klik sekali~

Monday, May 30, 2011

Benci Bernoktahkan Cinta. (Cerpen - Part 5)

~ baca dulu part 1 kat SINI, part 2 kat SINI, part 3 kat SINI & part 4 kat SINI~

Dari jauh aku dapat lihat kelibat Aiman dengan dua orang rakannya. Ingin saja aku berpatah balik namun hasratku mati apabila mereka bertiga sudah begitu hampir denganku.

“Beri laluan, beri laluan,” terdengar suara Aiman menyindirku. Langkahku mati dengan sendirinya.

“Jangan nak sindir – sindir!” kataku sedikit keras. Aiman menghampiriku dan berdiri betul – betul dibelakangku. Kedua – dua temannya sudah pun meninggalkan kami berdua.

“Tak boleh ke kalau cakap tu lembut sikit?” bisiknya hampir ditelingaku. Aku tersentak dan tanpa disengaja aku tertoleh ke belakang dan dahiku terkena bibirnya. Aiman mengaduh kesakitan. Padan muka! Kutukku di dalam hati. Aku terus melangkah meninggalkan Aiman yang masih menahan kesakitan.

“Eh awak!!” jerit Aiman kuat. Aku berpaling. Kelihatan dia berlari menghampiriku. Ada apa lagi ni?

“Awak ni tak tahu nak minta maaf ke? Dah lah hari tu langgar saya, hari ni cederakan bibir saya pulak tu!”

“Padan muka awak! Itu belum awak makan penampar saya lagi!” kataku dengan berani. Hampir terbeliak mata Aiman mendengar kelancangan mulutku.

So, awak tak nak minta maaf lah ni?”

“Tak!!” jawabku pantas berlalu.

~bersambung~

2 comments:

aLeesYa's Mummy said...

sukaa...mmg best.
x sabar tgu next episode

Kathy Tuah said...

errr..yeke? apa2 pun tq.. saje suka2 buat citer mcm ni.. heee~