Posts

Showing posts from 2012

Entri Penutup Tahun 2012.

Image
Assalammualaikum.. Hari ni last day untuk tahun 2012. Esok dah 2013 # 2013, please be nice!  Azam 2013? Hurm, azam 2013 telah diputuskan untuk tidak dikhabarkan kepada sesiapa. Muktamad! # macamlah ada orang nak tahu azam dia Huhu~ Setelah melalui tahun 2012 ~ aku bersyukur sangat sebab aku takde ditimpa sebarang kesakitan yang serius. Demam pun takde # alhamdulillah :')  Family pun semua dalam keadaan baik walaupun di penghujung tahun ni macam - macam perkara terjadi, tapi syukur sangat sebab family masih lagi macam dulu. Dalam pekerjaan pula masih macam biasa. Tiada beza. Cuma boss jarang dah ajak pegi testing.  Tak dapat nak jalan - jalan -.-' Bidang penulisan pulak walaupun baru setahun bertapak dalam bidang ni, tapi dah rasa pahit - manisnya.  Kenangan manis bila dapat pegang novel sendiri dan ia berlaku masa di PBAKL 2012.  Thank you Karyaseni atas peluang yang diberi :') Penghujung tahun 2012 ni dah serahkan manuskrip untuk novel ke

Janggut Duyung

Image
Assalammualaikum.. Aku ni suka try makanan yang pelik - pelik. Tapi kalau janggut duyung ni takdelah pelik sangat kut sebab masa kecik lagi aku dah reti makan benda ni :') Sebenarnya istilah janggut duyung ni istilah orang Sarawak # err.. aku tak sure sama ada tempat - tempat lain di Sarawak panggil janggut duyung jugak ke apa. Tapi kalau nak bagi korang senang faham dan tahu, janggut duyung ni adalah rumpai laut. Cer tengok gambar kat bawah ni.. "sayalah janggut duyung =D" Nilah janggut duyung a.k.a rumpai laut tu. Masa balik kampung hari tu abang ipar aku ada bawak balik sebab dekat sangkar ikan family dia ada tumbuh janggut duyung ni # tumbuh? hurm.. Kalau nak makan dia kena celur dulu kejap ~ toskan. Pastu buat sambal belacan ~ perah limau ~ letak garam & gula sikit ~ pastu baru gaul dalam janggut duyung yang dah di celur tadi. SIAP!    Janggut duyung yang dah digaul dengan sambal belacan :p~ Sedap makan dengan nasi panas - panas!

Wedding Bff.

Image
Assalammualaikum~ Hari tu bff aku kawen. Aku balik Kuching pun sebab nak attend majlis dia. Perak ke Kuching okey, jadi jelas nampak kesungguhan aku merentas laut yang terbentang luas dengan berenang gaya kuak lentang untuk sampai ke Kuching. # Tipu. Aku pergi dengan sorang lagi bff aku yang namanya Shila. Anak buah aku Ina pun aku ajak sekali. Sabtu tu majlis akad nikah. Sekali lafaz je dah Cik Emi bertukar status kepada Puan Emi :') Citer panjang pun tak guna kan? Meh, kita layan gambar PERHATIAN! Gambar pengantin lebih sedikit daripada gambar 'bakal pengantin' # eh ;p Gambar kat atas ni hari sabtu ~ majlis akad nikah. Aku dengan Shila asyik duk ralit tengok baju akad nikah emi yang kaler putih tu. Siyes cantik tahap nak meninggal okey! Lepas akad nikah settle, emi tukar baju pulak ~ baju jawa dan baju cina. Atas ni baju jawa # kalau tak silap. Gambar yang posing kat kereta tu gambar out door ~ hari ahad lepas majlis bersanding. Yang gambar

Resepi Cotton Soft Japanese Cheesecake

Image
Assalammualaikum.. Balik kampung tanpa aktiviti baking - membaking memang tak sah. Jadi kek pilihan kali ini adalah Cotton Soft Japanese Cheesecake! # nama dia aje dah menunjukkan betapa sedapnya kek ni. Eceh~ Resepi kek ni aku dapat dari SINI. Tapi aku lampirkan sekali lagi sebab aku nyatakan sekali brand bahan - bahan yang aku guna. Bahan-bahan ( 8-inci )  Bahan A: 250g cream cheese (aku guna brand Philadelphia) 50g butter (aku guna brand buttercup) 100 ml susu segar (fresh milk) ~ (aku guna dutch lady) 6 biji kuning telur 1 sdb jus lemon 1/4 sdk garam 60g tepung kek / tepung superfine (aku guna Self - Raising Flour – brand Blue Key) 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)                Bahan B: 140g gula (granulated sugar) 6 biji putih telur 3/4 sdk jus lemon Cara-cara Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm

Blog Diupdated!

Image
Assalammualaikum! Yehuu~ I'm back! Wah, bajet ada orang duk tunggu dia Haha. Line kat kampung amat mencabar jiwa dan raga, okey! Sudahlah anak buah siap buat turn nak main game. Nak tak nak terpaksalah sesi bersiaran langsung dari kampung dibekukan. Kegembiraan anak buah adalah kegembiraan saya jugak. # Tetiba :p Kat bawah ni gambar pengenalan sepanjang cuti aku Hihi.  * baru pengenalan tau. nanti aku masukkan part isi dan kuku dia Kehkehkeh* with my bff shila ^^ p/s - nak melawat rakan bloglist dan jiran tetangga yang lain. sila sediakan minuman dan makanan ya tuan puan (^^,)

Mood Balik Kampung :)

Assalammualaikum.. Esok akan terbang balik ke Kuching! Yeah!! Serius tak sabar nak balik sebab abang yang kat Miri pun akan balik. Kiranya suma akan berkumpul nanti. Rindu dengan keluarga dan rindu dengan kenakalan anak - anak buah. Haha. Sebenarnya aku plan balik hujung tahun, cuti krismas sampai new year tapi kawan baik aku kahwin awal bulan ni. Pastu abang aku yang kat miri tu pun cakap balik hujung bulan 11 ni so aku pun terus booking tiket balik jumaat ni. Lagipun aku tak peluk cium lagi anak kedua abang aku yang kat miri tu sebab kakak ipar bersalin dan berpantang kat sana. Oh ye, dengar citer baby yang masuk 4 bulan tu dah tumbuh gigi. Kemain laju lagi. Mak pun cakap kat sana durian dah mula gugur. Walaupun kat perak ni aku asyik makan durian tapi best lagi kalau kutip sendiri dekat kebun. Lepas tu makan berebut - rebut dengan anak buah. Hesy, makin tak sabar lak nak balik dah ni! p/s - paling malas part mengemas barang..rasa macam nak bawak sume

Teringin.

Image
Assalammualaikum.. Hari tu aku teringin sangat nak makan steamboat. Kalau boleh nak yang buffet. Tapi kat ipoh ni aku tak tau mana nak carik jadi pegi jelah dekat Johnny's Restaurant. Johnny's Restaurant kat Jusco Kinta City kecik sangat. Kalau orang ramai memang tak berapa nak selesa. Dahlah kita still duduk minum lagi dia leh lap - lap meja. Memanglah masa tu dah habis makan, cuma nak habiskan air je tapi janganlah kau macam nampak sangat nak suruh kita orang cepat pegi dari situ -.-' Mentang - mentanglah masa tu ramai orang yang tengah tunggu seat kosong. Yelah, hujung minggu kan, mahu tak ramai orang. Yang atas ni menu pilihan dia. Dia cakap nampak macam menarik je gambar dekat menu. Bila dah rasa, ermm..boleh tahan. Lagi - lagi part daging tu. Sedap! Aku pulak memang awal - awal dah minta steamboat yang Set B. Cukuplah untuk makan 2 orang. Itu pun aku mintak tambah meatball. Tak lengkap rasanya kalau makan steamboat ta

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum.. Alhamdulillah sebab kita masih diberi ruang untuk menikmati 1 Muharam 1434H. Pejam celik pejam celik dah tahun barukan? Memang benar kata orang 'masa takkan menunggu kita'. Petang tadi terfikir jugak, apa yang dah aku lakukan sepanjang tahun 1433H ni? Adakah lebih baik daripada tahun sebelumnya? Atau sebaliknya? Tapi yang pasti ada 'sesuatu' yang telah aku dapat pada tahun 1433H. Sesuatu yang memang tidak dijangka dan jauh sekali untuk digapai. Tapi kuasa Allah, alhamdulillah, aku dapat jugak. Terima kasih Allah! Jadi, di permulaan tahun baru ni, aku mohon maaf andai sepanjang kita kenal dalam dunia berblog ni, ada entri atau komen aku yang menyentap perasaan korang ke, apa ke.. Manalah tahukan? Hihi. Apa2 pun, semoga tahun baru kita 1434H dipenuhi ketenangan dan barakahNYA..amin..  

Selamat Hari Lahir, Mak!

Image
Assalammualaikum.. Alhamdulillah, hari ini 12 November 2012 dan merupakan tarikh lahir emak. Hari ni, genablah umur mak, 59 tahun :') Pagi tadi dah call mak. Mak sendiri lupa hari ni birthday dia sampaikan bila cucu - cucu dia wish happy birthday, mak siap tanya lagi birthday siapa? Hihi. Mak cakap pukul 6:30 pagi cucu - cucu  dah muncul depan rumah. Hadiah yang dorang bagi kat mak ialah kad hari jadi yang dibuat sendiri dan chewing gum -.-'  mak dan bapak bersama dengan anak kakak - time ni dorang bercuti rumah abang kat miri ^^ Okey, hari ni re - post balik pasal entri ni. Aku rasa aku dah penah post dulu tapi malas lak nak cari balik. Huhu. Jom kita imbas kembali :) ************ Sume orang ada mak kan, tak kisah sama ada mak kita ada lagi atau dah menghadap Ilahi. Aku lak alhamdulillah sebab mak masih ada. Bapak pun masih ada. Syukur sangat. Tapi hari ni aku nak buat entri khas buat mak aku. sebab mak aku ni special sangat.  Okay,

Mee Jawa.

Image
Assalammualaikum.. Mee jawa antara mee kegemaran aku. Dan gambar kat atas ni, hasil gigih belajar daripada puan emak. Kalau nak makan mee ni, aku suka kuah dia banjir. Sedap gila! Bukan giler lagi tau tapi gila! Haha. Kuah dia terasa manis ubi keledeknya tu. Kalau kat Sarawak ubi keledek kita orang panggil KERIBANG!  Tapi ada yang panggil ni mee rebus - mee kuah - mee kari. Yelah, lain tempat lainlah panggilannya kut. Atau ada bahan - bahan yang tak sama yang buatkan namanya pun bertukar. Hurm. Mungkin. Cuma kalau pergi kat Sarawak, kalau sebut nak mee rebus, jangan terkejut pulak kalau dorang bagi mee sup! Kita orang kat belah sana panggil mee rebus = mee sup :) p/s - tak sabar dah nak balik Kuching!