Resepi Oreo Cheese Cake Ala Sarawak.

Assalammualaikum & hi.

Sebenarnya hari tu aku sempat buat kek. Tapi tak sempat je nak post kat sini. Erm, kalau kat Kuching ni aku memang jarang nak online. Sebab anak buah sibuk nak main game -.-‘

Tapi tak apa, walaupun kek ni dah habis aku share jugaklah cara nak membuatnya. *errr..ada ke yang nak buat?? Ah! Tak kisahlah kan? Huhuhu~

Okay, jom kita tengok bahan2 dan cara membuatnya ^^,

Bahan2 Part A

50g butter

2 paket biskut oreo (tinggalkan 7 keping utk part B)

1 sudu makan gula halus

Bahan2 Part B

250g cream cheese (aku guna brand Philadelphia)

80ml fresh milk (beli je dutch lady kotak kecik tu je) kalau tak guna pun xpe~

100ml whipping cream

1/2 cawan gula halus

1 sudu makan gelatine (halal punya-aku guna brand nona) + 40ml air panas

krim oreo (krim yg korang dah keluarkan dari biskut)

Cara membuatnya:

Part A.

Asingkan krim yg di dalam biskut oreo tu, ala krim yg kaler putih tu. part A ni kita guna biskut dia je, x mo guna krim dalam biskut tu. pastu korang hancurkan biskut oreo tu sehingga ia jadi halus. Tapi jangan lupa tinggalkan 7 keping biskut tu sebab nak guna untuk part B lak nanti.

Lepas tu bila dah hancurkan biskut tu, korang masukkan butter dalam tu. pastikan butter tu dah lembut ye. Dah masukkan butter korang gaul sampai sebati pastu baru masukkan gula halus. So, bila dah sebati bolehlah masukkan kedalam bekas kek.

Bila dah masukkan dalam bekas kek tu, korang kenalah tekan sikit2 adunan tadi supaya ia mampat dan padat di dalam bekas kek tu. lepas tu masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam lebih.

~ni lah rupa adunan A yang dah dimampat dan dipadatkan ke dalam bekas kek~

Part B.

Ambik cheese dan lenyek2 kan cheese tu sampai kelihatan agak sebati, lepas tu korang masukkan susu dan whipping cream. Kacau dan terus kacau. Lepas tu baru masukkan gula halus. ambil gelatine campurkan dengan air panas dan masukkan kedalam adunan tadi. Kena kacau lagi dan lagi.

Lepas tu masukkan krim yang korang dah keluarkan dari perut oreo tadi. Yang krim kaler putih la. Kacau sehingga sebati.

Ada tak 7 keping oreo yang korang tinggalkan tadi? Haa, korang hancurkan 3 keping biskut tu dan korang masukkan kedalam adunan. Yang 4 keping yang tinggal tu utk hiasan kat topping nya nanti. Heeeeee~


~ni lak adunan B sebelum dicurah ke atas adunan A~


Lepas tu korang keluarkan adunan part A yang dalam peti sejuk tadi *pastikan dah sejam lebih tau* korang curahkan adunan Part B ke atas Part A. dan korang hiaslah topping kek tu dengan baki oreo yang tinggal tadi.

~ni la maksud aku, yang oreo aku suh tinggal utk hiasan tu. korang hias je ikut citarasa korang sendiri~

Akhir sekali masukkan lagi ke dalam peti sejuk selama 4 ke 5 jam. Tak yah guna oven okay! SELAMAT MENCUBA. *kalau korang buat tak jadi jangan salahkan aku T_T


~ni lak yang dah siap! Okay, aku tau gambar tak clear sebab pakai camera muuurrrraaaah je -.-‘


Tapi dalam bab buat kek ke, buat biskut ke, apa2 jela yang penting kita kena yakin dengan diri sendiri. Kalau tak berapa nak menjadi, tak apa. Sekurang2nya kita dah mencuba. *sebab aku pun baru je 1st time buat kek ni, menjadila juga Cuma tak standing yang pro dalam bab baking membaking ni ^^,

p/s – cik epal pun ada buat kek macam ni cuma lain sikit. nak tengok resepi dia meh klik SINI.


Comments

hitammanis said…
salam,
kak nak cubalah.....nampak sedap jer.
kathy said…
wslm~ mmg sdp pun ^^ try tau (:
qucachahir said…
kite penah tgk resepi nie kat blog cik epal.. :)
nampak sedap..ada mase t nak cube lah.. ;)
salam singgah n follow..
sweet blog..
kathy said…
jgn lupa cuba tau ^^, apa2 pun tq sbb singgah & folo blog ni :')
Salam Kathy...

Akak dah ambik resepi biskut oreo ni..nampak cam sedap dan senang nak buat...Anak2 akak mesti Like...sebab diaorang ni suka biskut Oreo hehehe...Akak singgah and follow kathy..nanti follow akak ya...

http://www.hairuliza-anakku.blogsport.com/

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.