klik sekali~

Wednesday, October 29, 2014

Pregnant!

Assalammualaikum..


4 bulan lebih dah jadi bini orang. Alhamdulillah. Dah pregnant? Belum lagi. Tengah usaha ni ;p Sebenarnya aku memang nak cepat2 ada anak, tapi soal anak ini Allah yang tentukan--bukannya macam kau nak beli barang. Pergi kedai--bagi duit--barang dapat. Kadang2, barang kau nak tu pun belum tentu ada. Kena cari kedai lain. 


Walaupun usia perkahwinan masih baru kata orang, tapi lain orang dah sibuk tanya pasal anak. Apatah lagi kawan teman saudara mara cucu dan anaknya yang baru kahwin, eh2 terus bunting pelamin. Aku pun teringin jugak bunting pelamin tapi dah tak bunting2 nak buat macam manakan? Masa aku balik raya hari tu, di kuching--adalah mak cik ni tanya soal yang sama iaitu,


"dah ada isi ke?"
"belum."aku jawab sambil sengih2. 
"cepat2 sikit ada isi..kau tengok anak mak cik dua orang tu, laju aje mengandung. cepat sikit bagi anak. barulah suami sayang.."


"kiranya masa anak mak cik baru kahwin tu suami dia tak sayanglah? yalah tak ada anak lagi.." soal aku berani tetapi berani dalam hati jelah  =) 


Untuk mengulas lebih lanjut isu tu, aku bagi jelah jawapan klise, "belum ada rezeki lagi.." tapi betullah kan dah belum sampai rezeki kita nak buat macam mana? Macam soal jodoh jugak--dah usaha cari pasangan--dah plan macam2--tapi kalau belum tiba masanya, tak akan jalan jugak. 


Usaha seseorang nak berkahwin dan nak dapat anak janganlah kau nak persoalkan. Bagi aku kedua2 isu ni amat sensitif. Aku yang baru 4 bulan lebih kahwin dah terasa, apatah lagi yang dah kahwin bertahun2 tapi belum dapat anak. Dalam tempoh mereka nak berkahwin & nak dapat anak kau tak tahu entah berapa banyak dah air mata mereka tumpah. Lagi2 yang perempuan ni. Sobs~


Tolonglah k--sensitif sikit dengan perasaan orang lain. Kadang2 bukan mereka yang nak kahwin lambat & lambat dapat anak tapi memang mereka dah Allah tetapkan ini ujian mereka. Dan kadang2 jugak, mereka dah elok bersabar tapi orang sekeliling curah minyak di api yang menyala. Minyak--kena simbah api--maraklah dia! 


Apa2 pun doakan aku dan siapa2 yang belum dapat anak atau belum dapat tambah anak, agar kami dapat anak dan tambah anak secepat mungkin. Sambil2 tu jagalah sikit hati dan perasaan kami ya? :') Terima kasih!