Dia Kata.

DIA KATA.


Dia kata aku baik,

Dia kata aku cantik,

Dia kata aku menarik,

Dan dia kata aku buat dia tertarik.


Dia kata aku lawa,

Dia kata aku kelakar,

Dia kata aku manja,

Dan dia kata aku buat dia tergoda.


Dia kata mataku tajam menikam,

Dia kata bibirku cantik menawan,

Dia kata pipiku bersih dipandang,

Dan juga dia kata baikku buat dia sayang.


Tapi,

Aku kata,

Kau hanya tahu menyusun kata,

Kau hanya tahu berkata pujangga,

Kau hanya tahu memaniskan bicara,

Kau hanya tahu buatku berasa bangga,

Kau hanya tahu memuji luaran yang dipandang mata.


Dan,

Bila kau tahu siapa aku sebenar,

Kau akan kata,

Baikku tak tak boleh dipercaya,

Cantikku hanya diluar,

Menarikku sudah tiada,

Dan akhirnya tidak ada sesiapa pun terpesona.


Akhirnya aku kau tinggalkan tanpa khabar.


p/s – inilah nukilan semata – mata. Tidak ada kaitan dengan empunya blog ^^,

Comments

missh aryeika said…
nseb baik sekadar nukilan smata2 ....wat suspen jea ....

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.