Posts

Showing posts from January, 2012

Ke 26 Tahun.

Image
sumber gambar dari SINI. Assalammualaikum..  Semalam 22 Januari. Jadi genablah umur aku yang ke 26 tahun. Syukur sangat sebab masih lagi diberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini. Alhamdulillah~  Memandangkan aku pengguna Celcom, jadi aku adalah dapat free call selama seminggu. Lagi – lagi time ni aku duk kat Ipoh, maka ku guna sebaik mungkin untuk bergayut dengan mak di Kuching (^_~)V  Apa – apa pun thanks pada kekawan yang wish kat fb, yang text, yang call dan yang belanja makan ikan bakar semalam. Terima kasih daun keladi, tahun depan buatlah lagi =)

Permainan Dulu – Dulu.

Image
Assalammualaikum..  Korang, masa kecik – kecik dulu pernah tak main perangkap – perangkap macam dalam gambar kat bawah ni? Aku tak ingat dah orang panggil apa tah main ni.  abaikan rupa gambar yang kurang menarik ini T_T Masa aku sekolah rendah dulu mainan ni boleh tahan jugak femesnya. Habis buku latihan matematik jadi mangsa. Kehkehkeh. Selalunya koyak yang belah tengah – tengah buku tu lah.  Main ni nampak je senang tapi sangat menguji minda. Kalau silap sikit, senang – senang je pihak lawan kepung kawasan kita. Kan? Aku ada try tanya anak buah aku mainan ni, tapi dia cakap dia tak tahu pun. Tapi bila aku tanya pasal game Angry Bird, laju je dia cakap dia tahu. Sah! Zaman dah berubah. Betul tak? Ada lagi satu mainan yang aku suka. Iaitu main patung kertas ni. Cer tengok gambar kat bawah.  gambar ni diculik daripada google.. Sape yang pernah main ni mesti dia tahulah kut macam mana main dia. Selalunya budak pempuanlah main. Aku dulu selalu beli kat kedai