Posts

Showing posts from May, 2011

Bakso @ Tatau & Selamat Hari Gawai.

Image
assalammualaikum & hi~ aku rasa korang pun tau esok kat sini (Sarawak) cuti sebab menyambut Hari Gawai. kat Sabah lak Hari Kaamatan. jadi, esok hingga Jumaat InsyaAllah aku akan berada di Sabah. macam yang aku citer kat SINI dulu. dah nama pun cuti kan jadi kita kenalah pergi bercuti ^^, tapi sebelum mengharungi perjalanan dari Miri ke Sabah esok, pagi tadi aku dan dua buah keluarga abang2 aku kena drive dari Kuching ke Miri. perjalanan lebih kurang 12 jam -.-' penat giler wei~~~ jadi untuk makan tengah hari kita orang singgah ke Tatau. *Tatau ni selepas Selangau dan sebelum Bintulu* memandangkan aku suka bakso jadi aku order bakso. tengok gambar bakso kat atas tu. bakso tu la yang aku makan tadi. sedap sangat2! sebelum out ni aku nak ucapkan Selamat Hari Gawai pada semua kawan2 dan seluruh warga Sarawak yang menyambutnya esok. okaylah, nak tidur dah ni. esok nak gerak awal pagi. doakan aku selamat pergi dan selamat balik ye. terima kasih, bye! p/s - bayangan Kundasang dah

Kuih Takir.

Image
assalammualaikum & selamat malam ^^, macam biasa entri berkaitan dengan makanan muncul jugak. ni kuih takir. aku tak tau lah kalau orang kat semenanjung panggil kuih ni apa. okaylah, nak tido awal sebab awal pagi esok nak gerak ke miri. bye! p/s - doakan aku selamat pergi & balik ye :')

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 5)

~ baca dulu part 1 kat SINI , part 2 kat SINI , part 3 kat SINI & part 4 kat SINI ~ Dari jauh aku dapat lihat kelibat Aiman dengan dua orang rakannya. Ingin saja aku berpatah balik namun hasratku mati apabila mereka bertiga sudah begitu hampir denganku. “Beri laluan, beri laluan,” terdengar suara Aiman menyindirku. Langkahku mati dengan sendirinya. “Jangan nak sindir – sindir!” kataku sedikit keras. Aiman menghampiriku dan berdiri betul – betul dibelakangku. Kedua – dua temannya sudah pun meninggalkan kami berdua. “Tak boleh ke kalau cakap tu lembut sikit?” bisiknya hampir ditelingaku. Aku tersentak dan tanpa disengaja aku tertoleh ke belakang dan dahiku terkena bibirnya. Aiman mengaduh kesakitan. Padan muka! Kutukku di dalam hati. Aku terus melangkah meninggalkan Aiman yang masih menahan kesakitan. “Eh awak!!” jerit Aiman kuat. Aku berpaling. Kelihatan dia berlari menghampiriku. Ada apa lagi ni? “Awak ni tak tahu nak minta maaf ke? Dah lah hari tu langgar saya, hari

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 4)

~sebelum ke part 4, baca part 1 kat SINI , part 2 kat SINI & part 3 kat SINI ~ “ Lia , kenapa kau dengan Aiman tak nak berdamai je?” tanya Ida sewaktu kami berdua berbaring di atas katil sementara menunggu solat Isyak. “Berdamai? Never !” “Dah masuk tiga bulan kau orang perang dingin, tak kan kau nak selama – lamanya macam ni?” “Biar jelah Ida,”jawabku selamba. Entah kenapa perasaan marahku pada Aiman masih belum surut – surut lagi. Perselisihan antara kami berdua sudah menjadi buah mulut pelajar di kolej ini. “Tapi kenapa semua orang kat kolej ni sibuk sangat aku tak ngam dengan Aiman tu?” tanyaku sambil memusingkan badan menghadap Ida. “Itulah kau, hidup dalam dunia kau sendiri je. Yang kau tahu pergi kelas, makan kat café, lepak kat library and sometime ikut aku kat stadium. Cubalah kau ikut sikit perkembangan semasa yang berlaku kat kolej ni,” hujah Ida panjang lebar. “Eh, aku tak minta pun kau cerita rutin harian aku okay !” Ida mengeluh. “Aiman tu anak Da

Otak - Otak @ Melaka.

Image
assalammualaikum & selamat malam ^^, kalau sape2 yang selalu singgah sini mesti dah tau kan yang blog ni boleh dikatakan setiap hari mesti ada satu entri pasal makanan. dah owner dia kuat makan, so faham2 jela -.-' malam ni nak letak picture otak2 yang agak popular kat melaka. masa ni kalau tak silap kita orang makan kat area kota laksamana. kiranya otak2 ni menu yang wajib aku makan kalau aku nampak kat kedai tu ada jual. tak boleh layan sangat nafsu makan ni. okaylah, bye! p/s - mula2 dulu aku ingat otak2 tu memang otak udang ke, tapi tekaan aku salah sama sekali T_T

BEN ASHAARI REDAH BLOG BARU JER

Image
assalammualaikum & hi~ sekali lagi aku menJOINkan diri dengan segmen abang ben kita ni. sapa nak join sila klik SINI.

Ayam Bakar Solo & Pisang Goreng Cheese!

Image
assalammualaikum & selamat berhujung minggu ^^ semalam langsung tak sempat nak updated blog sebab pagi sibuk jadi suri rumah yang berjaya -.-' biasalahkan, dah aku ni dilahirkan sebagai seorang gadis yang rajin. jadi pagi2 dihabiskan dengan basuh baju, sidai baju, sapu sampah, berleter dengan anak buah dan masak. *statement yang cukup untuk jadi seorang suri rumah kan T_T ~nasi ayam bakar solo *lebih kurang macam tu la nama dia* tapi, bila pukul 12 tengah hari. aku telah bertukar menjadi seorang gadis yang perlukan hiburan dan waktu santai bersama teman2. sebab dalam kul 12 tengah hari semalam my bff datang ambik aku. tapi sebelum tu kita orang perlu lunch supaya kegembiraan tidak terganggu dek kerana perut lapar -.-' jadi kita orang makan nasi ayam bakar solo bersama ice lemon tea . ~pisang goreng cheese! selepas makan dan bersuka - ria, sekali lagi kita orang menjamu selera. kiranya minum petang la. kali ni kita orang makan pisang goreng cheese! pehh! bukan main sedap lag

Tak Dapat Follow Lah Pulak!

assalammualaikum & selamat hari jumaat ^^ kenyang baru lepas makan mee sedap! mak ada buat nasi goreng tapi tekak aku meronta2 nak makan mee sedap jadi aku turutkan aje -.-' bila perut dah kenyang, hati pun senang nak berblog. dan aku nak sambung blogwalking kat sape2 yang dah join sengmen abang ben yang INI malam tadi. tapi...bila aku nak folo blog2 yang lain tetiba je tak boleh sebab ruangan follower tu tak ada macam yang pernah berlaku sebelum ni. hampas kelapa betul lah kan? jadi, aku mintak maaflah kalau aku lambat respon balik pada sapa2 yang dah folo tu. insyaAllah kalau dah okay nanti aku serbu balik ye :) p/s - korang ada masalah yang sama tak? ke aku sorang je T_T

BEN ASHAARI AJAK SERBU BLOG BARU.

Image
assalammualaikum & hi ^^, jom ramai - ramai join segmen ni. nak tau keterangan lanjut meh klik SINI.

Resepi Masak Tumis Kulit Tembikai Ala Sarawak.

Image
assalammualaikum & hi~ lama dah rasanya tak share pasal resepi. so, memandangkan petang tadi masak tumis kulit tembikai jadi aku kongsilah kat korang resepinya. tapi korang tau ke makan kulit tembikai ni??? rasa dia lebih kurang rasa labu air. kalau tak pernah rasa, cubalah rasa ye ^^, eh,masak dulu baru dapat rasa! bahan - bahannya : separuh kulit tembikai ( buang kulit keras kat bahagian luarnya dan dihiris sedikit nipis) semangkuk kecil udang 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih sedikit belacan 1 sudu kecil cili kisar. sedikit air garam (secukup rasa) serbuk perasa (kalau tak suka tak payah letak) sedikit minyak (untuk menumis) gambar kat atas ni rupa kulit tembikai tu. buang kulit keras or kulit yang kaler hijau tu dulu. lepas tu baru potong nipis. cara membuatnya : tumbuk bawang merah, bawang putih & belacan. panaskan minyak. lepas tu masukkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi. masukkan sekali cili kisar. selepas bahan2 sedikit garing, masukkan air. setelah air mendidih ma

Dua Hari Tak Berblog T_T

Image
assalammualaikum & selamat pagi ^^ sebenarnya dah dua hari tak bukak blog sebab line internet sungguh menguji tahap kesabaran aku yang senantiasa sabar ni -.-' bila aku buat2 nak berpaling tadah tetiba je dia elok. tau pun takut! ops! lupa pulak.. alhamdulillah (: ~makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan~ *tetiba je* tapi dua hari ni aku memang sibuk sikit sebab teman mak pegi appointment kat hospital. isnin lepas pukul 8am dan semalam pukul 2pm. alhamdulillah mak dah semakin okay, dan cuma perlu membuat pemeriksaan susulan. jadi, korang semua jagalah kesihatan baik2. langkah utama yang perlu kita ikut adalah ambik sarapan. contohnya macam lontong kat gambar atas tu. jangan skip sarapan tau. okaylah, bye! p/s - korang sarapan apa pagi ni??

Hargai Hujung Minggu Anda!

assalammualaikum & selamat pagi~ sebelum tu takziah buat mangsa - mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak - Anak Yatim & Anak - Anak Hidayah Madrasah Al Taqwa. Al - Fatihah.. baiklah, berbalik pada entri kita kali ni aku nak tanya hari ni korang nak pergi mana? mesti ada yang nak pergi keluarg tengok wayang kan? tak pun duduk kat rumah bersama keluarga tersayang. tak kisahlah sama ada kita keluar ataupun duduk kat rumah tapi kita kena hargailah hujung minggu kita sebaik mungkin. janganlah sibuk memanjang sangat. pada yang memang shift kerja dia kena hujung minggu tu lain ceritalah kan? okaylah, bye! p/s - terasa nak makan nasi minyak lah pulak! tapi tak ada jemputan kahwin lak hari ni. kena tunggu minggu depan lagi la jawapannya T_T

Tips Cucian Rambut Dengan Berkesan.

Image
assalammualaikum & helo! ~miss google~ Hari ni nak bagi tips la, berkaitan dengan mahkota wanita iaitu rambut. Kadang2 kita ni ambik mudah je bila nak cuci rambut. Asalkan dah pakai syampu dan perapi kiranya itu dah cukup tapi sebenarnya tak. Bawah ni antara tips cucian rambut yang berkesan. Ambik masa yang lama sikit bila mencuci rambut. Bukan apa ni bagi memastikan seluruh pelosok kulit rambut tu dapat khasiat daripada cucian kita tu. Gunakan syampu dengan anggaran satu sudu sederhana besar. Tak tau nak anggar macam mana korang sukat guna sudu je! Pastu urut perlahan2, picit sikit kepala tu supaya ia memperbaiki perjalanan darah dan meransang pertumbuhan rambut baru. Gunakan perapi setelah bersyampu. Sebab perapi ni bertindak sebagai pelindung rambut daripada kerosakan. Jadi,itulah antara tips yang perlu kita amalkan bersama. Erm, aku ni sekadar kongsi apa yang aku baca kat Majalah Remaja (Edisi 1 Jan 2006) . Sapa2 yang dah tau tu aku ingatkan bal