Kehilangan | Kisah Benar.

assalammualaikum & hi~ 

Peristiwa ini berlaku pada raya ke-7 dan raya ke -9 tahun lepas (2010). 

Raya tahun lepas kita orang sekeluarga sedang menanti ‘orang baru’ dalam keluarga. Sebab kakak sarat mengandung. Mak dan bapak lagilah teruja sebab ‘dia’ cucu ke 10 dalam keluarga kami. Jadi pada malam raya ke – 6 kakak masuk hospital dan pada raya ke – 7 bersamaan 16 September 2010 lahirlah seorang baby lelaki seberat 3.8kg. aku dapat sms dari kakak.

“adeng, kakak dapat baby boy lagi..berat die 3.8kg :')

Dalam hati aku berbisik, alhamdulillah dan terus cuba membayangkan wajah ‘dia’. Namun dengan pantas aku reply sms kakak. Berkongsi kegembiraan. Yela, dia sorang je kakak yang aku ada.

Sebenarnya ‘dia’ bukanlah anak pertama kakak dan abang is (abang ipar) sebab sebelum ni mereka dah dikurniakan dua orang anak lelaki. Muhd. Hazrie Firdaus,8 (abang) dan Muhd. Fiqrie Firdaus,5 (adik). Tapi kedatangan dia tetap dinanti kami sekeluarga. Dan sudah semestinya keterujaan adik dan abang mengatasi keterujaan kami semua. Sudah lama mereka berdua menanti ‘orang  baru’. Dan untuk pengetahuan korang semua, mereka dua beradiklah yang sepakat memberi nama ‘dia’. Apa nama yang dia berdua beri untuk adik mereka? MUHD.DANIEL FIRDAUS. Jadi ‘dia’ bernama Muhd.Daniel Firdaus.

Tapi..


~abang & adik~

p/s – tak ada p/s ari ni. Eh?

Comments

eeir said…
apa endingnya 'dia'?
ieda said…
uikk tergantung nie ..
tapi ape dikkk ?? bikin suspen ...
Kancil 8349 said…
sedih plak cerita kamu nie...
labulabi said…
errr jadi apa yang hilang ya.adakah kmk tersalah baca or tersalah paham.hehehe.saya budak baruk pande ngeja.hihi.
nur~mohd said…
x paham konsep gak nie...ape yg hilang....hurm...
Namee Roslan said…
dah baca part 2 dulu... :'(

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.