klik sekali~

Friday, November 16, 2012

Teringin.

Assalammualaikum..



Hari tu aku teringin sangat nak makan steamboat. Kalau boleh nak yang buffet. Tapi kat ipoh ni aku tak tau mana nak carik jadi pegi jelah dekat Johnny's Restaurant.



Johnny's Restaurant kat Jusco Kinta City kecik sangat. Kalau orang ramai memang tak berapa nak selesa. Dahlah kita still duduk minum lagi dia leh lap - lap meja. Memanglah masa tu dah habis makan, cuma nak habiskan air je tapi janganlah kau macam nampak sangat nak suruh kita orang cepat pegi dari situ -.-'



Mentang - mentanglah masa tu ramai orang yang tengah tunggu seat kosong. Yelah, hujung minggu kan, mahu tak ramai orang.






Yang atas ni menu pilihan dia. Dia cakap nampak macam menarik je gambar dekat menu. Bila dah rasa, ermm..boleh tahan. Lagi - lagi part daging tu. Sedap!






Aku pulak memang awal - awal dah minta steamboat yang Set B. Cukuplah untuk makan 2 orang. Itu pun aku mintak tambah meatball. Tak lengkap rasanya kalau makan steamboat tanpa meatball. Wah, gitu! 





BBQ Chicken Wings ni pulak belum masuk sini lagi dia dah cakap dia nak makan yang ni. Tapi aku rasa tak berapa sedap pulak. Ke perut aku dah kenyang time tu? Yelah aku bantai makan steamboat dulu pastu baru makan kepak ayam ni. 


Nak makan kat sini kadang - kadang tu bolehlah. Kalau tiap - tiap bulan..tak mampu ai! Dahlah dengan gomen tax lagi. Sevis tax lagi -.-' makan ni aje dah dah RM 60++ (nangis!) Nasib baik dia yang belanja, jadi tak jadi nangis..kehkehkeh.



p/s - steamboat ni kalau makan ala buffet baru best..lagi - lagi kalau boleh grill tu :')


8 comments:

Nieda said...

kalu orang belanja boleh aje. hari2 pun ok hihi

Nadye Zar said...

napa tak try seoul garden punya steamboat? rasanya lagi best =)

Fazlinil Irma said...

Eheemm.. eheemm.. sape la nama si dia tu kan..? hehehee. ;)

Cik Yatt said...

perghh.mleleh air liur ni...huhu

labulabi said...

ari tok bok abis makan pelayan kede dah angkat tapak.

Namee Roslan said...

omg...sedapnya. gulp. dah teringinnn. hehe

Ann Ishak said...

daging tu memang nampak tempting sangat

Nazayiena said...

Sedapnya gambar makanan ya...