Posts

Showing posts from November, 2012

Mood Balik Kampung :)

Assalammualaikum.. Esok akan terbang balik ke Kuching! Yeah!! Serius tak sabar nak balik sebab abang yang kat Miri pun akan balik. Kiranya suma akan berkumpul nanti. Rindu dengan keluarga dan rindu dengan kenakalan anak - anak buah. Haha. Sebenarnya aku plan balik hujung tahun, cuti krismas sampai new year tapi kawan baik aku kahwin awal bulan ni. Pastu abang aku yang kat miri tu pun cakap balik hujung bulan 11 ni so aku pun terus booking tiket balik jumaat ni. Lagipun aku tak peluk cium lagi anak kedua abang aku yang kat miri tu sebab kakak ipar bersalin dan berpantang kat sana. Oh ye, dengar citer baby yang masuk 4 bulan tu dah tumbuh gigi. Kemain laju lagi. Mak pun cakap kat sana durian dah mula gugur. Walaupun kat perak ni aku asyik makan durian tapi best lagi kalau kutip sendiri dekat kebun. Lepas tu makan berebut - rebut dengan anak buah. Hesy, makin tak sabar lak nak balik dah ni! p/s - paling malas part mengemas barang..rasa macam nak bawak sume

Teringin.

Image
Assalammualaikum.. Hari tu aku teringin sangat nak makan steamboat. Kalau boleh nak yang buffet. Tapi kat ipoh ni aku tak tau mana nak carik jadi pegi jelah dekat Johnny's Restaurant. Johnny's Restaurant kat Jusco Kinta City kecik sangat. Kalau orang ramai memang tak berapa nak selesa. Dahlah kita still duduk minum lagi dia leh lap - lap meja. Memanglah masa tu dah habis makan, cuma nak habiskan air je tapi janganlah kau macam nampak sangat nak suruh kita orang cepat pegi dari situ -.-' Mentang - mentanglah masa tu ramai orang yang tengah tunggu seat kosong. Yelah, hujung minggu kan, mahu tak ramai orang. Yang atas ni menu pilihan dia. Dia cakap nampak macam menarik je gambar dekat menu. Bila dah rasa, ermm..boleh tahan. Lagi - lagi part daging tu. Sedap! Aku pulak memang awal - awal dah minta steamboat yang Set B. Cukuplah untuk makan 2 orang. Itu pun aku mintak tambah meatball. Tak lengkap rasanya kalau makan steamboat ta

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum.. Alhamdulillah sebab kita masih diberi ruang untuk menikmati 1 Muharam 1434H. Pejam celik pejam celik dah tahun barukan? Memang benar kata orang 'masa takkan menunggu kita'. Petang tadi terfikir jugak, apa yang dah aku lakukan sepanjang tahun 1433H ni? Adakah lebih baik daripada tahun sebelumnya? Atau sebaliknya? Tapi yang pasti ada 'sesuatu' yang telah aku dapat pada tahun 1433H. Sesuatu yang memang tidak dijangka dan jauh sekali untuk digapai. Tapi kuasa Allah, alhamdulillah, aku dapat jugak. Terima kasih Allah! Jadi, di permulaan tahun baru ni, aku mohon maaf andai sepanjang kita kenal dalam dunia berblog ni, ada entri atau komen aku yang menyentap perasaan korang ke, apa ke.. Manalah tahukan? Hihi. Apa2 pun, semoga tahun baru kita 1434H dipenuhi ketenangan dan barakahNYA..amin..  

Selamat Hari Lahir, Mak!

Image
Assalammualaikum.. Alhamdulillah, hari ini 12 November 2012 dan merupakan tarikh lahir emak. Hari ni, genablah umur mak, 59 tahun :') Pagi tadi dah call mak. Mak sendiri lupa hari ni birthday dia sampaikan bila cucu - cucu dia wish happy birthday, mak siap tanya lagi birthday siapa? Hihi. Mak cakap pukul 6:30 pagi cucu - cucu  dah muncul depan rumah. Hadiah yang dorang bagi kat mak ialah kad hari jadi yang dibuat sendiri dan chewing gum -.-'  mak dan bapak bersama dengan anak kakak - time ni dorang bercuti rumah abang kat miri ^^ Okey, hari ni re - post balik pasal entri ni. Aku rasa aku dah penah post dulu tapi malas lak nak cari balik. Huhu. Jom kita imbas kembali :) ************ Sume orang ada mak kan, tak kisah sama ada mak kita ada lagi atau dah menghadap Ilahi. Aku lak alhamdulillah sebab mak masih ada. Bapak pun masih ada. Syukur sangat. Tapi hari ni aku nak buat entri khas buat mak aku. sebab mak aku ni special sangat.  Okay,

Mee Jawa.

Image
Assalammualaikum.. Mee jawa antara mee kegemaran aku. Dan gambar kat atas ni, hasil gigih belajar daripada puan emak. Kalau nak makan mee ni, aku suka kuah dia banjir. Sedap gila! Bukan giler lagi tau tapi gila! Haha. Kuah dia terasa manis ubi keledeknya tu. Kalau kat Sarawak ubi keledek kita orang panggil KERIBANG!  Tapi ada yang panggil ni mee rebus - mee kuah - mee kari. Yelah, lain tempat lainlah panggilannya kut. Atau ada bahan - bahan yang tak sama yang buatkan namanya pun bertukar. Hurm. Mungkin. Cuma kalau pergi kat Sarawak, kalau sebut nak mee rebus, jangan terkejut pulak kalau dorang bagi mee sup! Kita orang kat belah sana panggil mee rebus = mee sup :) p/s - tak sabar dah nak balik Kuching!

Senyum dan Hari Lahir

Image
Assalammualaikum..   Asal muncul je hari jumaat muka dah mula senyum. Sebab esok cuti. Tapi macam kita orang ni still jugak keje. Walaupun keje, kena jugaklah senyum. Senyum tu kan satu sedekah? Jangan nak kedekut sangat dengan senyum tu tahu?! (macam garang je, buat ayat macam tu..kehkehkeh)   Nampak tak kek atas ni? Kemain ceria lagikan? Sebenarnya minggu depan birthday puan emak, encik pakwe dan kakak ipar. Tarikh pun dekat - dekat je. Puan emak pada 12/11, encik pakwe 14/11 dan kakak ipar 15/11. Nanti kalau dah kahwen dengan encik pakwe bolehlah sambut hari lahir secara berjemaah. Ewah - ewah! Kemain lagi ;p Apa - apa pun selamat bercuti, selamat bertunang, selamat berkahwin dan selamat bekerja -.-' pada yang terlibat dengan semua jenis 'selamat' tu. Tapi walau apa pun yang kita buat, senyum kena ada, okey? (^^,)V p/s - cuaca pagi ni elok je, petang karang mungkin hujan macam 2 3 hari lepas. Namun tetap bersyukur dengan pe

Gambar Yang Melambangkan Perasaan

Image
Assalammualaikum.. Aku suka sangat cari gambar yang bersangkut - paut dengan jalan atau lorong. Lagi - lagi kalau jalan dan lorong itu 'sepi'. Sehinggakan, ada seorang teman mengatakan yang aku ni seorang yang ; 1) suka bersendirian 2) gemar tempat yang sunyi. yang tenang. 3) kurang gemar bersosial 4) dalam hati ada taman . hati sensitif. mudah tersentuh hati. 5) dalam hubungan tak suka gaduh - gaduh sebab amat mementingkan kedamaian. Tapi bila aku fikir balik - balik. Ada betul jugak apa yang dia cakap. Huhu. Jadi cuba korang tengok antara gambar yang aku ambik dari SINI. Cantikkan?? Err..Aku tak taulah sama ada korang suka ke tak gambar yang macam takde perasaan ni. Tapi, aku memang suka sangat! Terlalu suka. Sejak dulu lagi :) Cuma persoalannya di sini, betul ke gambar boleh menggambarkan perasaan seseorang? Erm.

Bila Kawan Baik Nak Kahwin

Image
Assalammualaikum.. Insya - ALLAH awal bulan 12 ni kawan baik aku kahwin. Siyes, macam tak caya je. Haha. Kalau dia baca ni pun dia pasti akan setuju dengan apa yang aku cakap. Sebab dia pun rasa macam tak caya. Kehkehkeh. Masa dia bagitau aku berita gembira ni, aku rasa macam aku nak lompat capai awan je. Demi Allah, aku happy sangat. Terlalu happy. Bagi aku, tiada apa yang lebih menggembirakan selain melihat kawan baik kita gembira. Dan insya - ALLAH aku akan balik Kuching hujung bulan ni. Khas untuk majlis dia dan khas untuk family aku yang juga akan berkumpul semua pada awal bulan 12 ni. (Hati saya dah kat Kuching dah tau) Dayang - Emi - Shila Oh ye, sebenarnya aku ada tiga orang bff. Emi, Shila & Dayang. Yang kahwin ni Emi. Jadi tinggal aku, Shila & Dayang je masih menunggu masa untuk disunting. Eceh! Tapi kan, antara kami berempat, akulah sebenarnya yang selalu dijangka akan kahwin awal! Haha. Gatal sey~ Namun, jodoh lebih memihak kepada Em

Caramel Cheese Pudding

Image
Assalammualaikum.. Hari tu mood rajin datang menyinggah. Tekak pulak terasa nak makan puding karamel. Terus cari resepi puding karamel buat kali ke seratus lapan belas walaupun dalam folder resepi dah berderet resepi puding karamel dari pelbagai versi. Cari punya cari, akhirnya aku terjumpa dengan RESEPI CARAMEL CHEESE PUDDING dari SINI. Sebelum ni buat puding karamel yang biasa - biasa tu je tapi kali ni dia ada cheese. Nasib baik cream cheese ada kat rumah. Jadi, terhasillah Caramel Cheese Pudding seperti kat bawah! Nampak tak kehenseman dia? Rasanya pun hensem, tahu! TAPI.. ini adalah versi kukus! Rumah sewa aku ni masih tandus dengan oven. Dengan lafaz bismillah, aku cuba berani mati je masa nak kukus dia ni. Puas aku carik ada tak orang buat pudding ni dengan cara mengukus, tapi hampa. Lama jugak aku nak mengukus dia ni. Dalam 2 ke 3 jam. Aku pun tak tau kenapa lama sangat. Ke api aku kecik sangat masa tu? Aku tau dia masak bila aku cucuk lid

Cerita Di Sebalik Lagu Sayang.. Ungu

Assalammualaikum.. Sapa yang layan radio atau ikut perkembangan lagu - lagu semasa, mesti pernah dengan lagu Sayang... nyanyian Ungu . Aku jugalah antara manusia yang kemain suka lagu tu hingga tercetuslah satu kejadian. Sebelum tu aku letak dulu lirik lagu ni ; Lirik Lagu Ungu - Sayang  Entah harus dari mana ku memulai kata-kataku Resah gelisah tak menentu, dari jauh lubuk hatiku Bukan, bukan keinginanku tuk mencoba meninggalkanmu Namun tak bisa ku jelaskan, aku takut menyakitimu Berat rasanya, berat rasanya untuk Ungkapkan kata meski bualan hati Sayang maafkan aku ingin putus Sayang maafkan kita harus putus Berat rasanya, berat rasanya untuk Ungkapkan kata meski bualan hati Sayang maafkan aku ingin putus Sayang maafkan aku ingin putus Sayang maafkan kita harus putus Sayang maafkan aku ingin putus Sayang maafkan kita harus putus Nak dijadikan cerita, masa tu aku duduk molek - molek di sebelah kerusi penumpang. Encik bf khusyuk memandu sambil pandang

Hi November!

Image
Assalammualaikum.. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan November. Rasa sekejap sangat. Budak - budak sibuk nak cuti sekolah dah. Dan masa cuti ni jugak majlis kahwin mula giat dijalankan. Pada 11/11 ni dah ada jemputan majlis kahwin. Kene pegi. Ambik berkat. Ehem. Bila dah masuk bulan 11 ni, teringat pulak pada azam tahun baru yang dibuat masa penghujung 2011. Ada azam yang dah tercapai, dan ada jugak masih jauh untuk digapai. Takpelah kan, yang penting azam masih pelu digenggam. Tak dapat tahun ni, insya - Allah tahun depan masih menanti.  Apa - apa pun ; p/s - sumber gambar dari Google.