klik sekali~

Thursday, September 29, 2011

Buah Cepak | Buah Zaman Kanak - Kanak Ribena.

assalammualaikum & hi~ 

Sape yang masa kecik – kecik dulu suka masuk hutan keluar hutan dan masuk hutan semula, sila ambik perhatian dengan entri ni. Entri yang mungkin akan membawa anda semua menembusi semula zaman dulu kala. Bukan zaman dinosaur atau zaman Hang Tuah. Tapi zaman KITA. Sape yang rasa dia sezaman dengan aku dia tahu lah kut. Ke aku sorang je tau buah ni? erk..


Aku tak taulah korang penah ke tak jumpa dan makan buah ni. Tapi aku MEMANG SUKA GILER MAKAN buah ni. sampai sekarang tau aku suka makan cuma susah nak dapat je. Memandangkan rumah aku kat kampung sejak dulu kala sampai sekarang. Yang dikelilingi hutan nan menghijau dan air sungai yang mengalir macam nak tak nak je jadi aku kiranya dah biasalah masuk hutan kuar hutan. Dan selalunya buah ni tepi semak je tapi kenapa aku ni beria semacam je citer pasal hutan? Cis!




gambar ni aku ambik 2 3 hari lepas. masa tu aku saje jejalan kat belakang rumah dan finally aku jumpe buah ni (^_^)V


Okay, berbalik pada buah ni, kat kampung aku kita orang panggil buah ni BUAH CEPAK. Dan enak dimakan begitu saja. Rasanya sebijik macam ayam bakar. Err..okay, itu tipu! Rasanya manis. Dan kalau ko tak bernasib baik ko akan bersaing dengan dak burung – burung yang kemain rakus nak makan buah ni jugak. Macamlah takde buah lain dia nak makan. Suka jugak nak berebut dengan kita kan?huh!


Nak dijadikan cerita masa aku kecik – kecik dulu buah ni pun leh jadi rebutan dengan adik beradik or kekawan. Yelah, dulu mane mewah dengan buah epal, anggur ke apa. tak macam sekarang. anak buah aku siap main baling lagi buah oren. Kalau dulu, tunggu jela tahun baru cina baru ko dapat merasa buah oren tu. sebab boss bapak aku akan bagi free. Teehee. Yelah, keluarga kita orang susah banyak dulu. Bukan susah sikit, tahu!






Dan kalau nak makan buah yang best – best masa dulu – dulu paling dahsyat pun ko dapat makan buah manggis, rambutan, langsat. Tu pun hasil curi kat dusun orang. Kantoi dah part ni. Kehkehkeh. Tapi tu dulu okay. Zaman kanak – kanak ribena. Dosa dan pahala masih berbalam – balam lagi. Kalau part buah macam buah cepak ni memang senang nak jumpa. Cuma sekarang ni je jarang jumpa. Mungkin  dah pupus kut. 

korang penah tak makan buah ni? atau korang penah jumpa tapi tak pernah makan?? 
                                   

Monday, September 26, 2011

Sarawak Best!

assalammualaikum & hi~

Setelah meraih simpati di entri SAKIT tadi *thanks pada yang komen suh pi jumpa doktor dengan doakan cepat sembuh. Terharu :’)  aku tiba – tiba terfikir .sejak aku berblog ni rasanya tak penah lagi aku citer pasal Sarawak. sungguh lupa daratan kamu KT. Oh! No~ Jadi, untuk menghilangkan sedikit rasa serba salah kepada Bumi Kenyalang ni maka aku pun dengan rasa kagum dan bangga dan ‘ngegeh’ nak citer pasal Sarawak.


tengok betul2 gambar gunung tu, macam pempuan baring kan? tu la gunung santubong! view dari pantai pandan.


Okay, Sarawak Best sebab sinilah tempat lahir aku. sinilah tempat aku kenal ABC. Sinilah aku kenal maknanya cinta. Ceh! Nak jugak masukkan word tu. mengada! Tapi betul, dah nama pun tempat sendirikan mesti best kan? Bak kata pepatah dulu kala ‘tempat jatuh lagi dikenang apatah lagi tempat bermain’. pepatah dari aku pulak ‘tempat tinggal pakwe kenelah ingat, senang nak pasang scandal kat tempat lain!’ kehkehkeh~ ok. Gurau! 



ni linut. orang belah brunei or labuan panggil ambuyat. sabah pun sama kut. tapi kat umah aku popular dengan panggilan 'pak aloi'.


Sarawak Best sebab kat sini pun ada makanan yang best. Ada ikan terbuk - kek lapis - mee kolok – umai - manok pansuh - sayur midin – kicap tong nam – terung asam – buah terap – buah dabei – engkalak – linut apa gik owh? Err..ok! tu sebahagian daripadanya. Jadi, kiranya sape yang 1st time datang sini mesti sibuk cari makanan macam ni. Macam kita orang (orang Sarawak) pi semenanjung jugak. Kalau singgah Melaka nak try asam pedas, bila pi Terengganu pulak nak try nasi dagang. Pusing – pusing macam tu jugak kan.



 serikin. tempat yang wajib pegi kalau mai kuching.


Lepas tu, Sarawak best sebab kat sini pun ada gunung – ganang bukit – bukau. Ada gunung santubong - ada pulau kera - ada bako national park - ada kampung budaya - ada serikin - ada gua mulu - gua niah - gua angin dan seterusnya. Kiranya kat sini pun banyak tempat beriadah jugak. Kalau nak masuk Brunei pun senang. Cuma pastikan ada passport Brunei or passport antarabangsa. Nak pergi Sabah pun boleh dengan melalui Brunei. Kalau ko nak advanced lagi ko boleh masuk Kalimatan, Indonesia. Ok, Kalimantan aku tak pernah pergi lagi. Apa yang best kat sana pun aku tak tau T_T






Jadi, kesimpulannya SARAWAK BEST! Banyak lagi nak citer ni tapi di lain entri ^^

Sakit.


assalammualaikum & hi~

Aku rasa sume orang penah sakit. Tak kisahlah sakit gigi ke, senggugut ke, terseliuh ke ataupun sakit hati. Kiranya tu sume spesis sakit.

Tapi sejak akhir – akhir ni aku di serang SAKIT KEPALA (sejak awal tahun). Mungkin bunyi macam biasa je kan? tapi bagi aku luar biasa. Sakit yang aku alami bukan macam sakit kepala yang biasa tu. atau orang selalu cakap pening kepala kan? bukan yang itu.

Sakit kepala ni pelik sikit. dia sakit kat bahagian belakang kepala. Bukan atas , tepi kepala tapi betul – betul belakang kepala. Dan sakitnya datang tiba – tiba. Dan paling sakit bila ko tiba – tiba terjaga dari tidur dan masa tu la dia menyerang.

Macam pagi tadi dari pukul 10.30 pagi aku dah start sakit kepala. Memandangkan aku puasa jadi aku ambik keputusan untuk rest je. Dan pukul 3 lebih tadi baru okay sikit. tapi sakitnya masih terasa ni.

aku tak pernah pi cek kat doktor lagi. Ada yang cakap mungkin aku ni terkena MIGRAIN. Aku pun tak pasti.

Sunday, September 25, 2011

Nilai Duit Dulu Dengan Duit Sekarang.

assalammualaikum & hi~

Pada suatu hari..

“abang, tolong belikan usu telur kat rumah nek udak kejap.”
“berapa bijik?”
“sebijik cukuplah. Nak buat meggi jap gi.”
“okay, upah jangan lupa.”
“20sen cukup?”
“usu, London choco roll tu je dah 30sen.”

Cis! Aku dulu makan kopok tam – tam je. Dahlah kedai makcik aku tu tak sampai sejengkal dari rumah.


kopok tam-tam kegemaran masa kecik-kecil dimana masa tu tak kenal lagi apa itu cinta :') eh.xde kaitan!

“so, nak upah berapa?”
“50sen.”
“baik usu pegi beli sendiri!”

Tapi.... akhirnya aku makan meggi tanpa telur T_T

Masa aku makan meggi tu aku duk fikir nilai duit dulu dengan sekarang. kalau dulu aku dapat upah 20sen kemain seronok lagi. Dapat beli choki – choki dengan eskrim. Ko jangan nak fikir eskrim magnolia ke apa, ni eskrim buatan sendiri. Yang orang buat bungkus kecik – kecik tu. Macam dalam gambar kat bawah.


 eskrim kegilaan masa kecik dengan harga seposen sekarang dah 20sen!

Aku jugak selalu dengar mak aku cakap, dulu kalau beli barang rm50 kemain banyak lagi barang tapi sekarang tak sampai 2 barang dah cecah rm50. Dunia..dunia..okay,berbalik pada kisah anak buah aku tadi yang duk menumpang sekali makan meggi dengan aku. aku sambung la tanya dia itu ini itu.

“berapa ibu bagi duit belanja sekolah?” tanyaku.
“singgit!”

Mak aii! Aku masa form 1 baru dapat duit belanja singgit. Dia baru darjah 3 dah dapat singgit. tapi bila difikirkan balik, barang sekarang ni bukannya murah. dengan 50sen entah apa je dapat budak beli kan?

“tapi abang ada bawak bekal kan?”
“ada. Tapi bekal makan time rehat. Time rehat kantin penuh, jadi orang tak nak pegi kantin!”
“habis tu duit yang ibu bagi?”
“duit tu untuk belanja sebelum masuk kelas dan selepas habis kelas. Kat kantin makanan mahal,pastu sikit,dahlah tak sedap.”

Wah, dah pandai mengadu. Tapi tu la budak sekarang kan? cepat mendewasa. Aku dulu main bedal je makanan kat sekolah. Asalkan cukup buat alas perut. Sudah. 

“selalunya beli apa?”
“kopok,tak pun gula – gula kaki. chewing gum, kopok alibaba, rokok!”
“what?! Rokok?”

Mahu nak terkeluar meggi dari lubang telinga dengan lubang hidung aku dengar anak buah aku cakap cenggitu. 

“ala, rokok gula – gula tu la.”
Oh,ok! 

See. Bukan main bergaya lagi jajan budak – budak sekarang. aku dulu kenal dengan gula – gula yang beli seposen dapat 2 bijik. Sekarang ni diaorang tak layan gula – gula cenggitu.tapi nak buat macam mana kan? zaman dah moden, tak kan ko nak old-skol lagi -.-'


 ni yang paling aku suka makan tapi kejap je habis sebab aku takleh nak kemam lama - lama. kene gigit terus baru ada feel =)
p/s – sejak aku kat balik kuching ni aku duk layan anak buah je, jadi banyak jugaklah ilmu budak sekarang ni aku kutip. Saja nak tengok perbezaan dengan zaman aku dulu kala. 

p/s lagi - sumber gambar dari google kecuali gambar eskrim!