klik sekali~

Friday, May 25, 2012

Balik Kuching Sebelum Bercuti Ke Miri.

Assalammualaikum.. 


Esok 26hb 5. Jadi esok jugaklah aku akan balik ke kampung aku di Kuching, Sarawak! Yeah :D 


Mula - mula nak balik time pilihan raya je nanti, tapi bila adik - beradik aku buat plan nak ke Miri 31hb ni terus aku booked tiket flight. Memandangkan time ni dah musim sekolah jadi mahal sikitlah tiketnya. Tapi takpelah, bercuti dengan adik beradik punya pasal aku sanggup balik jugak. Hehe. 



Sebenarnya tahun lepas kita adik - beradik ke bercuti ke Miri dan Sabah. Musim cuti sekolah macam ni jugak. Tapi masa tu kita orang gerak dari Kuching hanya 2 buah kereta. Transit semalam kat rumah Abang Dilah dan keesokkannya pulak terus ke Sabah. Kiranya dari Miri ke Sabah kita orang konvoi 3 buah kereta. 







Ni antara gambar kita orang tahun lepas kat Desa Dairy Farm, Mesilau, Sabah.  Serius best! Cameron Highland pun tak sebest kat sini. Lagi best bila pergi dengan ahli keluarga :')



Tapi tahun ni kita orang hanya akan ke Miri sebab isteri abang aku kat Miri tu tengah mengandung. Kalau tahun lepas kita orang gerak dari Kuching ke Miri dengan 2 buah kereta, tahun ni pulak insyaAllah kita orang gerak dengan 4 buah kereta. Kiranya semua adik beradik & anak buah aku pegi.



Mak dengan bapak tak nak pegi. Nak bagi chance kat anak cucu katanya. Mak dengan bapak pun dah banyak kali jugak ke Miri tapi selalu naik flight. Tak kuasa dorang nak naik kereta :D (kiranya bapak dengan mak honeymoon lah kat kampung.. phewitt!)






Ni pulak gambar di Miri tahun lepas. Sebelum balik semula ke Kuching, haruslah berjalan di Miri. Tapi memang bestlah. Cuma balik dari Kuching tu aku demam seminggu. Kehkehkeh~


Eh, lupa nak cakap kat Sarawak cuti umum dia panjang sikit sebab 1hb Hari Gawai Dayak dan 4hb pun cuti umum jugak. Tapi lupa cuti umum apa -.-'
 


korang lak plan nak ke mana cuti ni?



20 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

nak pegi luar nanti..bln 7 :)

labulabi said...

selamat bercuti.hati2 di jalan raya.hehe

Asyifa Mustaffa said...

bestnya....:)
x dak plan nak kemana lgi nie....huhuhu....tp kaki dah ada rasa2 gatal jer nie....

Yumida said...

beznya ktk..cuti pat melancong..mek kat umah jak..melayan pusak..hihi

Asyiqin Haulisah said...

kita tak kemana pun. duduk rumah besarkan perut je.

wahida said...

saya cuti jenjalan KL je kak...hehe...

selamat pulang ke kampung...

Miri ada byk tempat best tak? mcm teringin lak nak pegi...

Qhaifa Nur said...

seronok dapat balik kampung halaman....

ASaDa RyutaRo said...

selamat bercuti lah owh.. semoga semuanya happy cuti kali tok.. ;)

Nieda said...

Bab bercuti mmg best. Tambah2 dgn ahli keluarga . kalau kita sorang yg tak ikut mesti berendam air matakan.

ieda said...

seronoknyeee dikk, akk x tahu nak plan ke mana cuti sek nie, siann lak anak2 huhuh

Cik Yatt said...

dok rmh jela..hurmm

Cik Yatt said...

dok rmh jela..hurmm

Eza Boom Boom said...

cuti ni buat assignment.. huhukk :(

Zyla said...

selamat pulang akak. krm slm dengan miri.

ejulz said...

yodehhh.. best eh dpt blt kpg.. kmk raya bok balit kali.. hehe

eVa said...

esok mek balit miri!! weheeee.. rindu nak blt cnun aie.. semggu mek cnun.. xsabar hehehe

MamaEma said...

wah seronoknya..konvoi ramai-ramai..

AmyZainudin said...

Best ya.....sy g bercuti kat singapore....sweet memory wif my frenz hehe

Nazayiena said...

Rinduknya ktk org pegi konvoi rami2,S'wak cuti pjg minggu tuk....

Namee Roslan said...

seronoknya kathy pergi cuti. dulu namee pernah g miri je. hehe. masa tu terkejut sbb kat sana cepat gelap...n pagi terang awal. hehe.