BEN ASHAARI BICARA KASIH AYAH.

assalammualaikum & selamat malam.




lama dah aku tak join segmen abg ben kita ni. tapi segmen ni aku mesti join sebab abg ben berbicara tentang kasih ayah. nak join meh klik SINI.


aku start dengan kenangan manis dulu la ye. bapak berpeluang tengok aku ambik 'topi segi 4' *biasalah bahasa orang kampung* kat UiTM Shah Alam. kalau aku grade masa ni mesti bapak susah sikit nak pergi sebab bapak dah tak berapa sihat. dan masa ni jugak sempat bawak bapak & mak jalan2 kat Melaka & Negeri 9.


lagi kenangan manis yang sering berlaku antara aku dengan bapak bila bapak sibuk tanya aku nak makan apa kalau aku ada kat Kuching. dan bapak jugak yang akan mintak abg2 aku belikan apa saja yang aku ingin makan =')


erm, kenangan pahit lak? bila ada 'orang tertentu' memperlekeh kemampuan bapak untuk menyekolahkan kami adik beradik *sebab bapak keje biasa je, bapak kan x penah sekolah*.


dan yang paling aku tak leh lupa bila bapak sanggup dukung aku semata2 x nak kasut sekolahku kotor *masa aku tadika*. masa tu kena jalan jauh ke depan kpg untuk tunggu van sekolah :(


cara terbaik didik anak zaman sekarang? *ni jawapan orang yang lum punya anak -.-'


~yg utama didikan agama
~jangan manjakan sangat mereka
~jangan terlalu mengongkong mereka
~kenali sapa2 saja kawan mereka
~jadi kawan baik mereka
~jangan sesekali memarahi mereka dihadapan adik beradik yg lain apatah lagi dpn org lain


okaylah, apa2 pun bapak memang yang terbaik di dunia ni. walaupun bapak tak sekolah, tak ada diploma, tak ada ijazah mahupun master dan phd tapi aku tetap bangga punya bapak sebegini (^_~)Y


p/s - sayangilah ayah anda ^^,

Comments

GeminiGurlz said…
=)... baca entry ni..
mas saari said…
salam singgah!
begitulah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah..mmg tiada tandingnya!
fRaMe+LenSeS said…
Nadh sayang ayah nadh jugak.. ;)
Salam singgah salam ziarah dari nadh..
kita jadi anak soleh untuk Ayah ye. yang mendoakan kebahagiaan depa dunia dan akhirat..

Nadh datang melawat ni.. ;)
Budak Nakal
Lulu caldina said…
segmen ni bagus, tapi sebak nak buat... sayang papa lulu...semoga ibu bapa kita sentiasa dirahmati...

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.