klik sekali~

Tuesday, September 13, 2011

Tentang Raya

assalamualaikum & hi~ 

motif entri : saje nak share pasal raya walaupun hari ni dah 15 Syawal -.-'  

bila raya je blog dianaktirikan. memang sengaja pun biarkan blog istirehat kejap sebab blog pun nak cuti raya ^^ cuma aku ni je yang kejap - kejap ingat kat blog. tapi blog ni ntah ingat ke tak kat aku. sobsob. tapi tak pe, start hari ni aku akan up entri baru. memandangkan raya sebulan so korang akan ku hadapkan dengan citer pasal raya yang tertunggak T_T 

okay, start dengan petang raya. aku lepas je sahur terus pasang langsir jadi petang raya tu rumah dah siap berlangsir, ber'kapet,bermop, bersapu, berbunga. selalunya malam raya baru sibuk nak pasang sume tu, tapi tahun ni tak lagi. penat nak mampus kalau sume benda nak buat malam raya! erm, kita layan gambar jela ye =)



petang raya abang alim dah sibuk bakar lemang. memang tugas dia setiap tahun untuk bakar lemang je. sebelum ni mak yang pegang jawatan ni tapi sekarang mak dah bagi jawatan kat abang alim. jawatan aku pulak?aku ni sibuk ke sana ke sini je. kene asap sikit je dah banjir rumah dek air mata. hampeh!



malam raya pulak aku dah tercongok bawah garaj kete. tunggu orang bakar bunga api. jadi ni lah salah satu alasan kenapa aku nak siapkan keje awal - awal. kenapa aku duduk bawah garaj? sebab aku takut percikan bunga api tu nanti jatuh atas kepala aku -.-' penakut tahap kronik kan? anak buah aku setahun lebih rilek je tengok. cis!



bila pagi raya lak dua orang budak ni lak muncul. kemain awal lagi -.-' ni mesti punya propaganda nak duit raya. eleh, macam aku tak tau ;p tapi sebagai seorang mak su a.k.a usu yang berjaya kesemua anak buah aku tak dapat duit raya dari aku. sebab aku tak keje mana ada duit nak bagi. lalalala~


lepas solat  raya sume keluarga adik beradik aku berkumpul kat rumah mak & bapak. time ni tak sume lagi sampai. jadi nampak lengang lagi lah rumah. kalau sume dah kumpul mak aiii.. riuhnya mengalahkan pasar malam. tapi yang riuh ni lah best sebab jarang dapat kumpul sama - sama macam ni :')


lepas settle minta maaf dengan mak, bapak & adik beradik - kita orang sume pun jalan pi rumah nenek. rumah nenek kat bawah bukit je. memang tiap - tiap raya agenda pagi raya kita orang cenggini. yang bestnya raya ni sume adik beradik kumpul kat sini. next year ntah macam mana pulak kan? okaylah, bye~ 


p/s - sape nak datang beraya dipersilakan. eceh :)

7 comments:

Namee Roslan said...

hehe, biasa lah raya .semua org tak update blog pun. kalau update pun xde org baca tak best juga kan :D hehe, just enjoy the festival aite. meriah raya awak. raya saya biasa je. macam biasa takde lah apa sgt. ziarah kawan pun tak sbb kawan xde. kerja.

Kancil 8349 said...

wah...cerita raya...mesti seronok kan dapat berkumpul beramai - ramai...hehehe


Kancil nak mengajak kamu menyertai segmen Kancil. Kalau sudi joinlah...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-korang.html

terima kasih dan kancil menghargainya

Kathy Tuah said...

namee - alhamdulillah, raya ni memang meriah.. sume kumpul kut, kalau x kat umah tingaal sy, mak & bapak je :'(

kancil - seronok sgt2! hee. tq sbb invite sy tuk join segmen ^^

echa takashimaya said...

bestnyerr lemang....tahun ni tak buat lemang...

Kathy Tuah said...

kat rmh sy mmg tiap2 raya buat lemang ^^

Bui Junaidi said...

cney rumah ktk..?
kmk nk dtg beraya tok..hehehe

Kathy Tuah said...

rmh kmk kat area batu kawa..datanglah, raya masih ada tok.. hihi~