukur. Sekurang - kurangnya ada jugak hasil menghadap blog ni kan? Apa - apa pun, terima kasih Allah dan terima kasih Nuffnang. Tak lupa juga terima kasih pada pengunjung blog ini lagi - lagi yang rajin klik iklan tu. Lebiu (^_~)V  p/s - Tunggu masa mahu cash out ini duit ;D