klik sekali~

Sunday, April 17, 2011

Resepi Keladi Masak Rebus Kulit Rusa Ala Sarawak

assalammualaikum & hi.

ada baca nama resepi aku tu? bukan main panjang lagi -.-' tapi sedap tau *err..kalau aku apa2 pun sedap lagi2 diri sendiri yang masak..huhuhu* menu ni aku masak masa lunch tadi..heeeee~



oklah, meh kita tengok bahan2 dan cara membuatnya.

bahan2 :


1 batang keladi (batang & buahnya sekali - potong2 & cuci sampai bersih2 tau)
semangkuk kecil kulit rusa.
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 tangkai cili kering
sedikit belacan
1 keping asam keping (kalau nak masak tambah lagi sekeping)
garam (secukup rasa)
serbuk perasa (sikit je)


cara membuatnya :


rebus batang & buah keladi sampai menjadi separuh masak. lepas tu, buang air rebusan keladi tadi dan masukkan air yang baru. tumbuk bawang merah,putih,cili kering dan belacan dan masukkan kedalam keladi tadi dan kacau2 perlahan. masukkan sekali kulit rusa dan asam keping. perasakan dengan garam dan serbuk perasa. biar sehingga masak sebelum dihidang.


haa.. tu je la cara nak buatnya. tak yah tumis guna minyak ^^, selamat mencuba ye *walaupun aku tau ntah ada ke dak orang nak cuba -.-'


p/s - kalau nak masak mesti penuh dengan kasih sayang barulah masakan menjadi sedap..heeeee~ ^^,

4 comments:

cik riffa :) said...

wahh~
tak pernah rasa kulit rusa..
hari tu,knduri kawen sedara,diorang masak kulit lembu.
not bad lah.
macam perut sikit rasa kulit tu.

kathy said...

rasanya hampir sama dgn kulit lembu ^^,

Woofer Storm said...

mcm sedap ni,nak satu boleh>>hehhe folow sni..

mask maggi pun kena penuh kasih syg ke??ehehee

cujen said...

nampak sedap je..nak try la nanti..


salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

GET A FREE SAMPEL OF THE CLARINS PRODUCT HERE