klik sekali~

Friday, May 25, 2012

Balik Kuching Sebelum Bercuti Ke Miri.

Assalammualaikum.. 


Esok 26hb 5. Jadi esok jugaklah aku akan balik ke kampung aku di Kuching, Sarawak! Yeah :D 


Mula - mula nak balik time pilihan raya je nanti, tapi bila adik - beradik aku buat plan nak ke Miri 31hb ni terus aku booked tiket flight. Memandangkan time ni dah musim sekolah jadi mahal sikitlah tiketnya. Tapi takpelah, bercuti dengan adik beradik punya pasal aku sanggup balik jugak. Hehe. 



Sebenarnya tahun lepas kita adik - beradik ke bercuti ke Miri dan Sabah. Musim cuti sekolah macam ni jugak. Tapi masa tu kita orang gerak dari Kuching hanya 2 buah kereta. Transit semalam kat rumah Abang Dilah dan keesokkannya pulak terus ke Sabah. Kiranya dari Miri ke Sabah kita orang konvoi 3 buah kereta. 







Ni antara gambar kita orang tahun lepas kat Desa Dairy Farm, Mesilau, Sabah.  Serius best! Cameron Highland pun tak sebest kat sini. Lagi best bila pergi dengan ahli keluarga :')



Tapi tahun ni kita orang hanya akan ke Miri sebab isteri abang aku kat Miri tu tengah mengandung. Kalau tahun lepas kita orang gerak dari Kuching ke Miri dengan 2 buah kereta, tahun ni pulak insyaAllah kita orang gerak dengan 4 buah kereta. Kiranya semua adik beradik & anak buah aku pegi.



Mak dengan bapak tak nak pegi. Nak bagi chance kat anak cucu katanya. Mak dengan bapak pun dah banyak kali jugak ke Miri tapi selalu naik flight. Tak kuasa dorang nak naik kereta :D (kiranya bapak dengan mak honeymoon lah kat kampung.. phewitt!)






Ni pulak gambar di Miri tahun lepas. Sebelum balik semula ke Kuching, haruslah berjalan di Miri. Tapi memang bestlah. Cuma balik dari Kuching tu aku demam seminggu. Kehkehkeh~


Eh, lupa nak cakap kat Sarawak cuti umum dia panjang sikit sebab 1hb Hari Gawai Dayak dan 4hb pun cuti umum jugak. Tapi lupa cuti umum apa -.-'
 


korang lak plan nak ke mana cuti ni?



Wednesday, May 23, 2012

Makanan Yang Menghalang Untuk Berdiet.

Assalammualaikum.. 


Memandangkan tahap 'kecomelan' badan dah semakin memberansangkan, maka aku ingin jugak berdiet. Cara diet aku ni antaranya kurangkan kuantiti nasi. Nak tinggalkan nasi terus rasanya tak mampu sebab hubungan aku dengan nasi umpama isi dan kuku :') 


Tapi kan, dalam keghairahan nak berdiet ni, ada beberapa makanan yang PASTI menjejaskan diet aku. Kalau dalam mode diet tu nak kurangkan nasi, tapi bila jumpa makanan-makanan ini, diet tolak ke tepi dan nasi ditambah dua tiga kali -.-'


Jom tengok apakah makanan yang berjaya menawan selera anak cucu cicit tekak aku ni :






1) Sambal Goreng Asam Kumbang. 

Oh yeah! Ni adalah sambal feveret aku sejak kecik lagi. Takde lauk lain pun takpe. Asalkan sambal ni ada. Makan sampai 2 ke 3 pinggan nasi. Serius. Tak tipu punya.





2) Dabai Masin Goreng.

Buah dabai memang popular di Sarawak. Kalau kau bagi orang Sarawak pilih antara kepsi dengan buah dabai ni, dah sah - sah buah dabai jadi pilihan. 

Yelah, orang yang kau suh pilih tu orang veteran yang kureng makan makanan - makanan ringan tapi kalau kau bagi dia makanan old skul macam buah dabai ni, mau kau diambiknya jadi menantu terus. Kononnya pandai ambik hati bakal mentua.Kehkehkeh.





3) Sambal Udang Petai.

Menu ni aku kenal masa aku dah study kat Melaka. Sebab kat semenanjung ni kan femes kemain sambal versi gini. Sekali makan terus jatuh cinta. Sejak jatuh cinta tu lah aku belajar cara nak masak sambal ni. Dan honestly, aku dapat resepi ni dari encik boyfren. Sebab dia terer masak sambal macam ni. Ehem ;D





4) Kari Ikan Nenas.

Selain hantu sambal, aku jugak hantu kari. Kari ayam, kari daging, kari kambing, suma jenis kari aku suka. Sebab tu aku suka makan nasi kandar. Sebab nasi tu kan berkuahkan kari. Ohsem gila makan time lapar.





5) Udang Masak Lemak Buncis. 

Lauk berlemak macam ni kalau makan dengan nasi panas mahu telingkup periuk nasi dibuatnya. Bunyi macam over kan, tapi itulah kenyataannya. Makan lagi dengan telur dadar, pergh! Mahu dengan pinggan - pinggan sekali dimakan. Okey, ni tipu ;p





6) Pisang Masak Sambal. 

Ni lauk kegemaran bapak. Dan kegemaran aku jugak. Kalau makan sambal pisang ni, confirm makan nasi bertambah. Aku tak tahulah kenapa aku ni suka sangat benda yang bersambal - sambal macam ni. Tapi aku tak pernah lagi jumpa lauk ni kat sini (semenanjung)..






7) Sambal Terung Asam. 

Kan aku dah cakap, menu bersambal memang jadi pilihan aku. Tengok gamabr terakhir ni. Ni adalah sambal terung asam.  

Jadi,kalau kau nak suruh aku 'mematikan' niat aku nak berdiet, kau buat je sambal. Confirm aku lupa dengan diet aku punya. Nampak sangat kan, kuasa makanan bersambal ni amat menguasai diri aku. Hihi.


****************************************


Sebenarnya,ada lagi menu yang boleh buatkan iman aku nak berdiet jadi goyah. Macam sambal tempoyak (sambal lagi..hihi). Kalau makan sambal tempoyak, memang takdelah ambik nasi sikit. Nampak sangat time tu makan nak puaskan nafsu semata - mata. Haish! 



Apa - apa pun bersyukur sangat sebab masih mampu makan dengan secukupnya. Tak macam sebilangan negara lain yang kurang makan. Jadi, kita ni jangan nak memilih sangat makan. Makan apa yang ada. Hargai apa yang ada. Nanti Allah tarik balik sume tu sapa jugak yang susah, kan? 



Okey, pesanan ni untuk diri sendiri jugak yang ada waktu tertentu mengada nak makan kepsilah, mcd lah, nasi arablah. Sedangkan lauk ada kat rumah.. Hurm.






Monday, May 21, 2012

Tetap Seorang Pembaca.

Assalammualaikum.. 


Walaupun pesta buku dah berlalu, tapi kenangan dia masih segar di ingatan. Ewah!  Tapi walaupun sekarang dah boleh dikatakan memegang title sebagai penulis novel (ehem ;p) tapi title sebagai pembaca tu tetap dipegang sampai bila - bila. 


Jadi, masa di pesta buku aku hanya mampu membeli 13 buah novel dan 1 majalah. Total sume novel dengan majalah ni dalam RM 265.70. Inilah kali pertama aku shopping novel sejak aku hidup di muka bumi ni. Selalu aku beli seketul je novel dekat kedai buku tau. Tu pun setahun dua tiga kali je aku beli. Sebab aku ni bukanlah pembaca novel yang tegar :)






Okay, nilah hasil borongan. Novel Cahaya Qaseh tu saja nak interframe. Nak bagi promote sikit. Kehkehkeh~ 


Novel JAUH DARI CINTA, TERLERAI KASIH, TEDUHAN KASIH, DATANG PADA WAKTUNYA , KEA, MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA dan SUNAN MUSAFIR telah dibeli berserta dengan tandangan penulisnya sekali. Semangat kan aku ni? Hihi. 


Tapi dalam banyak - banayak novel kat atas tu. SUNAN MUSAFIR lah yang agak mencabar nak dapatkan buku dia. Sebab ini edisi terhad tau. Dia guna hard cover pastu dapat poskad dengan kalendar meja untuk tahun 2013 lagi. Nantilah aku buat satu entri khas untuk novel SUNAN MUSAFIR ni. Kenapa sampai nak buat satu entri? Sebab ini merupakan koleksi novel kesayangan aku. Siapa yang ikut perjalanan Laksamana Sunan, dia fahamlah kut apa yang aku rasa :')



Kesimpulannya, walau siapa pun kita dah jadi sekarang ni, kita mesti pastikan kita seorang  PEMBACA. Tak kisahlah bahan bacaan kita dari genre yang berbeza, tapi minat membaca tu mesti diterapkan dalam diri masing - masing. 



Baca blog ni pun dikira membaca kan? (^^,)V





Thursday, May 17, 2012

Teluk Senangin, Perak.

Assalammualaikum..


"Jom Terokai Perak!" 
Itulah tagline kita hari ni. Esok lusa kita buat tagline ni pulak ye. 


"Jom Terokai Sarawak!" (Ewah ;p)


Okay. Hari tu kita orang pegi buat testing dekat Batu Undan, Segari. Dah siap buat testing tu terus balik Ipoh tapi ikut jalan Pantai Remis. Konon - kononnya nak cari ikan ke ketam ke duyung ke kat situ.



Tapi bila dalam perjalanan tu, mata aku ternampak signboard yang tertulis TELUK SENANGIN. Memandangkan pernah pegi Teluk Batik, jadi aku pun assume tempat yang berpangkal TELUK ni mesti tempat peranginan. Jadi, dengan muka tak malu ajak boss jalan kat sana. Kejap pun jadilah.



Nasib baik boss aku tu okay, jadi kita orang pun terus masuk ke simpang Teluk Senangin. Tapi perjalanan nak ke teluk ni punyalah sunyi. Hanya ada seketul dua ketul kenderaan je. Kiri kanan sume pokok kelapa sawit. Kalau pokok anggur ke, epal ke, teruja sikit anak mata ni kan?


Tapi, itu tak mematahkan semangat aku nak menengok rupa si Teluk Senangin ni. Mana tau kut - kut hensem macam abang Pahrin Ahmad ke kan? Ehem - ehem. 



Dan, akhirnya....

Selamat Datang Ke Teluk Senangin... Wah, pintu gerbang dia ni gah semacam kan? Tapi aku pelik bila dah masuk sini, suasananya sunyi sepi. Macam tempat baru kena serang garuda! Serius. Tiba - tiba aku rasa seram. Yang ada, beberapa orang budak lelaki duduk dekat tepi pantai tu. Bila masuk ke dalam sikit, ada askar ke tentera, yang juga duduk - duduk di situ. Orang ramai yang beriadah memang takde.


Tapi boss aku cakap, mungkin hari kita orang pegi tu hari bekerja jadi takdelah orang nak bersantai kat sini. Mungkin jugak kan?







Aku sempatlah jugak jejak kaki kat pasir yang kemain banyak tapak kaki anjing ni. Tapi view kat sini memang cantik. Tenang dan mendamaikan. Dan apa yang aku tahu pantai ni sesuai untuk orang yang kaki pancing. Banyak ikan kut kat sini.


Tapi tu lah, suasana dia siang pun agak menyeramkan. Apatah lagi kalau malam. Memang taklah kan aku nak datang sini malam - malam -.-'






Subhanallah! 


Tengok. Cantikkan? Sesungguhnya ciptaan Allah tak pernah mengecewakan. Kat sini pun banyak chalet - chalet. Kedai makan pun boleh tahan banyaknya. Tapi tu lah, satu kedai makan pun tak bukak masa kita orang pegi hari tu. Entahlah, dorang mungkin beroperasi hujung minggu je kut.







Suasana kat atas ni mengingatkan aku dengan Pantai Puteri dekat Melaka. Walaupun tak sama, tapi hampir serupa. Bayangkan kalau bentang tikar bawah pokok apa ntah nama dia tu sambil makan - makan dengan family. Best kan? Redup dan sejuk je tau bawah pokok tu..





Kemudahan seperti pondok (ke orang panggil ni wakaf?) pun ada disediakan. Bukan satu ni je. Ada dua tiga lagi pondok macam ni.





Tapikan, jalan dia tak berapa okay. Berlubang - lubang. Kalau tengok kat gambar atas ni, belah kanan tu laut/pantai tapi sebelah kirinya hutan/semak.





Pondok untuk jual macam pelampung ke apa pun ada. Tapi tu lah, time kita orang pegi ni takde satu pun bukak. Aku rasa hujung minggu je kut baru happening kat sini. 


Err..korang penah pegi sini tak? 



p/s - balik tu, malamnye masa tidur kene 'tindih'.. 







Tuesday, May 15, 2012

Tentang Susu.

Assalammualaikum... 


Susu memang tak sume orang dapat minum. Kecuali baby yang memang perlukan susu. Dalam keluarga kita orang rasanya kakak aku yang memang anti-tahap-tak-hengat-dunia dengan susu ni. Tak kiralah air susu ke, keropok susu ke, biskut susu..Memang dia tolak tanpa ragu - ragu. Kau pujuk macam mana pun dia, dia takkan makan/minum.


Aku dulu pun macam tu, tapi bila aku dah masuk UiTM pada 2006, aku dah mula minum susu. Susu pilihan aku adalah susu Every Day. Cuma kene minum time dia masih panas - panas. Kalau dah sejuk jangan harap aku nak minum. Sebab susu ni kalau dah sejuk bagi aku tak berapa sedap.Bukan tak berapa sedap, tapi memang tak sedap langsung :(







Tapi bila umur makin meningkat ni, di tambah pulak dengan iklan susu Anlene kat tv tu membuatkan aku teringin nak try susu Anlene pulak.Jadi belilah sebungkus. 


Kiranya berjaya jugaklah iklan tu menarik minat aku untuk beli produk dia. Huhu. Sebab kalau dalam adopter category (marketing), aku ni di peringkat late majority. Kalau orang marketing dia tahulah kut apa itu late majority :)

 
  
Tapi kan bila aku try minum susu Anlene terus aku rasa macam nak muntah! Serius tak sedap. Sedap lagi susu Every Day. Akhirnya aku hanya dapat habiskan setengah cawan je. Tu pun sebab aku tutup hidung -.-'


Tapi housemate aku rilek je minum. Siap cakap sedap lagi. 



Jadi, aku anggap tekak aku tak leh terimalah susu Anlene ni. Tapi aku tetap nak try beli yang berperisa coklat pulak. Mana tahu yang coklat lebih sedap kan?


 

Nasib baiklah Yogurt Anlene ni sedap. Kalau tak memang out of list terus brand Anlene dalam kamus hidup aku. Kejam? Memang pun ;p


Korang suka minum susu tak? 
psstt..gambar dr google!




Monday, May 14, 2012

Resepi Tom Yam Bersantan.

Assalammualaikum.. 


Aku tak tahulah kalau tom yam tu bersantan di panggil tom yam apa. Jadi, aku guna pendekatan diri sendiri untuk menamakan ia Tom Yam Bersantan ;D


Memandangkan tahap kerajinan aku agak tinggi, maka aku pun ambik gambar macam mana nak buat tom yam ni. Oh ya, ini versi aku tau. Bukan versi Aaron Ajis atau Peyjal Ismail. Jauh sekali versi Cik Ta Ti Tu -.-'


Okeylah, ni list bahan - bahannya :)


2 bungkus tom yam pes. Sukahati nak guna jenama apa. 
Santan kotak. Kalau guna santan perah dengan kudrat pun boleh.
Sotong
Udang
Kubis
Tomato ceri. Kalau takde tomato ceri, korang guna jelah tomato anggur atau tomato durian. Janji TOMATO
Lobak merah atau bahasa omputihnya carrot.
Kacang holland. Tapi betul ke kacang dalam gambar tu kacang holland? Erk.
Cili padi.
Serai.
Daun limau purut.
Bawang putih.
Air.
Garam secukup rasa lidah korang.





Gambar kat atas ni rupa bahan - bahan yang nak digunakan. Bawang putih, serai dan cili padi tu hendaklah diketuk sampai pengsan ye. Kalau tak pengsan, tak boleh guna.


Cara membuatnya,






Masukkan air dalam periuk. Bila air tu dah panas masukkan pes tom yam. Eh, tom yam Kung Adabi ni tak berapa sedap. Yang sedap pes tom yam Adabi yang biasa tu. Hari tu yang biasanye dah habis jadi terpaksa guna yang ni je.







Lepas tu masukkan semua bahan - bahan dalam gambar kat atas tadi KECUALI tomato. Gambar yang first tu. Dah tu terus campakkan sotong.



 
 
 
Dah masukkan sayur dan sotong, masukkan pulak udang. Kiranya masukkan serentak semua bahan - bahan ni. Sebab aku tak suka biar udang, sotong atau sayur terlalu masak. Jadi, campak je semua sekali. Senang~  Lagipun kalau sotong terlalu masak, nanti dia jadi liat macam selipar jepun -.-'
 
 
 




Bila dia dah mendidih sikit, masukkan santan. Aku letak dalam suku kotak je. Pastu 'mesrakan' dorang dalam periuk dengan menggaulkannya sampai sebati. Perasakan dengan garam sikit.







Bila hati kecil korang rasa tom yam dah nak masak, maka campak laju - laju tomato. Apa yang putih sebelah tomato tu? Itu dinamakan TELUR SOTONG. Serius sedap wey! Ke korang tak penah makan? Eh.







Bila dah bertungkus - lumus bersilat di dapur, jadi inilah hasilnya.. Ye, presentation dia tak cantik. Tapi rasa dia tetap 'cantik', tahu! Itu pun kalau ikut anak tekak cucu cicit aku nilah. Hehe.



Apa - apa pun, baca Bismillah dulu sebelum MASAK. Okey? 


SELAMAT MENCUBA!



p/s - ni hanya blog biasa - biasa. Bukan blog masakan, jadi janganlah assume masakan kat sini superb macam blog yang lain ye. Ini sekadar perkongsian :)


Friday, May 11, 2012

Lata Kijang.

Assalammualaikum.. 


Dulu, masa aku on the way nak ke Kedah, aku pernah terpandang air terjun yang cantik lagi tinggi ketika berada di dalam bas. Masa tu tahun 2008. Bila aku tanya kat orang, dorang cakap tulah Air Terjun Lata Kijang. Aku pun angguk tanda faham sambil terfikir, bilalah aku boleh tengok lebih dekat air terjun ni. 


Tapi, penghujung tahun lepas (kemain lama dah citer ni..kehkehkeh) aku berpeluang jugak bertentang empat mata dengan Lata Kijang ni. Syukur sangat. Yeah, aku tahu dia takde mata. Saja nak bagi dramatik sikit :D


Kalau tak silap aku, masuk kat sini free. Tak tahulah sekarang ni bayar ke tak. Yelah, 2012 ni kan tahun melawat Perak.





  



Masa pegi ni musim cuti sekolah. Dah nama pun pegi hujung tahun kan? Jadi, manusia yang datang kat sini boleh tahan jugak ramainya. Aku tak mandi pun. Datang sekadar nak menengok - nengok suasana :)




 



Tengok dorang panjat batu tu, tak takut tergelincir ke? Aku yang tengok ni pun dah naik gerun. Sebab ada batu yang berlumut - lumut. Jadi agak bahaya. Tapi kalau dah enjoy dengan kekawan manalah dorang nak ingat sume tu. Hurm.









Okey, gambar air terjun ni yang paling tinggi kedudukannya. Kita orang ambik gambar ni setelah memanjat tangga yang ada kat belah tepi air terjun tu. Aku rasa berat badan aku turun sekilo masa naik dan turun tangga tu. Gila tinggi. Tapi bila dah sampai kat atas ni, Subhannallah.. cantik yang amat.  Rasa dekat je diri dengan Sang Pencipta :')






Kat atas ni anak buah aku, kan masa cuti hujung tahun hari tu dorang ada datang bercuti kat sini. Jadi, masa dorang ada tu lah aku bawak dorang jalan - jalan. Bila balik Kuching sekurang - kurangnya ada jugak benda dorang nak citer..


 



Eh, dia pun ada jugak? :p Sebenarnya nak tunjuk jambatan gantung kat atas tu. Masa nampak je jambatan gantung tu, kita orang dah terkinja - kinja nak jalan atas tu. Mesti best kan kalau dapat naik sambil tengok kat bawah yang tingginya boleh buat kau pitam -.-' sebenarnya, takdelah tinggi mane pun. Huh~ 


Tapi sayang seribu kali darab tambah tolak sebab jambatan tu tak boleh dilalui. Sebab jambatan tu rosak. Bahaya kalau orang lalu kat situ. Jadi, dengan keterpaksaan, kita orang pun turun dengan hati nya sarat rasa kecewa. Pergh! Ayat kau..


Sebagai kesimpulannya, Lata Kijang ni memang tempat yang harus korang kunjungi. Sesekali menenangkan fikiran kat sini syok jugak. Tapi betul, kalau kita pegi tempat yang indah macam ni, kita akan rasa damai sangat. Tak caye, try lah. 



Jadi, apa tunggu lagi..Jom Terokai Perak :p





Wednesday, May 9, 2012

Happy Birthday Dania!

Assalammualaikum..


Sebelum tu, nak wish happy birthday buat blogger yang cantik manis, Namee Roslan. Kenalkan sape dia? Kalau tak kenal, singgahlah ke blog dia kat SINI. Lagipun Namee ni orangnya peramah :)



Okeylah, kalau hari ni birthday Namee, semalam lak birthday anak buah aku, Dania Nur Alesha. Kenapalah nama budak - budak sekarang panjang kemain ye. Cuba ikut nama aku, Kathy Binti Tuah. Kan simple je. Karang nak akad nikah senang je bakal suami nak nyebut.. eh? :p 



Tapi kalau turn anak aku nanti mau panjang macam keretapi aku letak nama dia. Haha. Bak kata mak aku, nama budak sekarang ni sume nak nama macam dalam novel :)



Kenapa macam lari je dari topik ni? -.-'






Inilah kek Dania. Meriah kan? Aku ni memang suka benda yang wana - wani. Nampak ceria je. Untung budak - budak sekarang kan, leh dikatakan setiap tahun sambut birthday. Walaupun sekadar seketul kek, tapi tetap seronok. Aku masa kecik - kecik dulu manalah ada sambut - sambut birthday macam ni :(






Tapi dah rezeki budak sekarang kan, nak buat macam mana. Huhu. Gambar kat atas nilah Dania. Kenapa eh aku tengok mata dia ni macam pakai eyeliner? Pastu bibir macam pakai lipstik je. Ke mata aku je ni? Ke abang aku duk edit. Haha. Takde maknanya nak bermekap & edit -edit ni sebab itulah nature beauty budak - budak seusia Dania ni..







Wah, seronok ye tengok lilin tu. Kalau aku yang dah umo 26 tahun ni pun konfem seronok, apatah lagi budak yang baru 3 tahun. Hihi. Tapi Dania ni memang pantang tengok kedai kek, dengar bunyi lagu happy birthday.. Mesti dia akan ingat nak celebrate birthday dia je :D






Dah nama pun birthday dia kan, mesti dia yang kene potong kek. Apa barang nak suh mama dia yang potong. Ntah macam manalah nasib kek tu kan? Jangan tanye aku sebab aku kat Perak, dorang celebrate kat Miri. Gambar - gambar ni pun aku ambik dari facebook abang aku yang INI. 
 
 
Apa - apa pun happy birhday my princess Dania. Semoga membesar menjadi anak yang solehah :')


p/s - eh, sape lagi yang birthday hari ni dengan semalam?





Monday, May 7, 2012

Ketam Masak Lemak Nenas.

Assalammualaikum..


Ketam. Tetiba je petang ni teringin nak makan ketam. Try usha gambar - gambar masakan, terjumpa pulak dengan ketam masak lemak nenas ni. Terus terliur. Kena cari ketam jugak ni. Pada sape yang kene demam denggi memang elok makan sup ketam ni. insyaAllah berkesan :)


 

 



Tapi kalau diberi pilihan antara ketam bunga dan ketam nipah (gambar ketam nipah kat bawah ni), aku suka lagi ketam nipah. Sebab isi dia banyak dan lebih sedap daripada ketam bunga. Lagipun ketam bunga ni kadang-kadang lidah aku boleh rasa gatal - gatal sikit.  Cuma kulit ketam nipah ni lebih tebal dan gagah perkasa. Jadi masa siang ketam ni, kenelah kemek - kemekkan segala sepit dia tu. Kalau tak, tanggal gigi nak gigit kulit dia. Gila keras -.-'




ketam nipah :)



Ada jugak yang meragukan tentang kehalalan ketam nipah sebab ada yang mengatakan ketam ni dua alam. Jadi takleh makan. Tapi aku ada dengar ustaz dalam segmen Tanyalah Ustaz kat TV9, dia cakap ketam nipah ni halal. Dan apa yang aku tahu jugak, sejauh mana pun ketam nipah di atas daratan, tapi dia tetap akan cari air jugak. Jadi alam kehidupan dia memang lebih kepada air. 


Tapi terpulang pada masing - masinglah kan, yang penting sekarang aku nak cari ketam. Tak kisah ketam bunga atau ketam nipah. Yang penting ketam ^^



Friday, May 4, 2012

Tentang Pengalaman Pertama.

Assalammualaikum..



Tahukah anda, novel CAHAYA QASEH sudah boleh didapati di booth Karyaseni di Pesta Buku di PWTC? Bagi yang belum mendapatkannya, silalah dapatkan secepat mungkin. Okay? (iklan daripada penaja ;D



1 Mei 2012 adalah merupakan detik yang sungguh bermakna dalam hidup aku. Walau bagaimanapun.. eh, kenapa macam skema je ayat mukadimah ni? Tukar. Tukar. Okay, kita start balik ye.. Ehem~



1 Mei hari tu, aku ke Pesta Buku. Yeah, macam yang sebilangan korang tau yang novel pertama aku baru keluar dan sesi tandatangan aku pada 1/5 dan 5/5.. Jadi, inilah pertama kali aku facing dengan readers pastu sign novel aku sendiri. Masa tu Tuhan je tau pergolakan dalam hati aku. Malu + Takut + Segan + Rendah Diri, semua ada :')



Yang tak boleh blah, masa aku datang kat booth Karyaseni(KS) tu aku siap tanya lagi dengan staff KS sama ada novel aku ada tak. Konon - kononnya berlakon jadi pembacalah. Hehe. Sebab aku tengok kat rak novel aku takde lagi. Karang tak pasal - pasal aku sign kat baju readers.. Yelah, teruja punya pasal nak sign - sign. Haha. Gila! 







Nampak macam gigih je kan aku sign. Tapi kalau korang tengok tulisan aku, konfem korang cakap tulisan budak sekolah rendah -.-' sebab tulisan aku seketul - ketul. Ciri - ciri kematangan tulisan memang takde dalam tulisan aku tu. Sadis betul~





Nampak tak si pemakai baju merah tu? Novel yang dia pegang iaitu Suami Aku Ustaz memang jadi pilihan pada sape - sape yang singgah kat booth KS. Jualan macam pisang goreng panas. Kejap - kejap readers tanya, kejap - kejap readers tanya. Memang tabik spring potatolah kat penulis dia.



Tapi si pemakai riben coklat tu pulak, asyik pasang telinga je. Mana tau ada orang tanye novel dia jugak.. Hehe.






Masa sign kat novel tu, memang tunduk memanjang. Konon - kononnya tekun menulis kata - kata hikmah kat situ. Tapi sebenarnya aku malu tahap gaban. Gaban pun tak semalu aku time tu -.-' Cuma yang aku suka sekali, yang beli novel aku orangnya baik - baik. Peramah dan dorang pulak yang approach aku. Hihi.



Pada yang tahu aku ni penulis baru, siap bagi kata - kata semangat lagi untuk aku terus berkarya. Dan ada jugak dua tiga orang yang follow di blog sudi tegur aku =)







Gambar kat atas ni pulak student UiTM Shah Alam. Course Mascom kalau tak silap. Sesi interview ni salah satu dorang punya tugasan/ assignment sebenarnya. Dorang datang sebelum pukul 11 pagi lagi tau. Sedangkan slot aku pukul 11-12:30 sanggup tu tunggu sebab nak interview aku. Terharu ai :')



Walaupun yang interview ni hanya student tapi feeling dia tetap lain macam. Yelah, dorang cari info tentang aku kat internet. Tak ada janji apa - apa tapi tau - tau je dorang ada. Sesi perkenalan pun kat situ. Nasib baik aku tak feeling jadi Izara Aishah masa tu :D Okaylah, bai~




p/s - Esok aku ada kat booth Karyaseni lagi. dari pukul 11 pagi sampai 12.30 tengah hari. Kalau ada yang pegi ke pesta buku tu, jenguk - jenguklah aku kat situ ye (^_~)V