Beraya Di Sebuyau

Assalammualaikum.. 






Hari raya ke-3 hari tu, kita orang ke Sebuyau. #kalau tak tahu mana Sebuyau tu silalah Google :') Pergi dengan 3 buah kereta dan 1 buah van. Ada 5 keluarga yang join trip beraya kali ini. Dan aku naik kereta Abang Alim. Gerak seawal 6 pagi. Menurut abang - abang aku, kalau gerak lambat nanti jem dekat feri nak ke Sebuyau dan masin jugak mulut dorang ni bila kita orang sejam lebih kena tunggu feri. Kira jem lah tu -.-' 


Itu time pergi. Time balik pulak HAMPIR 5 JAM JEM SEBAB TUNGGU FERI! Nangis tak berlagu waktu tu. Huh! Sebenarnya boleh je kita orang guna jalan Simunjan, tapi dah janji dengan family bapak mertua Abang Amit yang kita orang nak singgah rumah dorang. Dahlah dorang dah siap masak. Nak tak nak tempuhi jugaklah jem itu. Sobs~


Tapi tak apa. Kita lupakan perkara yang lepas tu. Sekarang kita layan gambar je. Biarlah gambar berbicara. Eceh!




Abang Akil, Abang Alim dan abang ipar (Abang Is). 
Kat Kuching masih mengekalkan tradisi memakai baju melayu dan baju kurung ketika berkunjung rumah sanak - saudara. Tak kira raya ke berapa, tetap pakai baju melayu dan baju kurung (^_~)




Adik (Iqram) tengah layan game kat hp aku. Tapi bila orang nak ambik gambar laju aje tengok kamera!




Lepas adik, abangnya pulak (Iqmal) yang main. Kemain terer main game Angry Bird! Aku yang punya hp pun tak reti main. Budak zaman sekarang. Hurm~ Oh ye, dorang berdua ni dalam kereta aje pakai baju t-shirt. Dah nak sampai Sebuyau dah tukar baju melayu kaler merah yang tergantung tu :)



Rumah pertama. Ada 6 buah kut rumah yang kita orang pergi. Macam biasalah, orang Sarawak beraya dengan 'air gas'. Makan - makan yang berat - berat macam sate ke, lontong ke, lemang ke~memang tak ada. Kalau ada pun bila tuan rumah tu buat open house. Kita orang mewah dengan kek lapis dan kek kukus je :p





Yang pakai baju kelabu ni jugak dipanggil adik dan abang. Tapi kalau sepupu yang muda dari dorang akan panggil dorang Abang Long dan Abang Chik. Masa ni dorang tengah tengok kucing sedang menyusukan anaknya. Adik dengan abang ni memang suka dengan kucing. Lagi - lagi abang. Pantang jumpa! 




Atas ni pulak dekat rumah isteri sepupu, Kak Enab. Rumah ni yang menjadi rumah utama yang kita orang nak pergi. Masa ni tak sangka pulak keluarga Kak Enab ada sediakan Laksa Sarawak. Sempatlah kita orang alas perut sebelum meneruskan perjalanan. Tq Kak Enab & keluarga!









Dua gambar di atas ni saja nak tunjuk yang kita orang segak dan cantik beraya dengan baju melayu dan baju kurung (^_^)V Jangan jeles ye. #motif orang nak jeles? Entah!;D



Comments

ejulz said…
ada juak k feri ya riya.. tapi kmk ke sebelah kanan.. hhehe
Isabel Diaz said…
Bestnya dapat jalan raya. Kamek langsung sik jalan raya.
Nieda ramly said…
6 pagi dah siap nak keluar beraya...pukul berapa bangun pagi dan bersiap? tapi kat sana cerah awal kan?
Bbwana adienia said…
hai..salam perkenalan dr SRC..

singgah sini dan follow..sudi singgah sini ya..www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq..
labulabi said…
taun tok sik pegi ke sebuyo.sik tauk la bila nak pegi agik.selamat hari raya ngann kitak serumah.

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.