klik sekali~

Thursday, November 22, 2012

Mood Balik Kampung :)

Assalammualaikum..


Esok akan terbang balik ke Kuching! Yeah!! Serius tak sabar nak balik sebab abang yang kat Miri pun akan balik. Kiranya suma akan berkumpul nanti. Rindu dengan keluarga dan rindu dengan kenakalan anak - anak buah. Haha.


Sebenarnya aku plan balik hujung tahun, cuti krismas sampai new year tapi kawan baik aku kahwin awal bulan ni. Pastu abang aku yang kat miri tu pun cakap balik hujung bulan 11 ni so aku pun terus booking tiket balik jumaat ni. Lagipun aku tak peluk cium lagi anak kedua abang aku yang kat miri tu sebab kakak ipar bersalin dan berpantang kat sana.


Oh ye, dengar citer baby yang masuk 4 bulan tu dah tumbuh gigi. Kemain laju lagi.


Mak pun cakap kat sana durian dah mula gugur. Walaupun kat perak ni aku asyik makan durian tapi best lagi kalau kutip sendiri dekat kebun. Lepas tu makan berebut - rebut dengan anak buah. Hesy, makin tak sabar lak nak balik dah ni!



p/s - paling malas part mengemas barang..rasa macam nak bawak sume barang kat umah ni balik sana je -.-' 



6 comments:

Nieda said...

selamat terbang ...makan durian puas2 ye.

labulabi said...

wahhh bestnya dapat cuti.da nyeruk cdak hadrah nunggu kitak di epot kuching tek.hihi

Namee Roslan said...

kathy...selamat bercuti !! hihih. durian banyak !! weee ! suka ! hehe. boleh buat bubur jugak !

Ann Ishak said...

mesti sekarang kathy dah ada dekat kampung, home sweet home ye

Nazayiena said...

Bestnya balit kpg,pas ya ada kebun durian agik ya....

ejulz said...

Rindok ati.. kmk alu x blt masa bapak mek blt dr aji..