Teluk Senangin, Perak.

Assalammualaikum..


"Jom Terokai Perak!" 
Itulah tagline kita hari ni. Esok lusa kita buat tagline ni pulak ye. 


"Jom Terokai Sarawak!" (Ewah ;p)


Okay. Hari tu kita orang pegi buat testing dekat Batu Undan, Segari. Dah siap buat testing tu terus balik Ipoh tapi ikut jalan Pantai Remis. Konon - kononnya nak cari ikan ke ketam ke duyung ke kat situ.



Tapi bila dalam perjalanan tu, mata aku ternampak signboard yang tertulis TELUK SENANGIN. Memandangkan pernah pegi Teluk Batik, jadi aku pun assume tempat yang berpangkal TELUK ni mesti tempat peranginan. Jadi, dengan muka tak malu ajak boss jalan kat sana. Kejap pun jadilah.



Nasib baik boss aku tu okay, jadi kita orang pun terus masuk ke simpang Teluk Senangin. Tapi perjalanan nak ke teluk ni punyalah sunyi. Hanya ada seketul dua ketul kenderaan je. Kiri kanan sume pokok kelapa sawit. Kalau pokok anggur ke, epal ke, teruja sikit anak mata ni kan?


Tapi, itu tak mematahkan semangat aku nak menengok rupa si Teluk Senangin ni. Mana tau kut - kut hensem macam abang Pahrin Ahmad ke kan? Ehem - ehem. 



Dan, akhirnya....

Selamat Datang Ke Teluk Senangin... Wah, pintu gerbang dia ni gah semacam kan? Tapi aku pelik bila dah masuk sini, suasananya sunyi sepi. Macam tempat baru kena serang garuda! Serius. Tiba - tiba aku rasa seram. Yang ada, beberapa orang budak lelaki duduk dekat tepi pantai tu. Bila masuk ke dalam sikit, ada askar ke tentera, yang juga duduk - duduk di situ. Orang ramai yang beriadah memang takde.


Tapi boss aku cakap, mungkin hari kita orang pegi tu hari bekerja jadi takdelah orang nak bersantai kat sini. Mungkin jugak kan?







Aku sempatlah jugak jejak kaki kat pasir yang kemain banyak tapak kaki anjing ni. Tapi view kat sini memang cantik. Tenang dan mendamaikan. Dan apa yang aku tahu pantai ni sesuai untuk orang yang kaki pancing. Banyak ikan kut kat sini.


Tapi tu lah, suasana dia siang pun agak menyeramkan. Apatah lagi kalau malam. Memang taklah kan aku nak datang sini malam - malam -.-'






Subhanallah! 


Tengok. Cantikkan? Sesungguhnya ciptaan Allah tak pernah mengecewakan. Kat sini pun banyak chalet - chalet. Kedai makan pun boleh tahan banyaknya. Tapi tu lah, satu kedai makan pun tak bukak masa kita orang pegi hari tu. Entahlah, dorang mungkin beroperasi hujung minggu je kut.







Suasana kat atas ni mengingatkan aku dengan Pantai Puteri dekat Melaka. Walaupun tak sama, tapi hampir serupa. Bayangkan kalau bentang tikar bawah pokok apa ntah nama dia tu sambil makan - makan dengan family. Best kan? Redup dan sejuk je tau bawah pokok tu..





Kemudahan seperti pondok (ke orang panggil ni wakaf?) pun ada disediakan. Bukan satu ni je. Ada dua tiga lagi pondok macam ni.





Tapikan, jalan dia tak berapa okay. Berlubang - lubang. Kalau tengok kat gambar atas ni, belah kanan tu laut/pantai tapi sebelah kirinya hutan/semak.





Pondok untuk jual macam pelampung ke apa pun ada. Tapi tu lah, time kita orang pegi ni takde satu pun bukak. Aku rasa hujung minggu je kut baru happening kat sini. 


Err..korang penah pegi sini tak? 



p/s - balik tu, malamnye masa tidur kene 'tindih'.. 







Comments

Qhaifa Nur said…
walaupun saya orang perak..tak pernah sampai sini lagi.....

cantik permandangannya.........
ejulz said…
best juak rupa tmpat ya.. kacak pmandangannya.. kenak tindih? ish3.. hehe
Elih Japahar said…
Takk pernah lagi datang sini...kalau sarawak, dah hampir semua tmpat dah pergi hehe ^_^
ktk plh apa fyp dlok??.. msti trer spss nk..
c i k r i f a h said…
hari tu p kuala trengganu, subhanallah cantikkkk sangat laut. btw tak pnah smpai lagi kat teluk snangin ni..
Kathy Tuah said…
@♛ Dea Arematt ♛

mun x salah kmk, kmk polah tentang ttg spiritual pekerja dkt pustaka negeri sarawak..

spss yalah plg kmk x terer..banyak refer dgn senior..hehe..
hey kita pernah pergi sini. serius mmg takda org sgt. tak tahu kenapa.
Ann Ishak said…
ngerilah pulak kathy...
MamaEma said…
cantik..tapi tak ada orang pon..
khairunnisa ♥ said…
best dapat jalan2x :) bila balit sarawak?
Kathy Tuah said…
@khairunnisa ♥ - minggu depan balit kuching..yeah!
Cik Yatt said…
ha;ah la sunyi sngt nie..
labulabi said…
best eh keja sambil bejalan camya.mok juak eh.ada kosong sik.hehehe
wahida said…
tak pernah dgr pun tempat ni...kesian kan saya? huhu...

kerajaan Perak sepatutnya mempromosikan tempat ni dgn lebih byk lagi, sbb kebanyakan mcm tak pernah dgr je tmpt ni terutama saya...huhu...

tempat yg cantik, tapi takde org, sgt rugi...kesian pada peniaga2 di sana...
Sy tggl bgn datoh pn x pernh sampai lg pntai ni kt area lumut kot

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.