Posts

Showing posts from May, 2015

Canopy Walkway/Jambatan Atas Pokok di Poring Hot Spring.

Image
masih berkisar di sabah. cerita tahun lepas. dan canopy walkway ni antara tempat yang aku nak sangat2 pergi. tak taulah kenapa aku semangat sangat nak naik jambatan kecik tergantung atas pokok tu. canopy walkway ni dalam Poring Hot Spring jugak. cuma kena jalan sikit. bayar lagi. tapi taklah mahal sangat.  ambik gambar dulu. banyakkan tempat2 yang ada kat sini. tapi misi utama kita canopy walkway yeyyyy!  nampak tak atas tu. situlah check point kita~ kena bayar RM3 dan kamera pun kena bayar tapi tak ingat berapa T_T tapi diingatkan siapa yang ada masalah sakit jantung, gayat dan darah tinggi--diminta fikir 378824629 kali nak ke tempat ni.  aku ingatkan lepas bayar teruslah ada jambatan tu tapiiiii~ indah khabar dari rupa. rupa2nya kena jalan naik bukit sampai satu saat aku give up! serius. baru naik sini, kalau naik gunung kinabalu mahu pengsan di kaki bukit aku dibuatnya. stamina takde langsung huh!  nasib baik suasana dia tena

Resepi Pisang Goreng Rangup dan Resepi Sambal Kicap.

Image
aku dengan encik suami penggemar pisang goreng. tapi kalau boleh biarlah pisang tu kami sendiri yang goreng untuk dijadikan pisang goreng ;p kalau beli di kedai, macam2 rasa akan dijumpa. keras tahap liat. tepung lebih semata. pisang sebesar jari kelengkeng. dan paling tak best bila pisang goreng ni sejukkk~ satu lagi pisang yang dah lembik sebab terlebih masakk~ pisang yang paling kita orang suka ialah pisang nipah. atau pisang kepok padah orang sarawak ;D kalau pisang lain kurenggg sikit rasanya. jadi~untuk mencapai tahap kesedapan di tekak kami laki bini, buat sendiri adalah keputusan yang bijak. akukan suka makan pisang goreng, bila dah suka haruslah semangat nak buat. apatah lagi encik suami suka jugak, kan dapat pahala tu :')  dan ini resepi daripada mak aku, campur dengan hasil carian di google. maka terhasillah resepi pisang goreng ni. masak ni pandai2 kita adjust. biar kena selera kita. kita yang nak makan kan?  resepi pisang goreng.  tepun

Poring Hot Spring (Tempat Menarik Di Ranau, Sabah)

Image
selepas bermalam di ranau, esoknya sebelum check out aku dengan encik suami ke Poring Hot Spring. tak jauh sangat dari pekan ranau. awal2 pagi dah terpacak kat sana. bayar RM3 kalau tak silap. tapi kalau kita dah pergi Kinabalu Park, kita tak perlu bayar untuk masuk sini. kiranya tiket Kinabalu Park valid kat sini untuk satu hari sahaja. aku dengan encik suami dah pergi semalamnya jadi terpaksalah beli tiket lagi. oh ye, ni kisah tahun lepas -.-' jambatan yang kucing tu lalu jambatan lama rasanya. sebab yang kita orang lalu jambatan konkrit. masa ni orang tak ramai lagipun. sunyi. tenang dan mendamaikan :)  kat sini banyak tempat boleh teroka. tapi aku dengan encik suami memilih untuk ke kolam air panas dengan jambatan atas pokok.  tengokkk~ betapa awalnya kami sampai hingga takde orang pun hehehe. mulalah mencari port yang best untuk merendamkan kaki. tak mandi pun walaupun masa ni kita orang memang tak mandi lagi kahkahkah~ memanda

Pagi Di Kundasang.

Image
kundasang. sinonim dengan puncak gunung kinabalu. kalau nak datang sini pastikan masanya tepat sebab kadang2 kau takkan bertemu dengan puncak gunung kinabalu yang amat2 cantik! paling cantik pada waktu pagi dan kadang kala waktu petang. gambar atas ni diambil pada awal pagi, hari kedua (tahun lepas punya cerita ye, sekitar june 2014) .kan kita orang stay di kiram village, jadi pagi tu ambik masa jalan2 kat kawasan sekitar. bila berada di kundasang ni mood honeymoon memang naik mendadaklah ;p sebab cuacanya yang dingin mendamaikan :)  masa kat sana, abang aku sentiasa wassap kita orang. bagitau dekat mana view yang cantik2. dia dah banyak kali ke sini, jadi dia agak expert lah berbanding kami berdua~ katanya dekat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, ada Mount Kinabalu View. maka gigihlah laki bini ni ke situ. seperti gambar tertera kat atas tu :) nampak tak puncak kinabalu hampir2 diselimuti dek awan? laju2 suruh encik suami posing ;p masa ni a

Resepi Umai Obor - Obor.

Image
obor-obor. tak semua orang tahu yang obor-obor ni boleh dimakan. sebenarnya obor-obor boleh je dimakan tapi yang selalu aku makan versi yang dah dimasin atau dijeruk lah ya. bukan yang fresh tu. kata abang ipar aku, obor-obor ni kalau kita tak ada skill nak tangkap dia boleh buat kita gatal~  RESEPI UMAI OBOR - OBOR.  bahan- bahannya :) obor-obor yang dah dimasin atau dijeruk (rendam dalam sejam untuk buang rasa masin sikit dan potong kecik2 tapi masa aku buat tak sampai setengah jam pun aku rendam)  bawang besar potong kecik2 jugak. nak potong dadu pun boleh.  cili padi ke cili besar ke, apa2 jenis cililah harus jugak dipotong2.  limau kasturi diambik jusnya. ikutlah banyak mana kau nak rasa masam.  garam dan serbuk perasa secukup rasa. garam jangan letak banyak sangat sebab obor-obor tu dah masin.  cara membuatnya :) campak semua bahan2 dalam mangkuk. kacau rata. rasa sikit. kalau tak cukup pedas tambah cili, adjust lah rasa dia tu i

Tagal, Sg.Moroli (Tempat Menarik Di Ranau, Sabah)

Image
di ranau, sungai moroli ni antara yang jadi tumpuan. antara tempat yang harus dilawati bila dah sampai ke sini. 'tagal' ni kalau tak silap maksudnya tak boleh menangkap ikan dan sebarang kehidupan yang ada dalam sungai. kiranya tagal ni merupakan satu sistem untuk melindungi kehidupan dalam air.  tempat ikan ni memang pilihan encik suami. dia suka kalau ada benda2 macam ni. oh ya, masuk sini kena bayaran RM5 seorang kalau tak silap. camera pun bayar. pastu ada jual keropok ikan. bayar RM5 tu untuk basah2kan kaki je tau. kalau nak basahkan seluruh badan atau lebih tepat mandi, kena bayar dalam RM10 macam tu. lepas tu dia ada masa2 dia je. tak boleh kau duduk lama2 kat situ. tu masa aku pegilah. yalah sebab time tu, cuti sekolah (bulan 6 tahun 2014), beratur je orang tunggu turn nak masuk.  aku suruh encik suami dulu try. dia cakap geliiiii~ hahaha aku yang tak masuk dalam air tu je dah rasa geli dia macam mana. ada tak ikan yang kaler hitam dan besar tu

Desa Cattle (Tempat Menarik Di Kundasang, Sabah)

Image
masa stay di Kiram Village , setiap kali nak turun ke pekan kundasang, pasti akan lalu Desa Cattle ni. kalau view cantik, puncak gunung kinabalu nampak, pasti aku dengan encik suami singgah sekejap. tak masuk. tapi tengok dari luar je. demi tuhan, lukisan alam yang Allah bentangkan depan mata terlalu mengasyikkan..  salah satu pemandangan yang kami lihat. kalau tengok real, subhannallah.. sangat2 cantik :') ni dari luar pagar Desa Cattle. plan nak masuk sini petang2. nak tengok orang perah susu lembu.  masuk Desa Cattle ni kalau tak silap bayar RM4 (tahun 2014) untuk orang dewasa. kanak2 RM3. tempat nilah yang paling aku excited nak ajak encik suami masuk. walaupun aku pernah dua kali ke sini dan kali ini yang ketiga, tapi aku sangat2 teruja nak masuk sini lagi dan lagi. sinilah view yang paling cantik di kundasang--bagi akulah :) pergi masa cuti sekolah, haruslah ramai gilaaa orang~ masa ni awan dah berarak mendung. laju2 ajak encik suami ma

Penginapan di Ranau, Sabah.

Image
entry honeymoon katanya. tapi tahun lepas punya baru nak cerita tahun ni. dah nak first anniversary kut -.-' but sokayyy, kita updated pelan2. 4 hari 3 malam kut kat sabah. mahu tak banyak entry nak dimasukkan. mohon diri ini tabah dalam menaikkan entri baru walaupun cerita lama. heh!  untuk makluman sekali lagi. honeymoon kami ni bukanlah honeymoon yang betul2 honeymoon siap hotel lima bintang--bunga bertaburan atas tilam mahupun ada candle light dinner bagai. tak. check in pun hotel bajet. walk in aje pun. tapi dah nama pun honeymoon, hotel bajet rasa macam di syurga kahkahkah kalau malam pertama kita orang stay di Kundasang, malam kedua pula kita orang stay di Ranau. sebelum merayau, kita orang cari dulu hotel. jumpa Sabah Baru View Lodge ni. alhamdulillah. hotelnya bersih dan selesa.  semalam tak sampai seratus ringgit kut. lupa. dah nak setahun kan? hehe. tapi memang murahlah. pagi2 lepak kat beranda. bancuh kop

Makan Seafood Di TOP SPOT Kuching.

Image
baru2 ni aku dengan encik suami balik kuching. ya. baru2 ni. maksudnya ini entry yang agak latest lah ;p kisah di sabah kita tinggalkan kejap. sebenarnya balik bertujuan. ada kenduri sikit kat kampung. tiket MAS time tu pun murah. dalam RM400 lebih sikit pegi balik untuk 2 orang. tapi beli awallah. hujung tahun lepas aku dah beli. guna duit royalti novel *motippp nak sebut pasal duit royalti?yelah, kita ni housewife dipandang orangkan? manalah ada duit (baca dengan nada sinis)*  makanan yang macam mangkuk tu oyster pancake. sedap tau! gambar ketiga tu *ikut putaran arah jam*, gambar puan kakak, puan emak dan encik bapak. encik bapak tak suka guna wheelchair sebenarnya tapi kat sini terpaksalah minta dia guna jugak. sebab nak naik lift kan :') baiklah. tinggalkan nada2 yang kurang enak itu. berbalik pada topik kat atas, kami sekeluarga sempatlah makan beramai2 kat top spot. kedai no 25, bukit mata. kalau datang kuching silalah makan kat sini. seafood nya murahhhh