Ketam Masak Lemak Nenas.

Assalammualaikum..


Ketam. Tetiba je petang ni teringin nak makan ketam. Try usha gambar - gambar masakan, terjumpa pulak dengan ketam masak lemak nenas ni. Terus terliur. Kena cari ketam jugak ni. Pada sape yang kene demam denggi memang elok makan sup ketam ni. insyaAllah berkesan :)


 

 



Tapi kalau diberi pilihan antara ketam bunga dan ketam nipah (gambar ketam nipah kat bawah ni), aku suka lagi ketam nipah. Sebab isi dia banyak dan lebih sedap daripada ketam bunga. Lagipun ketam bunga ni kadang-kadang lidah aku boleh rasa gatal - gatal sikit.  Cuma kulit ketam nipah ni lebih tebal dan gagah perkasa. Jadi masa siang ketam ni, kenelah kemek - kemekkan segala sepit dia tu. Kalau tak, tanggal gigi nak gigit kulit dia. Gila keras -.-'




ketam nipah :)



Ada jugak yang meragukan tentang kehalalan ketam nipah sebab ada yang mengatakan ketam ni dua alam. Jadi takleh makan. Tapi aku ada dengar ustaz dalam segmen Tanyalah Ustaz kat TV9, dia cakap ketam nipah ni halal. Dan apa yang aku tahu jugak, sejauh mana pun ketam nipah di atas daratan, tapi dia tetap akan cari air jugak. Jadi alam kehidupan dia memang lebih kepada air. 


Tapi terpulang pada masing - masinglah kan, yang penting sekarang aku nak cari ketam. Tak kisah ketam bunga atau ketam nipah. Yang penting ketam ^^



Comments

Yumida said…
1st time mek tauk ketam msk lemak nanas...mok coba juak kelak..tggu musim ketam...sitok sekilo rm10.00...sllu molah masak merah jak...terlio kmk nangga
Nieda said…
Amboi rajinnya anak dara ni memasak.
Mai sepinggan .....hikhik
Cik Yatt said…
sedapnyeeeeeee
ASaDa RyutaRo said…
lama giler dah tak makan ketam. tapi malangnya ketam bukanlah feberet sebab sangat leceh nak makan. hahaha.. tapi kalau buat sup ketam yg dah hancur2, nak la makan. ngeee :D
Huda said…
Tak pernah makan ketam nipah la..suka ketam tapi jarang sekali makan..
Nazayiena said…
Kecik2 dolok selalu juak mkn ketam nipah tuk....
ejulz said…
Bok lepas mkn ketam balit kuching riya.. hehe
Adylia Qarissa said…
hujung minggu lepas dkna makan ketam..terus cirit birit..heheeee... :)
Elih Japahar said…
Ketam nipah ni sedap slurrpp..tapi tak kisah lah kan, tgok mcm mn masaknya ^_^

Bbunyi perut ni nampak sambil baca entry ni haha..nak g steamboat lah esok LOL..
Namee Roslan said…
saya tak pernah makan ketam lg. hehe. teringin jugak.ni tengok menu bau ni..masak lemak nenas!! mesti sedap. cicah roti sedap jugak ni!! :))

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.