Posts

Showing posts from August, 2013

Resepi Telur Ikan (Pais Telur Ikan)

Image
Assalammualaikum.. Aku sebenar banyak simpan entri resepi - resepi ni. Walaupun bukanlah resepi yang hebat tahap masuk majalah masakan segala, tapi cukuplah untuk rujukan sendiri atau yang masih baru belajar mahupun yang ingin mencuba cara masakan yang baru. Yelah, lain orang lain cara masakannya. Lagi - lagi setiap negeri kita ni punya cara masakan yang berbeza.  Hari ni resepi simple je. Resepi Pais Telur Ikan. Inilah telur ikan yang diguna. Kalau orang semenjung panggil telur ikan duri #kalau tak silaplah. Kalau kat Sarawak kita orang panggil telur ikan jan. Ikan duri dengan ikan jan sama je, kut? :) Cuma telur - telur ni aku tak sure sama ada semua telur ikan duri atau ada campur ikan lain. Memandangkan dekat Kuching susah dapat telur ikan ni, jadi aku bawak balik ke Kuching dalam setengah kilo. Sekilo telur ikan ni RM20. Tips bawak telur ikan masuk flight. Bekukan telur ikan. Letak tempat yang paling sejuk tu. Aku beli ikan hari selasa, tapi flight aku

Beraya Di Sebuyau

Image
Assalammualaikum..  Hari raya ke-3 hari tu, kita orang ke Sebuyau. #kalau tak tahu mana Sebuyau tu silalah Google :') Pergi dengan 3 buah kereta dan 1 buah van. Ada 5 keluarga yang join trip beraya kali ini. Dan aku naik kereta Abang Alim. Gerak seawal 6 pagi. Menurut abang - abang aku, kalau gerak lambat nanti jem dekat feri nak ke Sebuyau dan masin jugak mulut dorang ni bila kita orang sejam lebih kena tunggu feri. Kira jem lah tu -.-'  Itu time pergi. Time balik pulak HAMPIR 5 JAM JEM SEBAB TUNGGU FERI! Nangis tak berlagu waktu tu. Huh! Sebenarnya boleh je kita orang guna jalan Simunjan, tapi dah janji dengan family bapak mertua Abang Amit yang kita orang nak singgah rumah dorang. Dahlah dorang dah siap masak. Nak tak nak tempuhi jugaklah jem itu. Sobs~ Tapi tak apa. Kita lupakan perkara yang lepas tu. Sekarang kita layan gambar je. Biarlah gambar berbicara. Eceh! Abang Akil, Abang Alim dan abang ipar (Abang Is).  Kat Kuching masih mengeka

Resepi Lokan Masak Lemak Rebung

Image
Assalammualaikum.. Aku ingat lokan ni semua orang tahu, rupa - rupanya ada jugak yang tak tahu. Kalau dekat Sarawak rasanya semua tahu kut? Di semenanjung ni aku tak pernah jumpa lagi. Mehlah kita tengok rupa lokan melalui gambar dari Google ni. Begitulah rupa lokan. Macam tiram. Ada yang cakap tiram sedap lagi daripada lokan. Pada aku lebih kurang je rasanya. Oh ye, lokan yang aku beli RM2 sepinggan (masih dalam cengkerang tau. bukannya isi saja). Kalau dalam macam gambar atas ni mungkin agak mahal sikit sebab dia jual dalam bakul. Gambar atas ni pulak merupakan Lokan Masak Lemak Rebung hasil buatan aku setelah puas bertanya itu ini kepada Puan Emak. Biasalah kalau kat kampung. Semua nak tanya Puan Emak :') Berbalik dengan resepi kali ni, kita tengok apa bahan - bahanya ^_~ Bahan - bahannya Lokan (direbus kejap dan ambik isinya)  Rebung (direbus kejap dan toskan. aku guna rebung yang fresh) Bawang merah, bawang putih, sedikit belacan

Keluarga Di Pagi Raya

Image
Assalammualaikum.. Belum terlambat kut nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN pada semua terutamanya pada pembaca blog ni. Di kampung aku line tak berapa nak okey. Jadi, aku peramkan saja segala aktiviti raya yang aku lakukan bersama keluarga tercinta :') Dan sekarang, tibalah masanya untuk menyelongkar semula :p siap sedia dengan entri raya! Aku mulakan dengan raya pertama. Pagi raya, lepas solat raya macam biasa kita orang kumpul adik - beradik di rumah mak dan bapak. "hi, saya iqram. usu kathy saya suka panggil saya pendek! mencik!" Family aku, kalau part bersalam - salaman ni memang boleh banjir satu rumah. Serius. Time ni tak kira bapak, abang - abang aku yang semua gagah perkasa termasuk abang ipar, semua akan nangis! Itu yang lelaki. Kau bayangkan kalau yang perempuan pulak? :'( Selalunya, anak - anak buah jelah yang takde perasaan sangat. Yang dia orang excited, nak dapat duit raya. Lepas sala