klik sekali~

Monday, May 21, 2012

Tetap Seorang Pembaca.

Assalammualaikum.. 


Walaupun pesta buku dah berlalu, tapi kenangan dia masih segar di ingatan. Ewah!  Tapi walaupun sekarang dah boleh dikatakan memegang title sebagai penulis novel (ehem ;p) tapi title sebagai pembaca tu tetap dipegang sampai bila - bila. 


Jadi, masa di pesta buku aku hanya mampu membeli 13 buah novel dan 1 majalah. Total sume novel dengan majalah ni dalam RM 265.70. Inilah kali pertama aku shopping novel sejak aku hidup di muka bumi ni. Selalu aku beli seketul je novel dekat kedai buku tau. Tu pun setahun dua tiga kali je aku beli. Sebab aku ni bukanlah pembaca novel yang tegar :)






Okay, nilah hasil borongan. Novel Cahaya Qaseh tu saja nak interframe. Nak bagi promote sikit. Kehkehkeh~ 


Novel JAUH DARI CINTA, TERLERAI KASIH, TEDUHAN KASIH, DATANG PADA WAKTUNYA , KEA, MAAF JIKA AKU TAK SEMPURNA dan SUNAN MUSAFIR telah dibeli berserta dengan tandangan penulisnya sekali. Semangat kan aku ni? Hihi. 


Tapi dalam banyak - banayak novel kat atas tu. SUNAN MUSAFIR lah yang agak mencabar nak dapatkan buku dia. Sebab ini edisi terhad tau. Dia guna hard cover pastu dapat poskad dengan kalendar meja untuk tahun 2013 lagi. Nantilah aku buat satu entri khas untuk novel SUNAN MUSAFIR ni. Kenapa sampai nak buat satu entri? Sebab ini merupakan koleksi novel kesayangan aku. Siapa yang ikut perjalanan Laksamana Sunan, dia fahamlah kut apa yang aku rasa :')



Kesimpulannya, walau siapa pun kita dah jadi sekarang ni, kita mesti pastikan kita seorang  PEMBACA. Tak kisahlah bahan bacaan kita dari genre yang berbeza, tapi minat membaca tu mesti diterapkan dalam diri masing - masing. 



Baca blog ni pun dikira membaca kan? (^^,)V





17 comments:

ejulz said...

dlok masa mek carik novel ktk kmk tdiat novel Ramlee Awg Murshid. mek nak beli tp ms ya rami glak org bbaris.. pasya mek coba ngga gik dh xda gik.. haha. novel ktk dh kuar?

Nieda said...

Dari pembaca novel dah bertukar pembaca blog pula sekarang.

Nieda said...

dari pembaca novel , sekarang pembaca blog pula.

Fazlinil Irma said...

waahhh.. banyaknya..!!
okeyhh. jeles.. tp xde makna jeles sbb kalau akak beli byk mcm tu sekali. bukan boleh baca sekali harung. huhu. bestnya dpt murah la kan. plus dpt TT penulis buku.

so..memandangkan akak ni pengunjung tegar mph jusco. makanya belilah novel seminggu satu. :)

nak tanya.. dlm byk2 novel dlm gambar selain laksamana sunan, novel awk dan suami aku ustaz. sila bgtau akak novel apa yg best.

Ezy Chiaki said...

wow byknye novel!
jeles! aritu pesta buku xsmpt nk pegi..
='(
dh lame xbeli novel

eVa said...

yohh nang byk meli.. kmk lom ada kesempatan mok kedey buku carik eyhh

Elih Japahar said...

Banyaknya..berapa lama boleh habis baca ni? hehe..minat membaca ni wajar dijadikan hobi dan diterapkan dlm masyarakat kita..

Asyiqin Haulisah said...

mak ai. pembaca novel tegar ni. kita suka novel ramli awang murshid. cerita dia tak over sgt kalau bab cinta ni.

Eza Boom Boom said...

Eza suka membaca. hihi. love it..! :) bila nak dpt novel ktk tok aie, hihi... dh ada kat sarawak x?

labulabi said...

kmk baca juak.p sik tauk apa nak di baca.hehe.dolok time mudak2 rajin baca novel.dah tua tok lain ikit dah minatnya.hehe

Rinna said...

Wahh byknyaa buku.. bestnya.. akak pun pembaca novel gak.. :)

MamaEma said...

banyaknya borong novel...

Nazayiena said...

Byknya novel ktk beli sekali,
Org madah membaca jambatan ilmu....

Rizki Pradana said...

postingan2nya sangat bagus, menarik dan bermanfaat,,terus menulis,,karena dengan menulis kita bisa mengembangkan imajinasi kita dan menjadikan kita lebih kretaif..serta kadang bisa menghibur orang lain.. ^_^

salam kenal
kalau berkenan silahkan mampir ke EPICENTRUM
folloback juga ya buat nambah temen sesama blooger,,tukeran link juga boleh,,makasih..^_^

Yumida said...

wah...byk novel ktk..asa mok minjam jak

My Life's Journey said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa banyaknya novellll .... umi belum gik cari nok disebut ktk yunk .. sesungguhnya baca novel membuat hati ada taman :)

Cik Yatt said...

perghh22..mantop novel2nya..yatt dah hbeskan dah bca novel yg beli at pesta ritu..he