Janggut Duyung

Assalammualaikum..

Aku ni suka try makanan yang pelik - pelik.
Tapi kalau janggut duyung ni takdelah pelik sangat kut sebab masa kecik lagi aku dah reti makan benda ni :')
Sebenarnya istilah janggut duyung ni istilah orang Sarawak # err.. aku tak sure sama ada tempat - tempat lain di Sarawak panggil janggut duyung jugak ke apa.
Tapi kalau nak bagi korang senang faham dan tahu, janggut duyung ni adalah rumpai laut.
Cer tengok gambar kat bawah ni..


"sayalah janggut duyung =D"


Nilah janggut duyung a.k.a rumpai laut tu.
Masa balik kampung hari tu abang ipar aku ada bawak balik sebab dekat sangkar ikan family dia ada tumbuh janggut duyung ni # tumbuh? hurm..
Kalau nak makan dia kena celur dulu kejap ~ toskan.
Pastu buat sambal belacan ~ perah limau ~ letak garam & gula sikit ~ pastu baru gaul dalam janggut duyung yang dah di celur tadi. SIAP!



 
 Janggut duyung yang dah digaul dengan sambal belacan :p~


Sedap makan dengan nasi panas - panas!




Okey, yang atas ni pulak gambar rumpai laut versi buah anggur. Erk!
Yang ni aku makan masa kat Sabah.
Mula - mula ambik tu tak tau pulak yang ni macam rumpai laut.
Aku ambik sebab dia nampak comel Hewhewhew~
Tapi tetap sedap!


So korang ni pernah try tak?



Comments

aQu Mad said…
kenak diberik nama janggut duyung hehe
Salwa said…
Pernah. Pernah. Masa bercuti kat rumah kawan di Tawau. Dia bagi kami makan rumpai laut ni, yang anggur tu pun makan gak. Masin-masin sikit. Kat sana je ada kan. Hehe.
salam kenal darl :)

x pernah kmk mkn benda camtok. nyaman ka? :)
ejulz said…
x pandei kmk mkn ya.. hehe
Nieda ramly said…
kalau kat semenanjung ni susah nak dpt. tengok ajalah.
untung org tinggal tepi laut.
Cik Yatt said…
tek prnh...dgr nama pon 1st time ni..hehe
kmk pun x penah makan benda yaa.. nyaman x? rasa apa oo.. teringin juak kmk mok try..
yang macam buah anggur tu nampak sedap !! :D
Ann Ishak said…
rumpai laut versi buah anggur tu memang comel la
sedap.rase mcm telur oren yg selalu kat sushi tu.hehe.

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.