Bila Air Paip Lebih Sedap Dari Air Milo.

assalammualaikum & hi~ 

sape yang bermastautin di kuching pasti tau pasal Regatta Sarawak 2011 kan? *mun x tauk, buang ajak dirik ke ka'ek ya -.-' nak dijadikan cerita, lepas Isyak tadi aku joinlah family kakak aku pegi kat waterfront. saje jalan - jalan sebab dengar citer malam ni ada kapal berhias dan pertunjukkan bunga api. 

dan bila ada function cenggini pasti ramai yang ambik peluang untuk meniaga kan? jual air, sate, buah - buah, tudung dan apa - apa je yang boleh dijual. erm, bagus tu. aku pun antara customer yang macam wajib beli air or apa - apa je untuk dimakan. jadi, sementara tunggu kapal berhias ngan pertunjukkan bunga api, kita orang pegilah beli air sebab anak buah aku macam nak meroyan je sebab kehausan. sedangkan dari rumah nak ke waterfornt tak sampai 30 minit pun -.-'

pointnya kat sini --- bila AIR MILO yang aku beli RASA AIR PAIP..aku rasa air paip lebih sedap dari air tu sebab air milo tu rasa asap, plastik, hanyir. kiranya serba serbi ada rasa kat dalam air tu. aku apa lagi, siap cakap kat kakak aku, pasni kalau nak beli air kita beli yang dalam tin je. walaupun mahal berapa sen je tapi puas hati. eee..betul - betul aku bengang bin tension dengan rasa air tu tadi. kalau nak meniaga pun meniaga elok - elok. nanti bila aku komplen cakap bangsa sendiri yang kondem bangsa sendiri. tegur salah tak tegur salah. apa ni?? tapi as a marketing student, aku selalu berpegang kepada 'customer always right!'

pastu masa anak buah aku beli mainan, sorang owner kedai tu cakap rm10, sorang lak cakap rm8. mana satu betul ni? bila tengok muka kita orang dah lain semacam terus dia orang bagi rm8. pastu aku suruh diaorang try mainan tu dulu. kang dah beli tapi tak function, macam ne? seperti yang aku jangka, mainan tu tak fuction. terus aku suruh tukar dan try yang lain. aku tau diaorang macam tak puas hati je tapi ada aku kesah? 

moral of the story malam ni, berniaga bukanlah nak untung semata - mata. lagi - lagi yang melibatkan makanan. nyawa orang jadi taruhan, tahu?  pastu, jangan confuse kan customer. muka tu janganlah masam macam asam keping bin asam jawa. senyum okay. senyum :)

p/s - kenapa, aku rasa aku emo sikit malam ni -.-'

Comments

Kuasai minda said…
Berniaga bukan hanya sekadar untuk mengaut keuntungan. Seharusnya ia lebih dari itu, ia hampir sama dengan memberi dan menerima.

Memang KM sendiri rasa tidak berpuas hati kalau beli sesuatu terutama makanan dan minuman yang tidak selayaknya dengan harga yang ditukarkan...
Namee Roslan said…
diorg meniaga sekadar nk kaut untung je. bukan nk puaskan hati customer. mcm mana lah air milo boleh rse hanyir, nampak sgt diorg tak jaga kebersihan. hati2 ya kathy. nnti kena cirit birit plak :)
Kathy Tuah said…
mk - tau xpe..kdg2 kita lebih puas hati bayar mahal sbb berbaloi..

namee - tu la namee, sy pun x habiskan air tu..takut sakit perut..huhu..
ek..ktk org srawak ka? hehe..kmk xbksempatan gk g regatta ey..nya sampey 18ribln nak..ritok ngan esok kali bruk sempat pg..
Kathy Tuah said…
erk..aok, kmk org sarawak..hahaha..smpei esok, kmk pun pegi mlm tadi jak..siang tok malas kit nak kuar..kihkih..
Pendamba Mawar said…
menjaga kepuasan pembeli jugak yang harus diutamakan
Kathy Tuah said…
tu lah kan..jgn ingat nak untung je..ermm..
Cik Eka said…
pernah beli air mangga basi dekat bazar ramadhan..

masa tu kalo tenok mak ai terliur gila lah tengok dengan susunan buah mangga berlonggok..

kira dia punya marketing plan bagus ar tarik perhatian..

bila nak bukak,minum skit jer dah rasa lain..erkkkkk basi..

p/s: meniaga kena jujur baru rezeki dtg lebih banyak..

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.