klik sekali~

Friday, December 21, 2012

Wedding Bff.

Assalammualaikum~

Hari tu bff aku kawen.
Aku balik Kuching pun sebab nak attend majlis dia.
Perak ke Kuching okey, jadi jelas nampak kesungguhan aku merentas laut yang terbentang luas dengan berenang gaya kuak lentang untuk sampai ke Kuching. # Tipu.

Aku pergi dengan sorang lagi bff aku yang namanya Shila.
Anak buah aku Ina pun aku ajak sekali.
Sabtu tu majlis akad nikah.
Sekali lafaz je dah Cik Emi bertukar status kepada Puan Emi :')

Citer panjang pun tak guna kan?
Meh, kita layan gambar
PERHATIAN! Gambar pengantin lebih sedikit daripada gambar 'bakal pengantin' # eh ;p



Gambar kat atas ni hari sabtu ~ majlis akad nikah.
Aku dengan Shila asyik duk ralit tengok baju akad nikah emi yang kaler putih tu.
Siyes cantik tahap nak meninggal okey!
Lepas akad nikah settle, emi tukar baju pulak ~ baju jawa dan baju cina.
Atas ni baju jawa # kalau tak silap.




Gambar yang posing kat kereta tu gambar out door ~ hari ahad lepas majlis bersanding.
Yang gambar tiga kat bawah tu pulak merupakan penyeri majlis.
Kalau mereka berdua tak ada, tak lengkap je majlis tu # matilah statement Hihi.



Memandangkan aku suka hati pundi kencing je letak gambar, makanya adalah gambar berulang dan tidak ikut urutan -.-'
Okey, hantaran dari pihak perempuan kaler purple dan hantaran dari pihak lelaki kaler biru.
Jadi, sebelum kamera tu jatuh ke tangan suami emi, udin, maka lebih afdal kalau aku dan Shila posing guna kamera tu # sorry udin :-D




Nampak tak gambar amoi cantik kat atas ni?
Kalau orangnya dah cantik, pakai apa pun cantikkan?
Yang pakai tudung coklat tu anak buah aku, Ina.
Dan gambar bawah ni sekali, gambar emi dengan suami dan mak dia :')


buat emi dan udin ~ semoga kitak dua kekal bahagia sampei ke syurga. cepat - cepat kit ada baby k? mun honeymoon boh lupak meli ole - ole dengan kamek duak shila Haha. # sempat juak =D


lepas ni turn sapa pulak ye? hurm :)




3 comments:

ejulz said...

smoga pasangan bhagia hingga akhir hayat.. :)

aQu Mad said...

ujung taun tok rami orang nikah..

Ann Ishak said...

selamat pengantin baru, semoga cepat2 dapat anak ye :)