Posts

Showing posts from April, 2011

Makan Roti Jala Fatin Liyana.

Image
assalammualaikum & selamat malam ^^ ermm, korang kenal kan sapa Fatin Liyana? jadi nak dijadikan cerita petang tadi aku melahap roti jala Fatin Liyana sampai tak ingat dunia. dia kan dah balik Malaysia, kalau dia kat Bandung lagi sure la aku tak dapat makan -.-' tengok roti jala dia ni, kecik & comey je kan? macam dia & aku jugak. heee~ makan roti jala ni tadi dengan kari ayam. tak menahan sedapnya tau. IKLAN *sudut belajar Bahasa Sarawak - rangkak = kuat makan * tapi..aku tau korang mesti tertanya2 betul ke tak cerita aku ni kan??yela memang la dia dah kat Malaysia tapi rumah dia kat seremban dan aku pulak kat kuching. tang mana nya leh jumpa terus makan roti jala dia kan?? errr..macam mana nak explain erk?? sebenarnya..aku makan roti jala buatan aku sendiri tapi dari resepi Fatin Liyana. korang nak gak resepi roti jala dia?? meh klik SINI . hehehe..saja nak kasi gempak kat title tu -.-' apa2 pun resepi roti jala si Fatin Liyana ni sama je dengan resepi mak aku c

Ubi Rebus Ikan Masin Bersambal Tumis.

Image
assalammualaikum & selamat pagi ^^, pehh! bukan main panjang lagi menu sarapan pagi ni. ni gara2 mak yang buat ubi rebus dan goreng ikan masin. aku lak cepat2 buat sambal tumis. baru la lengkap kalau nak makan ubi rebus ni kalau cecah sambal tumis dan ikan masin. tengok gambar kat atas ni, nampak tak ikan masin tu banyak tulang kan?? tapi kalau korang rasa sikit, memang terangkat habis!! sebab makin banyak ikan tu bertulang maka makin sedap la ikan tu. IKLAN *sudut belajar belajar bahasa sarawak - buah bandong = buah ubi kayu * tapi aku tak pernah jumpa ikan ni kat semenanjung, kalau kat sarawak ni ikan ni dipanggil "Ikan Empirang". tapi kalau nak makan ubi rebus ni dengan mana2 ikan masin pun boleh. okaylah, nak masak tuk makan tengah hari lak ni. bye! p/s - lama tak makan ubi kayu bakar =P~

Resepi Ketupat Sotong Atau Sotong Sumbat.

Image
assalammualaikum & selamat malam ^^, pssst!!! perhatian kepada cik riffa :) petang tadi buat ketupat sotong atau sotong sumbat. tapi ni versi yang simple je. kita kan baru je belajar memasak jadi memadai kita buat menu yang seringkas mungkin. yang penting sedap. ye tak? * lagipun tadi mak pun ada tolong -.-' ~ni la rupa ketupat sotong yang aku & mak buat petang tadi. tapi kenapa macam tak betul je kedudukan gambar ni?? biar jela ye, malas nak upload lagi sebab line internet slow banget!! ~ bahan2 : 1/2 kilo sotong 50gm beras pulut 1/2 biji santan sedikit garam lidi kecil (untuk dicucuk pada sotong supaya beras pulut tidak keluar) cara membuatnya : bersihkan sotong pastu masukkan beras pulut ke dalam sotong. jangan lupa cucukan lidi pada bahagian atas sotong dengan kemas. lepas tu rebuskan sotong di dalam santan. masukkan garam secukup rasa. rebus sehingga masak. toskan airnya sebelum dimakan dengan penuh berselera! senang je kan nak buat?? so, jangan lupa cuba try test ye!

Histeria Disapa Mona !!!

assalammualaikum & hi! Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar. Malah, seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan. err..untuk cerita yang lebih lanjut korang klik SINI . aku yang duk kat Kuching ni pun tak tahu T_T p/s - kadang2 sesuatu cerita ni makin menarik bila ditambah asam garam & perasa yang macam2 agar cerita tu makin sedap didengar. wallahualam.

Big Red Strawberry Farm @ Cameron Highland.

Image
assalammualaikum & helo~ masa duk kat Ipoh, aku suka pergi Cameron Highland! dalam masa sebulan setengah kat Ipoh aku dah pergi 3 kali kat sana. dan tempat yang wajib pergi Big Red Strawberry Farm! ~salad ni murah je dan boleh ambik banyak mana pun tapi ambik sekali jela~huhuhu~ dan apa yang best kat Big Red Strawberry Farm ni sudah tentu lah makanannya. fresh & sedap sehingga tidur malam boleh mimpi makanan tu! sampai macam tu sekali sedapnya :D walaupun kejap tadi aku baru je pas makan ikan pari salai masak kicap, tapi bila tengok makanan ni terus rasa nak makan apa yang ada dalam gambar ni pulak! bila lah nak pergi Cameron lagi ni :'( miss nak makan kat situ. *asyik ingat makan makan dan makan* adoi!! okaylah, pada sapa2 yang belum lunch tu jangan lupa lunch tau. bye! p/s - petang ni nak buat sotong sumbat!

Nak Buat Bloglist Sebab Terharu Dengan Cik Riffa & Bangku Kosong!!

Image
assalammualaikum & selamat pagi. hari ni nak buat bloglist sebab sejak berblog aku memang tak buat bloglist. tapi sejak akhir2 ni aku perasan yang ada sorang budak comey ni. dia suka sangat singgah & bagi komen kat blog aku. lagi2 bab masakan ^^, aku pasti dia pun kaki makan macam aku -.-' tapi malam tadi dia buat kau betul2 terharu bila dia komen macam kat bawah ni, bukan apa yang aku perasan cik riffa ni akan letak blog2 tertentu je kat bloglist dia. macam dia cakap kat SINI . alhamdulillah, blog aku jadi pilihan dia jugak. tq cik riffa !! meh akak peluk cium sikit! muah! hahaha~ erm, berkaitan dengan Bangku Kosong pulak aku selalu jugak la join segmen yang encik hasrul buat. dan pagi tadi macam biasa aku singgah lah kat blog dia. tengok2 dia dah ada buat bloglist baru. kan sebelum ni dia dah rombak bloglist dia. maka aku pun tengok2 la ada tak aku dalam senarai. aku tengok kat bloglist Bangku Emas dia ada 40 orang jadi aku pasti aku ada kat situ * tengok betapa yakin

Resepi Ikan Terubuk Kukus Ala Sarawak.

Image
assalammualaikum & hi! dah makan? kalau belum elok lah makan tapi jangan ambik yang berat2 ye ^^, errr.. malam ni nak kongsi resepi Ikan Terubuk Kukus Ala Sarawak. dah tau?? kalau dah tau tak yah lah aku bagi tau -.-' ye, aku tau gambar berapa cantik T_T tapi kalau korang rasa ikan terubuk ni, aku confirm korang yang tak suka makan ikan yang banyak tulang akan jadi peminat ikan bertulang! silap2 korang tanam tulang ikan ni dengan harapan ia akan menjadi buaian macam citer bawang putih & bawang merah tu -.-' tapi aku tak sedap hati lak kalau tak bagi tau resepi rahsia keluarga aku ni kat korang, jadi dengan rasa rendah hati aku bagi tau jugak lah! okay, bahan2nya : 1 ekor ikan terubuk (siang dan bersihkan) sedikit serbuk kunyit sedikit garam sedikit air asam jawa 1 helai daun kunyit. (dihiris2) cara nak buat lak. korang perap ikan terubuk tu dengan serbuk kunyit, garam dan air asam jawa. lepas tu taburkan daun kunyit dan kukus sampai masak! siap untuk di makan. nyum nyum

Kenapa Aku Seorang Blogger ?

Image
assalammualaikum & hi! malam ni nak join lagi segmen abg ben! sapa2 nak join meh klik SINI. tutup kul 10 ni! cepat2!! okay berbalik dengan entri kali ni, kenapa aku seorang blogger ?? dulu alasan aku satu je pasal blog ni iaitu aku jadi seorang blogger setelah lecturer suruh buat blog. bila dah ada blog maka jadilah aku seorang blogger. betul tak? tapi masa tu buat aku tak tau lak yang berblog ni boleh ada kawan (follower). yang aku tau masa tu blog ni untuk orang yang nak baca je. betapa rendahnya pengetahuan aku tentang blog ni -.-' tapi sekarang, alhamdulillah. aku dah tau betapa bangganya bila aku jadi seorang blogger. sebabnya bila penulisan aku boleh diterima oleh pembaca yang lain. lagi2 aku suka share resepi masakan Sarawak. walaupun ringkas tapi ada jugak yang sudi membaca dan memberi komen. masa tu tiba2 bangga jadi orang Sarawak bila masakan kami makin diterima :') jadi dengan respon macam ni lah membuat kan aku semakin bangga menjadi seorang blogger! dan aku jug

Join Bloglist Bangku Kosong !

Image
assalammualaikum & selamat pagi. bukak je blog pagi ni terus ternampak pasal encik hasrul kita bukak pendaftaran untuk sape2 yang nak join bloglist dia. pada sape2 yang nak join meh klik SINI. untuk encik hasrul , saya ni memang belum buat pun bloglist kat blog saya ni jadi tak ada sapa2 pun tersenarai kat sini. maybe tak lama akan buat dan insyaAllah blog Bangku Kosong antara bloglist saya ^^, p/s - Bangku Kosong & Ben Asahaari antara blogger yang aku suka join segmen diaorang! x tau kenapa -.-'

KPLI & DPLI - Tak Layak Ke Aku??

Image
assalammualaikum & selamat malam~ ~model - Dania Nur Alesha~ erm, aku rasa ramai yang dah tau yang result MEdSI (dpli) dah pun keluar. dan untuk kali ke 2 jugak nama aku tak ada untuk ambik test tu :'( kalau kpli pulak, aku dah 2 kali jugak apply tapi sekurang2nya ada jugak nama aku ambik MTEST tapi tak berjaya untuk ditemuduga T_T aku tau, alasan yang kuat untuk nama aku tak dipilih sebab aku tak ada pengalaman. tapi tak apa lah, nak buat macam mana kan? sebab aku tau ada yang apply punya banyak pengalaman tapi masih jugak tak dapat. kalau dah macam tu aku simpulkan yang aku ni belum ada rezeki. atau mungkin Allah lebih tau yang aku ni tak sesuai jadi cikgu?? wallahualam. tapi aku tak putus asa, kalau ada bukak lagi kpli & dpli aku tetap apply. sebab dari sekolah rendah lagi memang aku bercita2 nak jadi cikgu ^^, sweet kan cita2 aku ni?? hehehe~ okaylah, nak bagi tau kat mak ni yang nama aku tak ada -.-' "setiap yang ada dimuka bumi ni adalah milik Allah sw

Bila Excuse Me dikatakan Kiss Me.

assalammualaikum & hi. adik = anak buah aku yang baru masuk tadika awal tahun ni. dan balik dari sekolah dia akan stay kat umah aku sebab mak yang jaga. ni cerita masa dia baru mula2 sekolah, dan ikutilah perbualan antara dia dengan mak & bapak. * sebab diaorang adik beradik panggil nenek & atok diaorang mak & bapak * adik : assalammualaikum. bapak & mak : wa'alaikummussalam. adik terus bukak kasut dan stokin sebelum melangkah masuk ke rumah. memandangkan bapak duduk di kerusi dan kaki bapak seolah - olah menghalang laluan adik maka dengan penuh sopan santunnya adik berkata, adik : kis me pak! kis me. bapak : mana lah bapak ada kis me (gula2 kiss me) dik . adik tak menjawab tapi terus lalu depan mak pulak lalu berkata, adik : kis me mak! kis me. * sambil menundukkan badan * mak : bukannya dia nak mintak gula2 kiss me tu bang, tapi dia nak cakap excuse me! bapak : mana la tau kan! moral of the story, kadang2 perkataan yang kita gunakan itu kurang tepat dan menim

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH !

Image
assalammualaikum & hi. nak join lagi segmen abg ben ^^, untuk keterangan lanjut, korang klik SINI . kalau sebut cerita pasal zaman sekolah, aku rasa lebih banyak kenangan manis daripada kenangan pahit. yang paling banyak kenangan mestila bersama kawan2. masa sekolah dulu aku tak penah la nak escape yang keluar sekolah tu tapi aku dengan 3 orang lagi kawan2 aku suka escape dengan pergi bilik kaunseling. lagi2 subjek matematik T_T kadang2 cakap pergi toilet tapi lepak kat tangga. ada masa tertentu tu siap mintak budak lelaki kelas kami untuk pergi kantin belikan gula2. adoi! masa tu memang macam apa je. tapi masa tu tak ada la nak bercinta sama kawan2 sekelas ke apa, sama sekolah pun tak pernah okay! heee~ masa form 6 lak kita selalu mintak cikgu yang sporting tu untuk sorokkan hand phone kat bilik guru. tau je ada spot check macam apa je keadaan kelas. mengelabah tak tentu pasal sebab boleh dikatakan sume bawak hand phone -.-' kalau nak cerita lagi sampai bila pun tak habis kena

Yong Tau Fu @ Pulau Gadong, Melaka.

Image
assalammualaikum & selamat malam ^^, dulu kan, masa semester 2 kita orang kena pindah daripada UiTM Lendu ke UiTM Kampus Bandar Melaka. jadi kenalah duduk kat Pulau Gadong. nasib baik ada bas UiTM disediakan untuk ulang - alik daripada hostel ke kampus -.-' tapi yang bestnya kat Pulau Gadong ni bila aku dikenalkan oleh housemate aku pasal Yong Tau Fu yang sedap tahap gaban. yang bestnya yong tau fu kat sini ada sup. aku memang suka makanan yang bersup2 ni ^^, sedap je nampak yong tau fu kat atas ni kan? masa ni kita orang makan berempat. masa tu abg aku bercuti di melaka jadi aku bawak makan kat sini. kalau sapa2 yang lum penah rasa, baik korang pegi rasas sendiri. insyaAllah ia tak kan mengecewakan. jangan lupa pegi tau! * promote la pulak * p/s - teringin lak dah nak makan yong tau fu ni, lagi2 makan cecah dengan sos yang maha sedap tu. * sambil lap2 air liur -.-'

Resepi Daging Panggang Cara Kampung Ala Sarawak.

Image
assalammualaikum & hi. dah makan ke? kalau belum pegi makan 2 3 4 5 pinggan k, sebab aku baru lepas makan 2 3 4 5 6 pinggan, advanced sikit dari korang -.-' tapi entri ni bukan pasal makan ye tuan2 dan puan2 tapi entri pasal daging panggang yang sedap buatan mak =P~ resepi dia senang je. perapkan daging bersama garam & kunyit dan biarkan selama sejam dan terus bakar. senangkan? orang tak tau masak pun akan terus expert buat daging panggang macam ni T_T. kalau korang nak sedap lagi letak la madu ke, rempah2 ke apa2 jela ikut kesukaan anda ye. kalau tak pun beli je sos BBQ tu. lagi senang ^^, macam ni la rupa daging buatan mak. kalau dah masak boleh makan macam tu je, kalau nak buat masak lemak pun okay jugak. selamat mencuba. bye! "sesungguhnya air tangan ibu itu tiada tandingnya" p/s -walaupun resepi ni simple tapi aku tau ada jugak yang tak tau nak buat, tak caye? cuba tanya dengan adik2 or anak buah korang yang umo setahun tu, aku confirm diaorang tak tahu -.-&#

Mee Banjir Udang Mak Teh Yang Kali Kedua.

Image
assalammualaikum & selamat malam. jap tadi baru je berkesempatan transfer gambar2 yang ada dalam camera. jadi aku nak letak la picture dua orang bakal cikgu ni ^^, sebelum balik Kuching hari tu sempat belanja diaorang ni makan mee banjir udang Mak Teh. sebenarnya lama dah nak ajak diaorang makan kat sini tapi diaorang kan study so masa mereka agak terhad. tapi alhamdulillah akhirnya dapat gak kita orang makan sini sama2. kiranya ni kali kedua la aku pegi sini. yang pertama dulu aku ada cerita kat SINI . yang belah kiri ni Enna (sepupu) dan sebelah kanan ni Riza (kawan Enna) . dan kat depan diaorang tu mee banjir udang yang bukan main sedap lagi =P~ okaylah, jangan lupa cuba try test ye. bye~ "kenangan yang telah kita lakar bersama akan kusimpan sebagai kenangan terindah dalam hidupku" p/s - miss kat budak dua orang ni. doakan akak korang ni dapat keje kat sana balik ye T_T

Tips Untuk Bibir Kering.

Assalammualaikum & hai. Kali ni topic pasal bibir pulak ye. Kalau bibir kering selalu je jilat dan gigit bibir dengan harapan bibir lembab semula dan nampak lebih seksi macam Amber Chia. Hehehe~ Tapi sebenarnya tindakan macam tu akan merosakkan lagi bibir kita yang mungil dan seksi ini -.-‘ Maka dengan ini mari kita sama2 ikut dan patuh tips2 di bawah :- Gosok bibir dengan berus gigi berberus lembut seminggu sekali supaya segala sel mati dan sel yang buat2 mati tu menggelupas dengan sendiri. Kalau tak guna berus gigi korang boleh guna berus jamban err.. salah tak kan nak guna berus jamban kut. Huhuhu~ korang sapu je baby oil atau minyak zaitun untuk mengikis bibir yang kering dan menggelupas itu. Sebelum tidur tu sapulah madu sikit kat bibir, pastu masa tidur akan dapat mimpi yang manis2 je sebab bibir kan dah ada sweet flavor ^^, *ayat pertama – fakta tapi ayat kedua – auta! Untuk siang hari pulak korang sapu jela lip balm yang ada SPF supaya bibir

Ambuyat / Linut/ Pak Aloi (Makanan Tradisi)

Image
assalammualaikum & hi. korang penah makan ambuyat tak? kalau tak penah, cuba2 lah makan ye. tapi kat umah aku lebih senang panggil makanan ni sebagai Pak Aloi. aku pun tak tau kenapa kena panggil Pak Aloi kenapa tak Pak Pandir ke, Mak Limah ke -.-' macam mana nak buat ni? korang ambik tepung sagu sikit. pastu bancuh dengan air sejuk sikit lepas tu baru masukkan air panas. bancuh sampai ia nampak macam gam -.-' dah siap boleh makan dengan lahapnya! makan ambuyat ni paling best bila ada sayur rebung masak manis & sambal asam mempelam. yang kat atas ni aku makan dengan sambal asam payak. err.. tau tak pe asam payak? buat2 tau je la ye T_T okaylah, selamat mencuba ^^, bye~ "makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan"

Ben Ashaari Cari Blog Lah !

Image
assalammualaikum & hi. abg ben ada buat segmen lagi. jadi sapa2 yang nak join meh klik SINI . erm, soalan pertama abg ben berkaitan siapa yang mempengaruhi aku dalam membuat berblog. kan dulu aku penah cakap yang aku buat blog sebab pensyarah aku yang suruh. maka dengan arahan dia lah aku buat blog. kiranya dialah orang yang bertanggungjawab yang menyebabkan aku membuat blog yang agak simple dan comey ini =') siapakah sumber inspirasi aku dalam berblog ni? okay, biar aku short list kan dulu untuk blogger perempuan yang jadi inspirasiku * ladies first * antara sumber inspirasiku FATIN LIYANA , SUNAH , ANNE , QASEH , GENG GADIS SEMASA dan CIK EPAL . ops! lupa ada sorang lagi iaitu YUYU . okay, kenapa aku cakap diaorang ni sumber inspirasi sebab aku kerap singgah blog mereka ni. tapi yang aku lebih suka jadi silent reader yang jarang nak komen ke apa -.-' lagipun blog diaorang ni tak berat dan senang aku nak jenguk blog diaorang. lagipun blog mereka ni sume comey2 maca

Bila Aku Mandi Daun.

Image
assalammualaikum & selamat petang. baru dapat online -.-' dari pagi tadi busy memanjang. lagi2 nak jaga anak buah yang 3 orang ni. tapi yang bestnya pagi tadi aku telah mandi daun (^_^)V .. tau ke tak apa tu mandi daun? aku tau korang hanya tau dengan mandi bunga je kan? ngaku jela..hehehe.. tak apalah, biar aku jelaskan apa itu mandi daun mengikut pengetahuan aku. mandi daun ni mandi dengan menggunakan air rebusan daun pandan, daun sirih, daun serai wangi, daun jambu batu, daun kosong, daun kunyit dan ada 2 jenis lagi daun yang aku tak tau apa nama dia -.-' tau dah kan mandi daun ni macam mana? tapi jangan korang ingat orang yang dalam pantang or orang yang lepas bersalin je boleh mandi daun ni. kita yang masih muda - mudi ni pun digalakkan mandi daun. khasiat mandi daun ni berkesan untuk menyihatkan badan, buatkan kita jadi awet muda dan mengelakkan sengal2 badan. kalau sapa2 rasa dirinya tu 'sengal' elok lah mandi daun ni..heeeeee~~ *gurau ye* ni la rupa daun2 t

Terkilan.

assalammualaikum & hi. tadi bukak fb jap. tiba2 ternampak gambar kat fb 'dia'. terus tertanya2 gambar sapa ni? bila fikir balik gambar ni ke yang kawan aku yang sorang tadi maksudkan? aku pun terus tanya 'dia' dan 'dia' pun dah jelaskan pasal gambar tu. okay, fine pasal gambar dah settle. tapi tiba2 nama 'dia' naik lak kat wall kawan aku yang sorang pulak. dengan berbalas komen. yang buat aku terkilan bila aku updated status kat fb punyalah payah 'dia' nak komen. kalau komen pun sekali tu je. tapi kalau orang lain siap berbalas2 komen lagi. persoalannya sekarang, kalau 'dia' updated apa2 kat fb selalunya aku lah orang yang akan pertama komen. kadang2 selalu gak aku tegur 'dia' kenapa lama tak updated fb *apatah lagi blog dia* tapi 'dia' akan jawab tak tau nak updated apa. macam tu jugak kalau aku tanya kenapa tak komen status aku kat fb dan dia akan cakap tak tau nak komen apa. kalau dengan orang lain lak tau lak nak

Nasi Kandar @ Pekan Lama, Perak.

Image
assalammualaikum & hai ^^ aku baru je pas makan berlaukkan kari ikan pari, sayur bayam & telur dadar. bila makan kari teringat Nasi Kandar -.-' terus terasa nak makan lak. tapi kat Kuching ni kat mana ada nasi kandar yang best erk? ~nasi kandar Kat Pekan Lama, Perak~ perut kenyang leh lapar balik bila tengok gambar ni. gambar ni aku ambik masa aku masih kat Perak lagi. orang kat kedai tu pun dah kenal dan tau air apa yang aku akan order sebab kerap jugak makan kat sana ^^, tapi sekarang ni tak tau bila la nak makan kat kedai tu lagi -.-' p/s - bila kat Semenanjung rindu nak makan makanan Sarawak, tapi bila dah kat Sarawak rindu nak makan makanan Semenanjung T_T

Resepi Oreo Cheese Cake Ala Sarawak.

Image
Assalammualaikum & hi. Sebenarnya hari tu aku sempat buat kek. Tapi tak sempat je nak post kat sini. Erm, kalau kat Kuching ni aku memang jarang nak online. Sebab anak buah sibuk nak main game -.-‘ Tapi tak apa, walaupun kek ni dah habis aku share jugaklah cara nak membuatnya. *errr..ada ke yang nak buat?? Ah! Tak kisahlah kan? Huhuhu~ Okay, jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya ^^, Bahan2 Part A 50g butter 2 paket biskut oreo (tinggalkan 7 keping utk part B) 1 sudu makan gula halus Bahan2 Part B 250g cream cheese (aku guna brand Philadelphia) 80ml fresh milk (beli je dutch lady kotak kecik tu je) kalau tak guna pun xpe~ 100ml whipping cream 1/2 cawan gula halus 1 sudu makan gelatine (halal punya-aku guna brand nona) + 40ml air panas krim oreo (krim yg korang dah keluarkan dari biskut) Cara membuatnya: Part A. Asingkan krim yg di dalam biskut oreo tu, ala krim yg kaler putih tu. part A ni kita guna biskut dia je, x mo guna kr