Mee Jawa.

Assalammualaikum..






Mee jawa antara mee kegemaran aku. Dan gambar kat atas ni, hasil gigih belajar daripada puan emak. Kalau nak makan mee ni, aku suka kuah dia banjir. Sedap gila! Bukan giler lagi tau tapi gila! Haha. Kuah dia terasa manis ubi keledeknya tu. Kalau kat Sarawak ubi keledek kita orang panggil KERIBANG! 


Tapi ada yang panggil ni mee rebus - mee kuah - mee kari. Yelah, lain tempat lainlah panggilannya kut. Atau ada bahan - bahan yang tak sama yang buatkan namanya pun bertukar. Hurm. Mungkin. Cuma kalau pergi kat Sarawak, kalau sebut nak mee rebus, jangan terkejut pulak kalau dorang bagi mee sup! Kita orang kat belah sana panggil mee rebus = mee sup :)


p/s - tak sabar dah nak balik Kuching!



Comments

mee jawa tok feberet mak kamek. hehe.. welcome to kuching, x lamak gik balit ctok nak :))?
cik nana said…
ohhh sedapppp nyeeee. terasa pekat2 kuah keledek mi rebus ni..
Namee Roslan said…
terliur saya. pulak memang tengah lapar. yummmmsss gulp.

Popular posts from this blog

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Kiram Village, Mesilau (Penginapan di Kundasang)

Resepi Umai Obor - Obor.