Resepi Masak Tumis Kulit Tembikai Ala Sarawak.

assalammualaikum & hi~


lama dah rasanya tak share pasal resepi. so, memandangkan petang tadi masak tumis kulit tembikai jadi aku kongsilah kat korang resepinya. tapi korang tau ke makan kulit tembikai ni???
rasa dia lebih kurang rasa labu air. kalau tak pernah rasa, cubalah rasa ye ^^, eh,masak dulu baru dapat rasa!



bahan - bahannya :

separuh kulit tembikai ( buang kulit keras kat bahagian luarnya dan dihiris sedikit nipis)
semangkuk kecil udang
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit belacan
1 sudu kecil cili kisar.
sedikit air
garam (secukup rasa)
serbuk perasa (kalau tak suka tak payah letak)
sedikit minyak (untuk menumis)





gambar kat atas ni rupa kulit tembikai tu. buang kulit keras or kulit yang kaler hijau tu dulu. lepas tu baru potong nipis.



cara membuatnya :


tumbuk bawang merah, bawang putih & belacan. panaskan minyak. lepas tu masukkan bahan2 yang dah ditumbuk tadi. masukkan sekali cili kisar. selepas bahan2 sedikit garing, masukkan air. setelah air mendidih masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. akhir sekali masukkan udang dan kulit tembikai. biarkan sehingga masak. dan lepas tu makan sehingga kenyang!


p/s - sesekali tukar selera best jugak (:


Comments

sedihnya .. fyezah tak tau pon yang kulit tembikai boleh makan .. lol .. hee.. now dah tau :)
kathy said…
boleh makan la syg..hehehe..
anismelon said…
sedap ke??xpnh dgr pon..tau tau lepas makan tembikai buang je kulit..weee
kathy said…
sedap..rasa labu air ^^,

Popular posts from this blog

Pantun Nak Mintak Duit Raya.

Seks Itu Keperluan Lelaki.???

Midin VS Pucuk Paku.