Bila Aku Mandi Daun.
assalammualaikum & selamat petang.
baru dapat online -.-' dari pagi tadi busy memanjang. lagi2 nak jaga anak buah yang 3 orang ni. tapi yang bestnya pagi tadi aku telah mandi daun (^_^)V .. tau ke tak apa tu mandi daun? aku tau korang hanya tau dengan mandi bunga je kan? ngaku jela..hehehe..
tak apalah, biar aku jelaskan apa itu mandi daun mengikut pengetahuan aku. mandi daun ni mandi dengan menggunakan air rebusan daun pandan, daun sirih, daun serai wangi, daun jambu batu, daun kosong, daun kunyit dan ada 2 jenis lagi daun yang aku tak tau apa nama dia -.-'
tau dah kan mandi daun ni macam mana? tapi jangan korang ingat orang yang dalam pantang or orang yang lepas bersalin je boleh mandi daun ni. kita yang masih muda - mudi ni pun digalakkan mandi daun.
khasiat mandi daun ni berkesan untuk menyihatkan badan, buatkan kita jadi awet muda dan mengelakkan sengal2 badan. kalau sapa2 rasa dirinya tu 'sengal' elok lah mandi daun ni..heeeeee~~ *gurau ye*

ni la rupa daun2 tu bila aku lemaskan mereka kedalam air panas.. bau dia memang buatkan kita fresh! mengalahkan fresh & white yang korang guna tu. hihi~
tapi sebelum mandi tu, wapkan seketika asap air ni kat muka dengan tutup kepala dengan tuala supaya wap nya tak keluar. ni untuk lembutkan wajah. *tapi letakkan dalam baldi dulu, jangan guna periuk ni terus tau* huhu~
okaylah, pada sapa2 nak cuba try test amatlah dialu-alukan sebab petua lama macam ni memang baik untuk kita. tak kira anak dara ke dah berkahwin ke. buat sebulan sekali pun dah memadai. aku start amalkan ni sejak 2 tahun lepas.
tapi kalau aku ada kat Kuching jela aku suka buat sebab daun2 sume tu ada kat belakang rumah aku je. tapi kalau kat semenanjung terbatas sikit nak dapat daun2 tu sume T_T
"petua lama perlu diamalkan kerana kesannya dalam jangka masa yang panjang. lagipun petua lama lebih murah dan tidak membahayakan."
p/s - bahan semula jadi lebih baik daripada bahan buatan manusia macam shampoo ke sabun ke atau apa2 saja..
Comments