Resepi Pisang Goreng Rangup dan Resepi Sambal Kicap.


aku dengan encik suami penggemar pisang goreng. tapi kalau boleh biarlah pisang tu kami sendiri yang goreng untuk dijadikan pisang goreng ;p kalau beli di kedai, macam2 rasa akan dijumpa. keras tahap liat. tepung lebih semata. pisang sebesar jari kelengkeng. dan paling tak best bila pisang goreng ni sejukkk~ satu lagi pisang yang dah lembik sebab terlebih masakk~


pisang yang paling kita orang suka ialah pisang nipah. atau pisang kepok padah orang sarawak ;D kalau pisang lain kurenggg sikit rasanya. jadi~untuk mencapai tahap kesedapan di tekak kami laki bini, buat sendiri adalah keputusan yang bijak. akukan suka makan pisang goreng, bila dah suka haruslah semangat nak buat. apatah lagi encik suami suka jugak, kan dapat pahala tu :') 







dan ini resepi daripada mak aku, campur dengan hasil carian di google. maka terhasillah resepi pisang goreng ni. masak ni pandai2 kita adjust. biar kena selera kita. kita yang nak makan kan? 


resepi pisang goreng. 


tepung beras, tepung gandum, air sikit dan garam~ kacau sebati. pastikan kuantiti tepung beras lebih banyak daripada tepung gandum. contoh, kalau kau guna dua cawan tepung beras, tepung gandum letak dalam secawan macam tu. dah sebati, masukkan sikit pewarna warna kuning. ada yang letak serbuk kunyit pun boleh, tapi aku memang guna pewarna. 



panaskan minyak. dah minyak panas - cedok dalam sesenduk minyak panas tadi pastu masukkan ke dalam adunan tepung yang dah sebati tu. kacau2 sampai sebati jugak. lepas tu bolehlah celup pisang dalam adunan tadi dan goreng tanpa lupa baca bismillah dulu :) pisang tu kulit dia buang dulu. belah dua. tapi kalau kau rasa kau nak goreng dengan kulitnya sekali, pun bolehhhh~ sebab yang makannya kauu. 



resepi sambal kicap pisang goreng


masukkan cili padi ikut banyak mana kau suka pedas, seulas bawang putih dan sedikit gula dalam lesung batu. tumbuk lumat. dah lumat keluarkan daripada lesung batu, masukkan dalam bekas. simbah dengan kicap manis ikut suka kau nak banyak mana, kacau bagi sebati. siap! pada yang nak letak perahan jus limau pun boleh tapi aku tak suka letak. 


sedapnya makan masa minum petang. pisang goreng panas2. rangup pulak tu. cicah pulak dengan sambal kicap pedas manis tu. pergghhh! nang nyaman bah! ;p



p/s : aku selalu ingatkan, masakan kita~resepi kita berbeza walaupun kita tinggal di negara yang sama. kau tak boleh nak kompelen resepi aku salah kalau kau belum rasa. kalau tak sedap sekalipun, mungkin sebab kau tak biasa dengan resepi aku. atau sebab citarasa kita berbeza. macam yang kau masak, belum tentu sedap di tekak aku jugak. ingattttt tu~ 




Comments

Ann Ishak said…
pesanan terakhir tu memang menikam sukma...i lokeee
Cikna said…
Pisang goreng panas+kopi o fuhhh menangkap....;-)

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.