klik sekali~

Tuesday, May 3, 2011

Kenapa Aku Tak Kahwin Lagi??

assalammualaikum & selamat malam~


jap tadi keluar ngan mak sebab nak beli barang dapur sikit. dan masa tengah dok belek - belek barang tiba2 sepupu aku tegur. so kita orang pun sembang kejap sebab lama giler aku tak jumpa dia. masa dia kahwin aku masih study kat Melaka lagi tapi bila jumpa tadi anak dia dah 2 orang. sorang laki sorang pempuan. yang sulung dah masuk tadika pun. bayangkan berapa lama dah aku tak jumpa dia -.-' lagipun beza umur aku dengan dia, aku muda setahun je pun dari dia.


tiba2 je dia bukak topik pasal kahwin. yela, adik beradik aku yang lain sume dah kahwin & sume dah ada anak pun. aku je tak kahwin- kahwin lagi. so, sepupu aku pun tanya la bila lagi turn aku naik pelamin. aku rasa dah banyak kali gak aku nak pelamin sebab bila ada kenduri kahwin mesti sibuk ambik gambar dengan pengantin T_T tapi tak kan aku nak jawab macam tu dengan sepupu aku kan? heeeee~ aku jawab je la tak lama lagi *bukan main confident je statement aku tu*


IKLAN *sudut belajar Bahasa Sarawak - pengilan = kenduri*


tapi sebenarnya aku memang nak kahwin!! *mode - gatal* hahaha.. tak adalah, kalau dah sampai seruNYA insyaAllah, ada la aku jemput nanti. lagipun kita ni kan perempuan, so kena la tunggu pihak lelaki. tapi kalau dengan cik abang sayang aku tu alhamdulillah dari nenek sampai ke anak buah aku sume suka kat dia :')


jadi tak ada alasan sangat pun kenapa aku tak kahwin lagi. sekarang ni makin ramai perempuan yang kahwin lambat kan? tapi kalau boleh aku tak nak la lambat sangat, bukan apa aku nak cepat2 dapat baby. *jauh betul dah aku ni berangan -.-' apa2 pun aku harap jodoh aku dengan cik abang sayang berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan sampai bila2. amin!


p/s - nak phone cik abang sayang la, nak tanya bila nak masuk meminang!

6 comments:

mcm ni lah said...

ehem ehemm kene cepat2 tu jgn tunggu lama2 tau

cik riffa :) said...

whoaaaaa~
kak,pjalanan sy masih jauh..
nanti dah tiba masa nak gak post entry cenggini
*erk.mood gatal akak dah absorbed dalam kepala sy lah -,-
HHE.jemput tau!
:))

OreO HitaM said...

Ella ratu pun tak kawen lg..chill!!

Kathy Tuah said...

mcm ni lah - *blushing* hahaha~

cik riffa - ops! adik akak ni kene hbskan study dulu tau..heeee~ insyaAllah nanti akak jemput ^^.

Kathy Tuah said...

oreo hitam - chill!! hihihi~

Arif Azmi said...

Kalau jodoh tak kemana.. ^^... Lagipun memang dunia sekarang tak semestinya kahwin awal kan?

Newest entry, do drop by. ;) Facebook Page!