klik sekali~

Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalammualaikum..


Alhamdulillah sebab kita masih diberi ruang untuk menikmati 1 Muharam 1434H. Pejam celik pejam celik dah tahun barukan? Memang benar kata orang 'masa takkan menunggu kita'.


Petang tadi terfikir jugak, apa yang dah aku lakukan sepanjang tahun 1433H ni? Adakah lebih baik daripada tahun sebelumnya? Atau sebaliknya? Tapi yang pasti ada 'sesuatu' yang telah aku dapat pada tahun 1433H. Sesuatu yang memang tidak dijangka dan jauh sekali untuk digapai. Tapi kuasa Allah, alhamdulillah, aku dapat jugak. Terima kasih Allah!


Jadi, di permulaan tahun baru ni, aku mohon maaf andai sepanjang kita kenal dalam dunia berblog ni, ada entri atau komen aku yang menyentap perasaan korang ke, apa ke.. Manalah tahukan? Hihi. Apa2 pun, semoga tahun baru kita 1434H dipenuhi ketenangan dan barakahNYA..amin..
 

5 comments:

Salwa said...

Salam Maal Hijrah. ;)

anitaare said...

Salam Maal Hijrah dik..moga bertambah amalan kita pada Allah dan makin menebal iman kita..Amin

Nieda said...

salam maal hujrah juga

Lia Irdelia said...

salam maalhijrah tuan belog.. :)

Namee Roslan said...

salam maal hijrah ! hehe. maaf lambat ucap :D