Posts

Showing posts from 2011

Bukan Mudah Menjadi Seorang Penulis.

Image
assalammualaikum & hi~ 


Menulis memang mudah. Tapi nak jadi Penulis tu yang susah. Macam blogger jugak kan, nampak entri kita macam biasa - biasa je tapi sebenarnya bukan mudah nak kerah kepala otak ni nak menaip untuk satu entri. Kalau aku, satu entri tu mau jugak berjam. Kalau hari rabu macam ni lagi best, tempek gambar je dah. Jadilah WW. Senang. 


Tapi entri kali ni aku nak cerita tentang pengalaman baru aku yang sedang mencuba nasib sebagai Penulis Novel. Ehem. Kiranya seorang blogger ke novelist lah ni. Haha. Bajet T_T


Cuba pandang kat sidebar sebelah kiri tu. Ada kan e - novel Cahaya Qaseh? So, aku ni pun ada hantar dekat penulisan.2u novel tu dan alhamdulillah buat masa ni feedback amat memuaskan.  Semalam ada keluar chapter 27 dengan 28.




klik untuk tumbesaran!

Tapi macam biasa, setiap penulisan kita akan dinilai oleh pembaca. Macam kat blogger jugak, yang selalu diserang dengan 'anon' kan? Tapi dalam kes aku ni, takdelah kene serang dengan kata - kata yang pedas. Alh…

Pantasnya Masa Berlalu.

Image
assalammualaikum & hi~ 

tanpa sedar, kita dah melangkah ke tahun baru. syukur sangat. dan tanpa sedar jugak aku dah seminggu tak updated blog. dan dalam tempoh tu jugak aku memang takde blogwalking. maaf lah ye.

tapi kan sepanjang minggu ketiadaan aku di dunia blog ni, aku sebenarnya sangat sibuk bawak anak buah aku jalan - jalan. lagipun start je keje aku just kene ikut boss hantar plan ke TM Teluk Intan, ke TM Taiping. jadi, masa tu aku gunakan untuk bawak anak buah aku sekali. haha. boss aku sporting jadi okay je. ahaks!

tengok gambar jelah ye. kalau tak nak tengok pi klik je butang pangkah kat atas tu. ehem.




gambar kat atas ni kat tasik Taiping. nama tasik ni aku tak tahu, yang aku tahu tasik ni amat popular jugak kat Taiping. lagipun kat situ ada Zoo Taiping.




ni pulak kat Menara Condong Teluk Intan. tapi tak leh masuk lak. bulan empat lepas aku pegi sana pun tak leh masuk jugak. aku lupa lak nak baca notis kat atas tu. sibuk ambik gambar kan, mana nak menyempat nak tengok notis…

Ambal.

Image
assalammualaikum & hi~ 






korang mesti penah tengok binatang dalam gambar kat atas ni kan? yang aku tahu ni namanya AMBAL. aku rasa mostly orang Sarawak panggil ambal kut. kat semenanjung aku tak tahu lak pe nama dia. ni pun masa kat kuching hari tu, abang aku bagi dalam setengah kilo. fresh lak tu. ke ada yang tak pernah makan?







versi kat atas ni masak lemak tau. akak ipar aku yang bagi. sedap sesangat. aku tak taulah nak cakap rasa dia tu macam mana. lebih kurang rasa kerang kut. tak pun lokan. tak pun lala. eh, ntahlah aku pun susah nak describe macam mana rasa dia. huhu.








ni lak versi sup. nampak macam ntah apa - apa je kan? biasalah, yang ni aku masak jadi faham - faham jelah ye. haha. tapi bagi aku masak pe pun ambal ni, dia tetap sedap. lagi - lagi kalau fresh kan? harga dia aku tak tahu lah berapa. mungkin mahal gak kut sebab susah nak dapat benda ni. 


okaylah, tu je  nak citer. bye - bye!

p/s - nasib baik aku ni takde alegik dengan seafood. syukur sangat :')


Sebuah Perjalanan.

Image
assalammualaikum & hi~ 

ehem. rupa - rupanya dah tiga hari aku tak updated blog dengan blogwalking. biasalahkan berada di tempat baru macam ni, banyak benda nak diSETTLEkan dulu. dan alhamdulillah sumenya berjalan seperti yang dirancang. jadi nak dijadikan cerita aku sekarang kat ipoh bukan kat kuching dah ^^





gambar kat atas ni sekumpulan ahli keluarga aku yang hantar kami bertiga kat airport khamis lepas. 3 buah kereta tau tak yang hantar. mengalahkan orang yang nak hantar jemaah haji lah pulak kan? selalunya kalau aku fly sorang, abang aku campak je aku depan airport tu. lepas tu aku sendiri je check in. takde la nak bye-bye segala. tapi bila 2 orang anak buah aku ni ikut, sume nak pi hantar (~_~')






dorang berdua ni 1st time naik 'belon' jadi muka excited tu tetap ada lah kan? hahaha. kita orang sampai lcct dalam pukul 10.30pm macam tu. lepas tu terus pi makan sate kajang haji samuri sebelah stadium kajang tu. pukul 12 macam tu baru gerak ke ipoh dan sampai pukul 4 pagi.…

Rezeki Budak - Budak Sekarang.

Image
assalammualaikum & hi~ 

aku ni lahir area 80an. tak lah tua mana pun kan? haha. tapi aku masih penah jugaklah merasa belanja duit sekolah 30sen ke 50sen. makan kopok tam - tam. makan ais krim pop (yang dikongsi dengan kawan). sempat main polis sentri. tapi zaman abang - abang dengan kakak aku dulu lagi payah dari apa yang aku lalui. kene jalan kaki pegi sekolah. bukan dekat tau. kene ambik air kat sungai. takde elektrik segala. kiranya masa dulu kita orang ni memang hidup susahlah.


sebab tu aku selalu terfikir. kalau budak - budak dulu tak pandai ke apa, memang patut jugak. dulu berapa ramai je yang mampu sambung belajar lepas darjah 6. kat kampung aku ni boleh kira dengan jari je masa area 80an dan 90an tu. tapi bila dah masuk tahun 2000, alhamdulillah. ramai budak kampung aku ni dapat sambung belajar dan boleh dikatakan setiap tahun ada je yang masuk U. 


tapi tu lah kan, rezeki budak - budak sekarang ni tak sama macam dulu. anak buah aku van sekolah ambik depan rumah. duit belanj…

Wordless Wednesday # 14

Image

Dalam Hidup Biar Ada Perasaan Tapi Jangan Perasan!

Image

Kenapa Perempuan Tak Pandai Masak?

Image