klik sekali~

Monday, November 12, 2012

Selamat Hari Lahir, Mak!

Assalammualaikum..


Alhamdulillah, hari ini 12 November 2012 dan merupakan tarikh lahir emak. Hari ni, genablah umur mak, 59 tahun :')


Pagi tadi dah call mak. Mak sendiri lupa hari ni birthday dia sampaikan bila cucu - cucu dia wish happy birthday, mak siap tanya lagi birthday siapa? Hihi. Mak cakap pukul 6:30 pagi cucu - cucu  dah muncul depan rumah. Hadiah yang dorang bagi kat mak ialah kad hari jadi yang dibuat sendiri dan chewing gum -.-' 



mak dan bapak bersama dengan anak kakak - time ni dorang bercuti rumah abang kat miri ^^


Okey, hari ni re - post balik pasal entri ni. Aku rasa aku dah penah post dulu tapi malas lak nak cari balik. Huhu. Jom kita imbas kembali :)


************


Sume orang ada mak kan, tak kisah sama ada mak kita ada lagi atau dah menghadap Ilahi. Aku lak alhamdulillah sebab mak masih ada. Bapak pun masih ada. Syukur sangat. Tapi hari ni aku nak buat entri khas buat mak aku. sebab mak aku ni special sangat. 


Okay, kenapa aku cakap mak aku special? 


Mak tak reti membaca dan menulis tapi leh ingat sume resepi yang dia belajar kat kelas masakan dulu. Masa tu aku sekolah rendah lagi tapi sampai sekarang mak masih ingat. Aku lak kalau nak buat pe – pe sibuk on lappy T_T



Mak penah pegang jawatan pengerusi untuk PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak) selama 9 tahun bagi kampung kita orang. Yeah, mesti ada yang cakap ala takat jawatan kat kampung pun nak heboh satu dunia ke? Tapi 9 tahun bukan tempoh yang pendek okay. Bayangkan dengan keadaan mak aku tak pandai nak menulis dan membaca. Tapi setiap event kat kampung sume sukses.



Mak pun pandai buat baju kurung. Walaupun belajar secara tak langsung je. Baju melayu teluk belanga pun mak pandai. Time raya, baju anak – anak buah aku mak aku yang buat. Yelah baju budak – budak kecik – kecik je kan.



Mak tak suka berleter. aku tahu ramai yang mak – mak ni jenis yang berleter kan? aku pun selalu berleter dengan anak buah aku. hahaha. Mak cool je. Tapi kalau cucu dia buat hal naik suara jugaklah kan tapi kalau nak berleter tu takdenya.



Aku ada 4 orang kakak ipar. Dan untuk pengetahuan korang mak aku yang jaga sume keempat – empat mereka masa dalam pantang. Termasuk kakak aku.  Bayangkan aku dah ada 11 orang anak buah. Selalunya pempuan ni masa pantang balik rumah mak sendiri kan? tapi menantu mak tak.  so far sume menantu mak takde yang ambik kesempatan atas kebaikan mak. Syukur sangat. Tapi aku tacing bila mak cakap awak tu je yang belum mak jaga dalam pantang..” sabar mak..rilek dulu okay..hehehe..



Mak tak kisah keluar dengan sape pun yang penting mak kenal orang tu. kalau boleh biar mak tengok dulu kawan kita yang nak kuar tu.



Mak selalu belikan aku jajan bila dia kuar mana – mana. Tak kisahlah setin air coke ke. Sebatang coki – coki ke atau sebungkus kopok. Masa mak bagi benda – benda tu aku rasa seronok sangat. Mungkin aku ni bongsu kut jadi mak masih anggap aku kecik lagi. Walaupun dah boleh kawen. kahkahkah.



Mak terer dalam kira mengira. Tapi bukanlah kira – kira macam matematik yang kita belajar tu tapi terer kat sini untuk darab tolak tambah. Mak leh kira macam tu je tapi aku pulak yang dah masuk u ni pun masih sibuk tekan kalkulator. Adeh!



Tu jelah kut yang boleh aku jelaskan. Kalau nak taip lagi sampai bila pun tak habis sebab insan bernama mak ni special sangat.



Walaupun mak bukan cikgu, bukan doktor, peguam mahupun wanita berkejaya tapi aku bangga punya MAK macam mak. Aku yakin tak sume yang ada pada mak, ada pada mak orang lain. Macam tu jugak sebaliknya kan?



Apa – apa pun MAK ADALAH SEGALANYA. Tak kisahlah sape pun mak kita kan? aku lak dah tacing tak tentu pasal ni. Okaylah, bye! 


*************


p/s - selamat hari lahir mak..semoga mak panjang umur, sihat walafiat, hati tenang dan bergembira selalu di samping bapak :') kamek orang suma sayang dengan kitak! 




4 comments:

Namee Roslan said...

rasa sebak pulak . hehe. pasal mak mak ni saya cepat sedih sikit. hehe. btw, happy birthday untuk mama kathy ! moga dipermudahkan dan panjang umur. amin :)

Cik Yatt said...

hebatnye mak sis..tabik!

Nieda said...

SELAMT ULANG TAHUN UTK MAK kATHY . panjang umur dan murah rezeki . semoga dia sihat walafiat di samping anak2 dan cucunya

izzah said...

Walau macamanapn mak kita,diorg la yg terbaik utk kita...btl x..slamat hati lahir utk mak kathy...rajin2 bg mak tersenyum sbb bila kita mggmbirakn hati mak ayah kita,kita dpt pahala:-)